MIKAEL'S | 20

46 3 0
                                    

Mikael bergerak ke surau yang disediakan untuk menunaikan solat zohor. Setelah selesai menunaikan kewajiban sebagai orang muslim, Mikael melangkah ke ward yang menempatkan Nabilah. Semasa menolak pintu ward, Mikael melihat Nabilah sudah pun sedar.

Kesunyian hadir diantara mereka sebelum Mikael mula bertanyakan soalan kepada Nabilah.

"Kau okay? Rasa sakit tak?" agak tidak cerdik soalan yang diajukan Mikael.

Nabilah memutarkan matanya ke atas selepas mendengar soalan cliche Mikael itu.

"Pak cik, dah nampak kepala saya berbalut ni. Pak cik still tanya sakit tak?" bidas Nabilah dengan sinis sekali. Dah nampak aku terbaring dekat sini, dia boleh tanya okay tak. Dasar pak cik. kutuk Nabilah dalam hati.

Sementara menunggu keluarga Nabilah sampai, Mikael menghantar pesanan ringkas kepada Khairul.

Aku balik lambat sikit. Kena tunggu keluarga budak ni sampai dulu.

Sesudah itu, Mikael membelek telefonnya tanpa menghiraukan Nabilah yang termenung jauh.

15 minit berlalu, Mikael mengangkat kepalanya bagi melihat apa yang dilakukan oleh Nabilah. Nabilah masih lagi termenung tanpa menghiraukan Mikael yang sedang memerhatinya.

Kuat termenung betul budak kecik ni. desis hati Mikael.

Kedengaran ketukan pintu, terjegul muka seorang misi sambil membawa alat untuk memeriksa tekanan darah Nabilah. Selesai sahaja mencatat tekanan darah, misi tesebut keluar untuk memberitahu doktor bahawa Nabilah sudah sedar.

"Saya..er..mintak maaf sebab susahkan awak." ucap Nabilah dengan rasa serba salah.

"Takde masalah. Kau tu tanggungjawab aku jugak." balas Mikael.

Doktor datang untuk memeriksa keadaan Nabilah. Doktor mengatakan bahawa luka Nabilah agak dalam dan perlu dijahit. Jadi sebelum Nabilah di masukkan ke ward, doktor telah menjahit luka pada dahi Nabilah.

"Cik kena duduk sini dulu. Saya nak pantau keadaan cik." ujar doktor itu.

"Lama ke doktor saya kena duduk sini?" tanya Nabilah.

"Semalam je. Saya nak pastikan kecederaan kepala cik tu tak bagi kesan dalaman." jawab doktor sambil tersenyum.

Nabilah hanya mengangguk selepas mendengar penjelasan daripada doktor itu. Suasana kembali sunyi selepas doktor meminta diri.

"Kalau pak cik nak balik, balik je la. Saya boleh duduk sorang-sorang." kata Nabilah.

"Aku tunggu family kau datang baru aku balik. Aku riasu kau kena culik, dah la kau macam budak kecik." balas Mikael.

"Sikit-sikit cakap saya budak kecik. Saya dah besar okay." bidas Nabilah.

"Besar? Dengan ketinggian kau ni, kau cakap kau besar?" sinis sekali ujaran Mikael.

"Eh pasal ketinggian pak cik jangan sebut." Nabilah tidak puas hati akan kata-kata Mikael itu. Tak tahu ke isu ketinggian merupakan topik yang sensitif bagi orang pendek? Tapi orang pendek comel kan ?

"Aku cakap benda betul."

Nabilah membalas kata-kata Mikael dengan jelingan.

"Kau nak makan apa-apa tak? Aku boleh belikan." tanya Mikael, prihatin.

"Awak dah makan ke?" Soalan dibalas dengan soalan.

Mikael menggeleng.

"Kalau macam tu awak beli je apa-apa, asalkan dua bungkus. Kita makan sekali."

Mikael mengangguk setuju sebelum dirinya berlalu meninggalkan Nabilah.

"Jangan lupa beli air!" ternaik sedikit tone suara Nabilah akibat Mikael yang sudah jauh.

****************************************************************

Jam menunjukkan pukul 4. Setelah selesai mereka berdua mengisi perut, Nabilah hanya berbual kosong dengan Mikael dan banyak juga perbualan mereka yang menyakitkan apabila Mikael asyik mengusik Nabilah tentang ketinggian gadis itu.

"Nabilah!"

Terdengar suara panik yang dibuat-buat Zuhairi dipintu masuk ward. Nabilah yang sudah masak dengan perangai abangnya itu melepaskan keluhan.

"Dramalah balong ni." Tegur Nabilah.

Nasuha juga menggeleng melihat perangai abangnya. Mereka sekeluarga berjalan mendekati katil si bongsu.

Mikael berjabat tangan dengan Encik Badrul dan juga Zuhairi. Mikael mengubah kedudukannya bagi memberi ruang kepada keluarga Nabilah.

"Aku ni peliklah, kau salah pergi kem ke? Katanya pergi kem alam sekitar, ini dah macam masuk gelanggang meninju." kata Zuhairi sambil membelek wajah adik bongsunya.

Nabilah menepis perlahan tangan abangnya. "Jangan sentuh-sentuh, sakit."

Zuhairi tersengih. Suka sungguh mengusik adiknya.

"Doctor cakap apa?" tanya Puan Hayati. Pilu hatinya melihat keadaan si anak.

Berkerut dahi Nabilah mengingatkan kembali apa yang dikatakan doktor sebentar tadi.

"Nabilah kena stay semalam untuk pantauan." Mikael yang berdiri hujung katil Nabilah, membantu gadis itu menjawab.

Semua mata memandang ke arah Mikael.

To be continue

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now