MIKAEL'S | 11

52 2 0
                                    

Semua mata memandang Nabilah dengan riak terkejut akibat jeritan kecil Nabilah sebentar tadi. Nabilah sedar akan ketidaklanjurannya, hanya senyum sambil mengangkat tangan tanda peace kepada ahli kumpulannya yang masih memandangnya.

"Hehe, peace." ujar Nabilah sambil tersenyum malu.

Mikael yang memerhati Nabilah dari tempat duduknya hanya tersenyum sinis akan kelakuan comel Nabilah. Setelah itu, semua ahli kumpulan sambung bercerita mengenai kisah masing-masing. Nabilah yang malu hanya berdiam diri kerana takut dia akan terlepas laku lagi.

Setelah merasakan waktu sudah lewat malam, Mikael mengarahkan semua ahli kumpulan masuk ke khemah masing-masing untuk berehat oleh kerana sudah tiada aktiviti di lewat malam itu. Nabilah, dan ahli kumpulan perempuan bergerak ke khemah perempuan manakala Mikael dan ahli kumpulan lelaki turut bergerak ke khemah mereka yang terletak berhadapan dengan khemah perempuan.

Jam menunjukkan pukul 3:00 pagi, Nabilah terjaga dek kerana perutnya meragam dan meminta untuk ke tandas. Memandangkan keadaan begitu terdesak, Nabilah bergegas ke tandas yang di sediakan. Setelah menyelesaikan urusan peribadinya, Nabilah berasa sangat lega kerana perutnya sudah kembali normal. Sedang ralit membasuh tangan, Nabilah perasan akan sesuatu yang berada dibawah singki.

Nabilah melangkah kebelakang setapak demi setapak bagi menjauhkan diri daripada singki itu bagi melihat dengan jelas apakah ia yang berada di bawah singki. Setelah melihat dengan jelas, Nabilah menjerit kecil akibat membuat eyes contact dengan benda itu.

"Arghh!!" jerit kecil Nabilah.

Dum! bunyi pintu ditolak kasar dari luar. Terjegul Mikael dengan riak cemas. Mikael yang mendengar jeritan itu, bergegas masuk ke dalam tandas tersebut bagi melihat apa yang berlaku di dalam.

Dirinya telah mengikuti Nabilah dari belakang oleh kerana risau akan keselamatan Nabilah yang keluar seorang diri ke tandas. Mikael mengikut secara senyap kerana tidak mahu Nabilah tahu akan itu.

"Apahal kau jerit?" tanya Mikael dengan nada yang begitu risau.

"T..tu." tunjuk Nabilah kearah benda tersebut.

Mikael memusingkan kepalanya ke belakang bagi melihat benda yang ditunjuk oleh Nabilah. Setelah melihat, Mikael menarik nafas lega kerana benda itu tidaklah begitu mengerunkan.

"Huh, biawak je. Tu pun takut?" ujar Mikael.

"Eee, awak tahu tak dia dah buat eyes contact dengan saya. Geli." adu Nabilah sambil menggeliat kegelian kerana binatang itu.

"Dah jom keluar, ke kau nak duduk sini dengan biawak tu?" ajak Mikael.

Nabilah menjuih bibirnya setelah mendengar kata-kata Mikael itu. Nabilah melangkah keluar dari tandas diikuti Mikael. Setelah keluar dari tandas, Nabilah perasan akan kewujudan Amirul di luar tandas.

Amirul yang melihat kedudukan Mikael yang berada di belakang Nabilah mula berasa marah dan geram. Tangan digempal bagi menahan api kemarahannya setelah melihat bekas kekasihnya keluar dari tandas bersama lelaki lain.

"Kenapa kau keluar tandas dengan lelaki ni?" tanya Amirul dengan riak ketat.

Nabilah sedar akan kesalahfahaman Amirul mula shaking kerana dia tidak suka akan cara pemikiran si Amirul itu. Lelaki itu selalu saja berfikiran buruk terhadap Nabilah.

"Kau jangan salah faham. Aku tolong selamatkan dia dari biawak dalam tandas tu." ujar Mikael.

"Aku akan sebarkan yang korang buat benda yang bukan-bukan dalam tandas tu." ugut Amirul.

Nabilah yang mendengar ugutan itu, makin bertambah shaking akibat takut sekiranya Amirul membuat fitnah ke atasnya dan Mikael. Padahal mereka tidak melaku sebarang perkara terkutuk pun sebentar tadi.

"Tapi.. kalau kau tak nak aku sebarkan benda ni, kau kena dengar kata aku." kata Amirul sambil tersenyum jahat. Itulah rancangan jahatnya. Dia sanggup buat apa sahaja bagi mendapatkan semula Nabilah. Dasar Amirul gila.

Nabilah yang mendengar cadangan bodoh Amirul itu, mula berasa ingin rebah. Mikael yang dari tadi diam, tersenyum sinis kerana dia tahu akan permainan kotor Amirul. Mikael berdiri rapat dengan Amirul bagi mengatakan sesuatu kepada lelaki itu.

"Kalau kau ada bukti yang aku dengan budak ni buat benda bodoh macam kau cakap. Silakan tapi kalau kau hanya cakap kosong baik tak payah." ujar Mikael dengan penuh amaran.

"Oh ya, sebelum terlupa. Budak perempuan ni tak layak untuk lelaki yang bodoh macam kau." tambah Mikael.

Amirul mendegus selepas mendengar kata Mikael. Dia akan merancang beberapa plan jahatnya bagi mendapatkan semula Nabilah biarpun terpaksa mengorbankan maruah Nabilah. Amirul pada mulanya mengikut Nabilah ke tandas selepas yakin bahawa Nabilah ke tandas seorangan. Amirul telah merancang untuk mengikat Nabilah dengan cara yang begitu kotor tetapi tidak menjadi kerana kewujudan Mikael disitu.

To be continue

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now