Selepas apa yang berlaku, Nabilah tidak lagi berhubung dengan Mikael mahu pun Mikayla, tetapi adik beradik itu tidak berputus asa menghubunginya untuk memberi penjelasan mereka.
Sebulan sudah pun berlalu, Nabilah menjalani kehidupannya seperti biasa akan tetapi nama Mikael tidak pernah hilang dari fikirannya.
Suasana di tepi jeti Sungai Perak agak tenang tanpa orang. Nabilah sengaja mengajak Ash melepak disini untuk menenangkan fikiran setelah menjawab soalan quiz pagi tadi.
"Kau sebenarnya ada masalah, kan." kata Ash yang cuba membaca fikiran Nabilah.
"Hmm."
Ash menepuk pehanya. "Betul tekaan aku." seronok hatinya bila tekaannya tepat.
Senyuman Ash pudar bila terpandang riak kosong Nabilah.
"Kenapa ni? Cuba cerita."
Nabilah melepaskan keluhan halus. Dirinya kusut dan penat. Kusut untuk membuat keputusan. Penat lari dari kenyataan.
"Berapa lama lagi kau nak pendam? Kongsilah dengan aku. Mana tahu bila kau kongsi dada kau akan terasa lapang sikit." pujuk Ash.
Nabilah mengangkat kepala memandang Ash yang duduk dikerusi hadapannya.
Dari awal sehingga akhir, Nabilah ceritakan segalanya pada Ash. Apa yang terbuku dalam hatinya selama sebulan di kongsi pada sahabatnya itu.
"Aku tak sangka diorang akan buat aku macam ni. Aku hargai perkenalan kami tapi mereka seperti tidak menghargainya." kata Nabilah. Air mata ditahan dari tertumpah.
Ash diam seketika. Cerita Nabilah cuba dihadam sebelum memberi apa-apa kata.
"Boleh aku bagi pendapat?" tanya Ash terlebih dahulu.
Nabilah mengangguk.
"Cuba kau letak diri kau dalam situasi diorang, apa kau rasa?"
Nabilah diam tidak menjawab.
"Bagi aku, dua-dua pihak salah dalam perkara ni. Tapi keduanya mempunyai alasan yang tersendiri, cuma... tiada siapa yang mendengar penjelasan itu."
Tertunduk Nabilah, dialah orang yang tidak mahu mendengar penjelasan itu.
"Aku suggest, kau dengar dahulu sebelum menilai. Kalau betul dia tidak hargai perkenalan korang, dia takkan perdulikan kau. Dan dia akan anggap kebisuan kau hanyalah perkara kecik."
Dengan segaris senyuman. Ash menukar tempat duduknya ke sebelah Nabilah. Bahu gadis itu disentuh lembut.
"Tidak semua mampu mengejar selamanya, jadi berhenti berlari."
Kata-kata Ash sedikit sebanyak menyedarkan Nabilah akan kesilapannya. Telefon yang diletakkan dalam mode silent dalam poket seluar dikeluarkan.
App Whatsapp dibuka, chat Mikael ditekan. Satu persatu isi dalamnya dibaca Nabilah dengan tekun.
Ash yang melihat sahabatnya itu perlukan masa sendirinya membuat keputusan untuk berjalan masuk ke deretan kedai, tekaknya tiba-tiba dahaga cendol.
Air mata pada awalnya hanya bergenang, akhirnya jatuh ke pipi apabila matanya dijamah dengan beratus chat dari Mikael dan Mikayla.
Sesudah membaca semua chat yang di hantar, Nabilah membalas chat Mikael menyatakan bahawa dia ingin berjumpa dengan lelaki tersebut.
Assalamualaikum
Saya nak jumpa dengan Encik minggu depan. Nanti saya hantar location.
Setelah menghantar pesanan tersebut, Nabilah rasa sedikit lega selepas sebulan kusut memikirkan hal ini.
YOU ARE READING
MIKAEL'S
RomancePerkenalan antara si gadis dan jejaka yang tidak pernah bersua muka telah menimbulkan rasa suka di dalam diri gadis tersebut. Namun takdir tidak menyebelahi apabila dia baru menyedari perasaannya terhadap jejaka itu setelah jejaka itu menghilang. Ta...