MIKAEL'S | 16

48 2 0
                                    

Setelah mendirikan solat fardhu maghrib, para pelajar diminta untuk berkumpul atas arahan fasi. Nabilah berjalan sambil menunduk apabila dia mengetahui akan fitnah yang sudah tersebar berkenaan dirinya dan Mikael daripada mulut Ain dan Fatimah. Nabilah memilih untuk duduk di bahagian belakang kerana dia tidak selesa apabila dirinya menjadi tumpuan.

"Assalamualaikum semua, tujuan aku mintak korang semua berkumpul pada malam ni adalah untuk menjelaskan tentang fitnah yang sudah tersebar dalam kalangan kita. Aku nak tekankan bahawa fitnah tu tak betul. Semuanya hanya salah faham sahaja." Khairul membuka bicara dengan penuh sopan.

"Apa buktinya diorang tak bersalah?" tanya salah seorang pelajar.

"Aik? Laju kau ni Mat, salam aku pun kau tak jawab lagi." menggeleng Khairul dengan perangai salah seorang ahli kumpulannya.

"Aku jawab dalam hati. Kami semua tak boleh nak percaya macam tu saje tanpa bukti yang kukuh."

Melihat Khairul seperti tidak terkawal ingin menjawab, Mikael mula mencelah. "Korang ada bukti yang kukuh ke bila tuduh aku dgn Nabilah buat benda yang bukan-bukan?"

Para pelajar mula memandang sesama mereka.

"Kenapa diam?" tanya Mikael setelah semuanya seperti kehilangan suara.

Seorang pelajar mengangkat tangan lalu berkata "Ada orang yang nampak kau dengan Nabilah keluar tandas sama-sama. Jadi kita orang ada bukti korang berdua salah."

"Siapa yang cakap?" Mikael santai memeluk tubuh.

"Amirul."

Kali ini semua mata tertumpu pada Amirul yang duduk dihujung.

"Amirul, apa bukti kau? Kalau setakat tengok je, itu belum cukup kukuh lagi untuk kita jatuhkan kesalahan pada Hariz dan Nabilah." Khairul berkata bagi pihak sahabatnya.

"Tapi aku memang nampak dorang. Nak buat apa aku tipu." balas Amirul yang masih tidak mahu mengaku kesalahan yang dibuatnya.

"Kalau kau kata kau nampak dorang, aku pun boleh cakap yang aku nampak dorang. Bukan setakat nampak je. Tapi aku pun ada dekat situ malam tu."

Farhan menjelaskan tentang kejadian yang terjadi pada malam itu tanpa tertinggal sedikit pun. Dirinya ada bersama dengan Mikael cuma mata Amirul tidak perasan akan kewujudannya waktu itu.

Yang lain mula menunjukkan raut wajah bersalah setelah mendengar cerita yang disampaikan oleh Farhan. Mereka semua telah bersangka buruk terhadap Mikael dan Nabilah tanpa usul periksa.

Fatimah dan Ain yang duduk disebelah kiri dan kanan Nabilah memeluk gadis itu.

"Aku dah agak semua ni tak betul." kata Fatimah.

"Aku pun!" Ain menyokong.

Pada awal mereka berdua mendengar cerita mulut tentang Nabilah dan Mikael, kumpulan mereka dan kawan Nabilah bernama Ash yang paling banyak backup Mikael dan Nabilah..

"Terima kasih korang, sebab percayakan aku." kata Nabilah sambil tersenyum. Dirinya bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan yang baik di sini..

Setelah pelajar diminta bersurai, dari jauh Nabilah nampak Ash berlari ke arahnya. "Nabil." Panggil Ash.

Nabilah menyambut Ash dengan senyuman.

"Kalau aku ada dengan kau semalam, aku amik biawak tu lepas tu aku baling dekat muka mamat tak guna tu. Biar menggelupur dia. Tak puas hati betul aku dengan budak Amirul tu. Tak habis-habis dia nak mengacau hidup kau." bebel Ash sambil buat gaya ingin melempar.

Ketawa Nabilah mendengar bebelan sahabatnya.

Ash mengusap belakang badan Nabilah. Segaris senyuman diukir. "Aku suka Nabil yang ni, aku tak suka Nabil yang muram macam tadi. Lepas ni kalau kau nak pergi tandas tengah malam, kau gegar je khemah aku. Confirm aku bungun."

"Yelah,yelah." balas Nabilah, cuba untuk menyakinkan Ash.

Khairul menepuk bahu sahabatnya yang duduk bersendirian diatas kayu. "Fikir apa?" tanya Khairul setelah melabuhkan punggungnya disebelah Mikael.

Mikael hanya menggeleng.

"Weh! Aku tengok kau dengan Nabilah tu macam rapat je. Kau dah lama kenal budak tu ke?" Khairul bertanya soalan yang sudah lama ingin dikemukakan.

"Rapat? Aku dengan dia baru je kenal, mana datang rapatnya." balas Mikael.

"Eh, bukan aku sorang je tau cakap macam tu, budak-budak yang kenal kau pun cakap macam tu. Ada yang sampai cakap, kau dah boleh terima perempuan. Sampai begitu sekali, sebab diaorang nampak kau macam anti perempuan."

Menggeleng Mikael mendengar Khairul bercerita. Anti perempuan apanya kalau dia duduk dengan tiga orang perempuan dirumah.

"Lagi pun, sepanjang kem berjalan aku nampak kau hanya bercakap dengan Nabilah tu je. Jadi betullah yang budak tu istimewa." kata Khairul lagi.

"Merepek je kau ni." sangkal Mikael.

"Selalu kalau jawapan macam tu maknanya betul." Khairul masih tidak mahu kalah.

Mikael mencengkam bahagian belakang tengkuk sahabatnya itu sehingga lelaki itu mengadu kesakitan.

"Kau nak berhenti merepek ke tak? Kalau tak aku kuatkan lagi cengkaman ni." ugut Mikael sambil menekan kuat tengkuk Khairul.

"Okey, okey. Aku stop." kata Khairul sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke udara tanda mengalah.

Mikael melepaskan tengkuk Khairul. Suasana diantara mereka senyap seketika. Angin malam yang menampar kulit membuatkan hati seorang Mikael tenang.

"Kalaulah..."

"Kau ni kacau betul lah. Aku nak ambik angin malam pun tak senang!" Mikael menolak bahu Khairul sehingga lelaki itu jatuh ke bawah. Kacau mood betul mamat ni.

Seluar yang terkena tanah disapu menggunakan tangan. Khairul kembali duduk diatas kayu dengan sisa tawanya. Seronok betul dia apabila dapat mengusik Hariz.

To be continue 

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now