MIKAEL'S | 3

65 3 0
                                    

"Siapa yang chat kau banyak sangat tu?" tanya Ash yang sedang memikirkan idea untuk menyiapkan assignmentnya.

"Huh, siapa lagi kalau bukan 'dia' tu." balas Nabilah dengan memek muka menyampah. Dengan malas Nabilah membuka juga aplikasi WhatsApp itu, untuk melihat pesanan apa yang dihantarkan kepadanya.

"Apasal kau tak angkat call?!"

"Aku nak kita get back, please."

"Kau tu aku punya la, perempuan!"

Ini bala namanya, bukan masalah lagi. Nafas dihembus kasar.

Hujung minggu menjelang kembali, waktu dimana semua pelajar tiada kelas dan dapat berehat sepenuhnya. Nabilah memenuhi menikmati cuti hujung minggunya dengan membaca buku yang baru dibeli minggu lepas iaitu buku Frankenstein (Limited Edition) by Mary Shelly.

Setelah itu, Nabilah teringat akan kejadian yang berlaku di kedai buku minggu lalu. Berkerut dahi Nabilah memerah otak cuba mengingati memikirkan apa yang dia dilupa, dan... Ting! Akhirnya Nabilah mengingati cadangan yang diberinya pada lelaki itu minggu lepas.

Dahi ditepuk kekesalan. Nabilah terasa dirinya begitu BIJAK kerana terlupa untuk meminta nombor telefon bimbit lelaki itu.

"Aduh, macam mana nak bagi mamat tu pinjam buku ni. Number pun takde, alamat lagi la. Hmm...tak ada rezeki dia la untuk baca buku ni." gumam Nabilah sendiri selepas mengingatkan kesilapannya.

Setelah beberapa minit membaca, Nabilah menerima notification chat dari WhatsApp. Nabilah merungut sediri kerana ada saja gangguan yang diterima di hujung minggunya. Siapalah yang suka-suki menghantar pesanan pada dia hari ini.

"Huh? Mamat ni nak apa lagi?" omel Nabilah setelah melihat akan penghantar pesanan itu. Pesanan yang dihantar oleh bekas kekasihnya di abaikan.

Melihat kepada chat tersebut, Nabilah dapat mengagak akan tujuan bekas kekasihnya itu. Nabilah dan bekas kekasihnya sudah lama memutuskan hubungan mereka. Akan tetapi, lelaki itu masih mengganggu Nabilah dan memberi tekanan kepadanya.

Selepas Nabilah mengabaikan chat tersebut. Satu panggilan masuk, Nabilah melihat nama yang tertera. Sekali lagi Nabilah merungut.

"Stresslah aku dengan lelaki ni!" kata Nabilah. Telefon dicampak ke tepi supaya tidak mengganggu kenteraman dirinya untuk menyambung pembacaan.

Akan tetapi, telefon itu semakin bising dengan bunyi notifications yang berterusan masuk.

Ting!

Ting!

Ash yang terganggu dengan bunyi bising itu menoleh ke arah sahabatnya.

"Kita jumpa. Aku tunggu tempat biasa."

"Kalau kau tak datang, aku sebarkan pasal kau!"

Antara pesanan yang diterima oleh Nabilah. Bekas kekasihnya itu suka mengugut dia untuk menyebarkan perkara tentang dirinya.

"Apalah yang nak disebarkan sangat tu, aku pun tak tau la. Dari layan mamat ni, baik aku turun makan." Kata Nabilah selepas membaca ugutan bekas kekasihnya itu.

****************************

Setelah jam beranjak ke tengah hari, Nabilah dan kawan-kawanya turun makan di café yang tersedia di kolej mereka. Setelah tiba di café, Nabilah beratur untuk membeli makanan tengah hari. Seusai membayar makanan yang diingini, Nabilah dan kawannya memilih tempat duduk yang agak jauh dari pelajar lain.

Nabilah memilih untuk duduk berhadapan Nik, manakala Ash duduk disebelah Nik.

Sedang santai mereka mengisi perut, kerusi disebelah Nabilah ditarik kasar oleh seseorang. Nabilah mengangkat kepalanya bagi melihat siapa yang begitu biadap yang menarik kerusi disebelahnya tanpa pengetahuannya. Setelah mengetahui siapakah gerangan itu, automatik riak Nabilah bertukar menyampah.

"Kenapa kau tak angkat call aku?!" soal Amirul dengan riak tegang.

Nabilah menjulingkan matanya ke atas selepas mendengar soalan Amirul. Ash dan Nik menunjukkan reaksi terkejut akan kehadiran Amirul secara tiba-tiba itu.

Nabilah mula rasa tidak selesa dengan keadaan yang sedang dihadapi waktu ini, menyebabkan seleranya juga terbantut. Pinggan dihadapan ditolak lembut menjauhinya.

Nabilah bangun untuk membersihkan tangan di singki. Melihat Nabilah membasuh tangan, Amirul dengan berani menarik tangan gadis itu untuk mengikut langkahnya.

"Ishh apa tarik-tarik ni?! Tak tahu halal haram ke?!" berontak Nabilah setelah ditarik secara kasar oleh Amirul.

Ash dan Nik cuba untuk menarik semula tangan Nabilah yang berada dalam genggaman Amirul. Maka berlakulah aksi tarik menarik antara mereka. Akibat kekecohan yang berlaku, orang ramai yang berada di café ketika itu turut menolong bagi meleraikan pergelutan yang berlaku.

Pegangan pada tangan Nabilah terlerai juga dan secara tidak langsung memberi kesan merah pada pergelangan tangannya si gadis. Orang ramai meminta Amirul untuk beredar dari situ bagi mengelak berlakunya sebarang masalah.

"Kau tak akan terlepas, aku akan dapatkan kau semula" ugut Amirul sebelum beredar dari café tersebut.

To be continued 

To be continued 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now