MIKAEL'S | 2

82 4 1
                                    

'Aduh, tangan siapa pulak yang berani nak ambik buku ni, kalau aku kenal, memang aku kerat 14 bagi singa dekat zoo makan' omel Nabilah dalam hati.

Mata Nabilah yang sepet itu membulat saat terpandang tuan punya tangan yang sibuk ingin mengambil buku idamannya.

'Apa ke malang sangat aku hari ni, mamat ni lagi!' Bibirnya mencebik tanda tidak suka.

'Eh si pendek ni lagi!' Mikael senyum sinis, terbayang saat gadis berkaca mata itu memaut pada rak buku saat mereka bertembung tadi.

Hmmm.. lepas tu apa lagi, terjadilah perang ketiga diantara mereka gara-gara berebut buku limited edition tersebut.

"Ehh budak kecik, aku yang pegang dulu buku ni" kata Mikael setelah melihat Nabilah yang seakan-akan tidak mahu melepaskan buku yang telah menjadi rebutan mereka itu.

"Hello, hello, buku ni saya yang sentuh dulu. 0.0001 saat lagi awal dari Encik Dinding, elok sikit ek." balas Nabilah dengan nada tidak puas hati.

Mikael dengan wajah beku dan tiada perasaan itu menarik kasar buku dalam pegangan Nabilah. Gara-gara pegangan Nabilah pada buku itu terlalu kejap dan tarikan Mikael terlalu kuat,Nabilah yang tidak bersedia dengan tindakan drastik Mikael terdorong ke hadapan seolah-olah Mikael turut menarik dirinya kearah lelaki itu. Nabilah cuak, dada lelaki itu dipandang. Glup! Sempat dia membayangkan adegan bukan-bukan bersama Mikael. Jujur, dada lelaki itu sememangnya menggoda. Namun bayangan indah tu tak kekal lama apabila dia teringat yang dia hampir jatuh ke dada lelaki itu dan kalau itu terjadi, maka tamatlah riwayatnya. Pasti ibunya tak mengaku anak nanti. Cepat- cepat rak buku berhampiran dicapai sebelum dia benar-benar jatuh ke dada lelaki itu.

Nabila menghela nafas lega apabila berjaya mengimbangi diri, kalau tak mesti kepala dia dah selamat landing dekat dada sasa milik Mikael. Nanti tak pasal-pasal Encik Dinding tu fikir dia sengaja nak ambil kesempatan. Simpang malaikat empat puluh empat, Nabilah tak mahu!

Tapi kejap! Mata Nabilah yang sememangnya sepet itu bertambah sepet, Mikael dipandang penuh curiga. Kenapa Encik Dinding ni tak mengelak, entah- entah mamat ni pervert tak? Hatinya bersoal jawab sendiri sebelum dia sedar lelaki itu tersenyum sinis seolah-olah mengejek dia.

"Ishh! Encik, kot ya pun jangan la tarik macam tu sekali. Kalau saya terjatuh ni, habis la muka saya ni." marah Nabilah kepada Mikael.

Mikael menjulingkan matanya ke atas bila mendengar rugutan Nabilah. Bukan dia tak sedar pandangan Nabilah yang penuh curiga tadi, namun dia diamkan saja.

"Aku cuma nak ambik buku ni dari kau je, budak. Bukan nak dengar kau bebel" balas Mikael bersama selamba.

"Bak balik buku saya tu. Saya yang amik dulu." Ujar Nabilah sambil menghulurkan tangannya untuk mengambil buku itu daripada Mikael.

Melihat kepada ketinggian Nabilah yang terlalu tinggi iaitu 149cm itu, Mikael tersenyum sinis dan dengan bangganya berkata.

"Kalau kau nak sangat buku ni, cubalah ambil." sambil mengangkat tinggi buku itu ke udara. Dapat dilihat betapa kejamnya Mikael yang sengaja mengejek ketinggian Nabilah yang agak comel itu.

"Saya tahulah Encik tinggi macam galah, tapi jangan la ejek ketinggian saya yang comel ni." kata Nabilah dengan pandangan tidak puas hati dengan tindakan Mikael.

"Nah, amiklah." kata Mikael selepas meletakkan buku itu di rak yang paling atas sambil berpeluk tubuh.

'Mamat ni memang sengaja nak kenakan aku ni.' omel Nabilah dalam hati. Setelah beberapa saat membuat kira-kira, Nabilah mengambil keputusan untuk mengalah dan secara langsung memberi buku itu kepada Mikael.

"Encik ambik je la buku tu, penat nak gaduh dengan Encik." kata Nabilah dengan muka pasrah.

Mikael mengjongket sebelah keningnya selepas Nabilah berputus asa dan menyuruh dia mengambil sahaja buku limited edition itu.

'Aih, takkan dah mengalah dah kot?' Mikael memandang wajah Nabilah yang terang lagi bersuluh masam macam cuka, tak payah rasa pun dia tahu bila bibir gadis tu mula mencebik-cebik tanda tak puas hati tapi tak mampu nak buat apa-apa.

"Kau betul-betul tak nak buku ni?" tanya Mikael.

"Dah orang suruh ambik tu, ambik je la. Tanya-tanya pulak" kata Nabilah dengan nada yang perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Mikael.

Mikael mengambil semula buku yang terletak di rak atas itu, lalu dihulurkan kepada Nabilah dek kerana dia berasa kasihan terhadap 'budak kecik' itu. Dia merasakan pergaduhan yang berlaku ini merupakan hal yang melucukan. Sebelum ini dia tidak pernah berinteraksi begini lamanya dengan mana-mana perempuan selain ahli keluarganya.

"Ehh kenapa bagi dekat saya balik?" tanya Nabilah kerana pelik akan tindakan Mikael itu.

"Nah, aku bagi sebab muka kau tu dah macam kanak-kanak budak-budak tak dapat gula-gula" balas Ejek Mikael.

"Encik betul-betul tak nak buku ni?" tanya Nabilah seperti tidak percaya . Dia malas nak peduli dengan ejekan lelaki itu, baginya buku itu nilainya sama macam gula-gula pada budak kecil. Berharga!

"Hmm" pendek Mikael membalas.

Nabilah mula rasa bersalah terhadap lelaki di hadapannya. Otak Nabilah bekerja keras memikirkan cara yang membolehkan mereka berdua membaca buku tersebut.

"Apa kata saya bagi Encik pinjam buku ni bila saya dah habis baca?" tawar Nabilah.

Mikael yang mendengar tawaran itu diam seketika, otaknya ligat memikirkan cadangan gadis kecil itu.

"Kau tak kisah ke kalau aku pinjam?" balas Mikael. Dia juga ingin membaca buku itu kerana buku itu sukar dicari dan menarik minatnya yang sememangkan suka membaca.

"Iya, saya kira baik hati ni nak bagi Encik pinjam. Amacam?" tanya Nabilah sambil mengangkat keningnya berkali-kali.

"Hmm, okay" balas Mikael.

Selepas membuat perbincangkan yang agak serius mengalahkan masalah dunia, Nabilah pergi ke kaunter untuk membayar buku tersebut. Setelah membuat bayaran, Nabilah terus melangkah keluar dari kedai buku itu. Mikael turut keluar setelah membayar buku lain yang dibelinya. Tanpa mereka sedar bahawa perbincangan mereka tergantung begitu sahaja.

"Apa pasal kau lama sangat dalam kedai itu? Naik kebas punggung kami tunggu kau." kata Ash setelah sekian lama menunggu bersama Nik.

"Ramai orang dalam tu, nak cari buku ni pun susah." balas Nabilah sambil mengingat kembali kejadian yang berlaku sebentar tadi. Dia berasa malu dengan keberanian dia sebentar tadi. Kelakar apabila diingatkan pergaduhannya tadi hanya disebabkan okeh sebuah buku sahaja. Akan tetapi, Nabilah seperti terlupa akan sesuatu. Kepala yang tidak gatal digaru. "Apa yang aku tak buat eh?"

To be continued  

To be continued  

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now