MIKAEL'S | 4

64 3 0
                                    

Setelah kejadian yang berlaku di café, Nabilah berasa takut sekiranya dia terserempak dengan Amirul selepas ini. Trauma Nabilah dengan kelakuan kasar lelaki itu.

Amirul banyak memberi tekanan kepada Nabilah sekali gus membuat Nabilah takut untuk berhubung dengan mana-mana lelaki. Amirul telah banyak kali mengugut dan memberi kata-kata kesat kepada Nabilah. Semasa menjalinkan hubungan sebelum ini, Amirul banyak mengongkong hidup Nabilah. Hal ini menyebabkan Nabilah berasa terseksa kerana dia tidak boleh hidup secara bebas seperti orang lain.

"Kau okay?" tanya Nik selepas melihat Nabilah termenung jauh.

"Hmm. Okay." jawab Nabilah dengan nada yang perlahan. Otaknya tidak mahu memikirkan perkara mengenai Amirul lagi. Dia berasa lagi sakit sekiranya memikirkan lelaki itu. Nabilah tidak mahu ada sebarang kaitan dengan Amirul lagi. Cukuplah masa lalu mengajarnya untuk memilih lelaki yang lebih baik untuk masa hadapannya.

****************************

Kelihatan ramai pelajar yang menyertai Kelab Alam Sekitar di Universiti Sultan Azlan Shah. Nabilah merupakan salah seorang pelajar dari universiti terkemuka itu. Kesemua ahli kelab perlu berkumpul bagi mendengar informasi mengenai program alam sekitar yang dianjurkan oleh kerajaan.

Mengikut ketua kelab, pelajar yang terpilih sahaja yang akan terlibat dalam program tersebut. Manakala pelajar lain akan terlibat dalam program yang dianjurkan oleh pihak universiti. Hal ini kerana program tersebut diadakan pada tarikh yang sama, jadi mereka terpaksa bahagikan ke beberapa kumpulan oleh kerana kedatangan mereka wajib bagi program anjuran kerajaan tersebut.

"Antara pelajar yang akan terlibat dalam Program Alam Sekitar di Pahang nanti ialah ..." kata ketua kelab.

Setelah menyebut beberapa nama, seronok Nabilah apabila namanya juga turut terpilih untuk menyertai program luar. Seramai sepuluh orang yang terpilih untuk terlibat dalam program anjuran kerajaan tersebut. Nabilah dan Ash merupakan rakan sekelab, jadi mereka berdua terpilih untuk melibatkan diri dalam program tersebut. Hal ini menambahkan lagi perasaan gembira bagi Nabilah kerana dia mempunyai kawan untuk kesana nanti.

"Bestnya boleh join program luar." kata Nabilah dengan perasaan seronok yang sukar dibendung lagi.

"Iya weh, akhirnya dapat jugak join program luar. Bosan aku dengan anjuran universiti, asyik-asyik program yang sama je" rugut Ash kerana bosan dengan program anjuran universiti yang sama setiap semester.

Setelah mendengar keterangan daripada ketua kelab, semua ahli diminta bersurai. Dalam perjalanan pulang ke kolej, Nabilah mengajak Ash untuk membeli sedikit barangan keperluan di pusat beli-belah yang berdekatan dengan universiti mereka pada hujung minggu yang akan datang. Nabilah turut menghantar pesanan ringkas kepada Nik bagi menanyakan sama ada Nik ingin menyertai mereka atau tidak dek kerana Nik turut menghadiri perjumpaan kelabnya di bangunan yang sama.

Hujung minggu pun tiba, Nabilah dan kawan-kawannya mengunjungi pusat beli-belah yang berdekatan. Tujuan mereka ke pusat beli-belah bagi membeli barangan keperluan harian dan barangan yang perlu dibawa ke program tersebut.

"Apa yang kita kena beli untuk program tu, Ash?" tanya Nabilah kepada Ash.

"Kita beli seluar track banyak-banyak la, sebab aku rasa kita kena buat macam-macam aktiviti nanti." balas Ash.

"Then kita kena beli baju hujan jugak la kan? In case hujan nanti." kata Nabilah bagi mengelak berlakunya masalah semasa hujan nanti.

Mereka meneruskan tujuan mereka membeli barangan harian mereka yang sudah kehabisan. Selesai membeli, mereka bertiga bergerak ke restoran yang berdekatan untuk makan setelah penat membeli barang.

Semasa makan tengah hari di restoran tersebut, Nabilah perasaan ada yang memerhatinya dari jauh tapi dia tidak mahu buruk sangka.

Amirul yang sedang memerhati Nabilah dari jauh, masih menaruh harapan pada gadis itu. Perbuatan Amirul itu seperti menjilat ludahnya semula. Hal ini kerana dia telah meninggalkan Nabilah sebelum ni dan kini, dirinya menginginkan Nabilah semula.

Sedang seronok memikirkan aktiviti yang akan berlangsung semasa Program Alam Sekitar, tanpa Nabilah sedari, dia akan mengharungi hari-harinya dengan begitu kental sekali. Daripada perasaan gembira kepada perasaan yang tidak boleh digambarkan.

To be continued

To be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now