MIKAEL'S | 18

44 2 0
                                    

Lama keadaan menyepi di antara mereka berdua sehinggalah Mikael bersuara.

"Ada apa?" tanya Mikael kepada gadis itu yang hanya diam tanpa bersuara sedikitpun.

"Hah? Ada apa, apa?" bukan jawapan yang Mikael terima malah soalanya dibalas dengan soalan daripada gadis itu.

"Kau datang sini nak jumpa aku kan? Kenapa?" tanya Mikael sekali lagi kepada Nabilah.

"Ohh... emm... sa...sa...ya... err..." Nabilah hilang kata-kata apabila berdepan dengan Mikael. Dia tidak tahu bagaimana cara untuk dirinya meminta nombor telefon lelaki itu.

Mikael setia menanti akan apa yang ingin disampaikan oleh gadis itu. Tetapi Nabilah masih diam dan hanya menekur pandangannya ke bawah.

"Kalau kau takde pape nak cakap dengan aku, aku mintak diri dulu." Mikael ingin melangkah pergi sebaik sahaja dia menuturkan ayat itu kepada Nabilah. Tetapi belum sempat untuk dia berlalu, gadis itu sudah pun menghalang laluannya.

"Ehh... kejap! Sabar lah. Saya tak cakap lagi ni." dengus Nabilah dengan nada yang tidak puas hati.

"Dari tadi aku tunggu kau untuk bercakap, tapi kau diam je kenapa?" sinis Mikael berkata.

"Saya datang jumpa awak ni sebab nak mintak nombor telefon awak." jawab Nabilah dengan nada suara yang perlahan.

"Kau nak apa?" tanya Mikael sambil cuba untuk menahan dirinya daripada tersenyum. Dia dengar akan kata-kata Nabilah, tetapi dia sengaja bertanya kerana ingin mengusik gadis itu.

"Ish... Saya. Nak. Mintak. Nombor. Telefon. Awak. Boleh ke tidak?" balas Nabilah dengan menyebut satu persatu perkataan akibat geram dengan tindakan Mikael itu.

"Nombor telefon? Kau nak buat apa dengan nombor telefon aku? Nak try aku ke apa?"

"Saya? Try awak? Takde masa lah saya nak try awak. Saya nak nombor telefon awak sebab nanti senang lah saya nak inform awak pasal buku tu."

"Kau dah ingat?" tanya Mikael.

"Ingat apa?" soal Nabilah dengan wajah yang kebingungan.

"Kau ni memang jenis lambat tangkap ke apa? Aku takde masa lah nak repeat soalan banyak kali." kutuk Mikael.

"Ouhhh! Haah! Saya dah ingat. Pak cik kan yang langgar saya dekat kedai buku haritu? And pak cik jugak lah yang berebut buku dengan saya. Kan? Kan?" ujar Nabilah mengenai pertemuan pertama mereka.

"First, kau yang langgar aku. Second, aku yang pegang buku tu dulu. And what did you call me just now? Pak cik? Muka aku yang handsome ni kau kata pak cik? Aku rasa kau kena ganti cermin mata kau ni." bidas Mikael.

Nabilah menutup kedua belah telinganya yang berlapiskan kain tudung. "Tak nak dengar, tak nak dengar."

Mikael mencebik. "Nasib kau perempuan, kalau tak dah lama aku sekeh kepala kau budak."

Kedengaran gadis itu ketawa kecil. Lucu dengan sikap Mikael yang satu ini.

Telefon dihulur pada Mikael. "Nah masukkan nombor awak."

Mikael menarik gadget gadis itu dan memasukkan nombor telefonnya, dan akhir sekali Mikael menekan icon hijau. Telefon yang berada didalam poket seluar Mikael berbunyi.

Mikael menyeluk ke dalam poketnya. Telefon dikeluarkan. Senyuman ditahan apabila berpuas hati mendapatkan nombor gadis dihadapannya ini.

"Nah, amik balik." Telefon Nabilah dikembalikan ke tuannya.

"Boleh saya tanya satu soalan tak?" Tanya Nabilah sambil mengambil semula telefonnya pada tangan Mikael.

"Apa lagi? Kau ni dah nak balik pun banyak cakap."

"Saya peliklah. Awak duduk dekat tapi kenapa kita boleh bertembung dekat KLCC?" Nabilah bertanya dengan kerutan di dahi comelnya.

"Tak salah pun aku nak berjalan jauh, lagi pun buku yang aku nak pun ada jual dekat situ. Tapi malangnya aku terpaksa mengalah dengan seorang budak." Mikael memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket. Nafas dihela.

Nabilah mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Hatinya sedikit rasa serba salah dengan Mikael yang datang dari jauh semata-mata ingin membeli sebuah buku, sama sepertinya.

"Sorry. Tapi saya janji, saya akan bagi awak pinjam."

"Hmm, yelah."

Mikael berlalu meninggalkan Nabilah. Banyak lagi perkara yang harus diuruskan sebelum bertolak pulang ke Terengganu sebentar lagi.

Dengan hati yang gembira, Nabilah berlari ke arah Ash. Senyuman tidak lekang dari bibir comel itu.

To be continue 

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now