MIKAEL'S | 26

54 3 0
                                    

Selepas solat Subuh, umi tidak berhenti berbual dengan Nabilah. Banyak juga soalan membawa maut yang ditanya umi sehinggakan tergagap-gagap Nabilah ingin menjawabnya. Dan umi terlalu ramah dengannya sehinggakan cerita anak-anaknya waktu kecil juga diceritakan sekali.

Umi agak relax kerana ayah menempah katering untuk majlis malam nanti, jadi umi tidak perlulah bertungkus-lumus memasak didapur.

"Nabilah dah ada boyfriend?" soal maut umi.

"Hah? Er..hm...takde umi. Kenapa?" tergagap Nabilah menjawab soalan cepung mas itu.

"Ohh, ingatkan dah ada. Lega umi." ujar Umi serta gumam perlahan ayat terakhir.

Nabilah tersenyum kekok dek kerana soalan umi sebentar tadi. Mikael yang duduk tidak jauh dari mereka, tersenyum melihat Nabilah melayan umi..

"Comel." desis hati Mikael sambil memerhati tingkah laku Nabilah.

"Haa abang, jangan pandang anak dara orang. Tak elok." tegur umi yang sedar akan kelakuan anak sulungnya.

Mikael menahan malu sambil menggosok belakang lehernya. Telinganya yang kemerahan tidak dapat disembunyikan lagi.

"Mana ada, mi." dalih Mikael.

Nabilah menyembunyikan senyuman selepas melihat Mikael yang termalu sendiri.

************************

Orang ramai mula memenuhi rumah Mikael bagi mengadakan bacaan Yasin. Ayah Mikael menjemput orang surau untuk membaca Yasin bagi memberkati kenduri doa selamat yang diadakan itu.

Semasa bacaan dimulakan, Nabilah terpandang akan Mikael yang khusyuk membaca. Fokus Nabilah mula hilang selepas melihat kelancaran Mikael membaca surah tersebut.

"Kalau la aku dapat suami macam ni. Sejuk hati aku." desis hati Nabilah.

Nabilah menggelengkan kepalanya bagi membuang angan-angannya sebentar tadi.

Mikayla yang berada di sebelah kanan Nabilah, mencuit lengan gadis itu. "Akak okay ke?" bisik Mikayla.

"Hah? Okay."

"Kenapa akak geleng-geleng kepala? Tak sihat ke? Kalau tak sihat, Kayla boleh suruh abang bawak pergi klinik." bagai peluru Mikayla soal.

"Ehh tak payah. Akak okay ja. Sihat." larang Nabilah.

Setelah itu mereka berdua menyambung semula bacaan surah itu.

Mikael terpandang Nabilah dan adiknya berbisik. Terdetik hatinya ingin tahu apa yang mereka bualkan, risau juga Mikael jika Mikayla menghasut Nabilah dengan perkara yang bukan-bukan. Adiknya itu bukannya boleh percayakan sangat.

Selesai sahaja membaca surah suci itu, semua tetamu bergerak ke bawah khemah untuk menjamu selera. Ramai juga tetamu yang dijemput bagi meraikan kenduri ini.

"Akak, jom makan. Kayra dah lapar." ajak adik bongsu Mikael, Mikayra.

Mikayra tidak kurang juga, dia mudah mesra dengan Nabilah. Dia suka akan pipi Nabilah yang comel itu. Sejak semalam lagi Mikayra memegang dan mencubit pipi Nabilah.

"Jap, kita tunggu Kayla dulu ek." jawab Nabilah sambil mengusap lengan Mikayra yang ada dalam pelukannya.

Seusai itu, Mikayla muncul bersama Mikael. Mereka berempat bergerak ke bawah khemah untuk mengambil makanan.

"Banyaknya lauk. Sedap-sedap pulak tu." ujar Nabilah selepas melihat beraneka jenis lauk yang ada.

Semasa Nabilah ingin mencedok lauk, terdapat tangan lain yang mengambil dahulu senduk lauk itu. Nabilah memusingkan kepalanya bagi melihat tangan siapa yang biadap itu. Rupanya tangan biadap itu ialah tangan Mikael. Mikael hanya tersenyum sinis selepas melihat wajah tidak puas hati Nabilah.

"Apa pandang-pandang?" ujar Mikael tanpa rasa salah.

Nabilah menayangkan muka kosong kepada Mikael bagi menjawab soalan bijak lelaki itu. Mikael seterusnya mencedok lauk ke dalam pinggan Nabilah.

"Nah. Puas?" ujar Mikael.

"Terima kasih, sama-sama." Balas Nabilah dan berlalu pergi ke arah meja yang dipilih oleh Mikayla.

Mikael tersenyum melihat Nabilah yang pendek berjalan melepasi tetamu yang datang. Mikael menuju ke meja yang sama bagi menjamah makanan yang diambil sebentar tadi.

To be continue 

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now