MIKAEL'S | 12

53 2 0
                                    

Setelah apa yang berlaku semalam, Nabilah hanya diam dari tadi membuatkan kawan sekumpulan Nabilah hairan dan juga risau melihat keadaan Nabilah diam membisu dari tadi. Jarang mereka melihat gadis itu diam berkutik. Selalunya gadis itu yang paling bising dalam kumpulan.

Bagi Nabilah pula entah kenapa peristiwa semalam membuatkan dia dihurung ketakutan.

"Nabilah, kau okay tak?" tanya Ain sambil memegang tangan Nabilah. Kelihatan gadis itu mengelamun.

"Tu la. Dari tadi kau diam je." Tambah Sai. Dari tadi lagi dia perasan akan kebiruan gadis itu.

Fatimah yang tidak ketinggalan juga turut berkata. "Kalau kau tak sihat, bagitau jangan diam je." Jelas sikap prihatin ketiga kawan sekumpulan Nabilah kepada gadis itu.

"Aku okay je. Tak payah risau." balas Nabilah sambil tersenyum tidak mahu menyusahkan kawan-kawannya.

Mikael yang memerhati terdetik rasa risau di dalam hatinya. Dia berasa begitu geram terhadap Amirul yang mengugut Nabilah dan dirinya semalam. Mikael memikirkan cara sekiranya Amirul bertindak diluar jangka. Dia tidak mahu berlaku perkara buruk kepada Nabilah dan dirinya juga mahu program ini berjalan dengan lancar.

Sepanjang melakukan aktiviti pada hari ke dua, Mikael mengikut Nabilah seperti belangkas, langsung tidak boleh berjauhan. Kemana saja gadis itu pergi, pasti Mikael ikut dalam Nabilah sedar atau pun tidak.

Fatimah mencuit perlahan bahu Nabilah.

Nabilah menoleh, lalu mengangkat kedua belah keningnya menandakan apa.

"Kau dengan Hariz tu dah kenal lama ke?" tanya Fatimah.

Nabilah menggeleng. "Kenapa kau tanya?" giliran Nabilah pula kemukan soalan.

Fatimah menarik tangan Nabilah untuk duduk dihadapan kemah mereka sambil matanya memerhatikan kelakuan Mikael dihadapan.

"Aku tanya sebab aku pelik, korang nampak rapat. Kalau kau nak tahu Hariz tu kalau dekat tempat belajar kitaorang nak pandang perempuan pun susah, apatah lagi nak bercakap. Aku tak tahu kau perasan ke tak, tapi kalau kau perhatikan betul-betul Hariz tu mana ada bercakap dengan fasi perempuan. Kalau bercakap pun sepatah dua je. Tapi bila dengan kau, ringan pulak mulut dia nak bercakap. Itu yang aku tanya kau ni, manalah tahu kalau kau dengan Hariz tu ada hubungan ke?" panjang lebar Fatimah bercerita.

Sekali lagi Nabilah menggeleng, menidakkan pertanyaan Fatimah. Nabilah pandang ke hadapan. Matanya dan mata Mikael bertembung seketika sebelum Nabilah mengalih pandangannya ke arah lain. Jantungnya berdegup laju, manakala fikirannya pula penuh dengan moment moment sewaktu dia bersama Mikael sepanjang mereka berada di sini.

To be continue 

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now