MIKAEL'S | 5

62 4 0
                                    

Universiti Malaysia Terengganu, merupakan universiti yang dituntut oleh Mikael diperingkat Ijazah Sarjana atau dikenali sebagai Master. Hari Ahad merupakan hari dimana kebanyakkan pelajar menghadiri kelas masing-masing. Mikael sebagai ketua Kelab Alam Sekitar, telah dipanggil oleh salah seorang pensyarah yang menjadi penasihat bagi kelab tersebut.

Dia dipanggil untuk memaklumkan mengenai Program Alam Sekitar anjuran kerajaan yang akan berlangsung minggu hadapan.

"Saya nak maklumkan mengenai kelab kita yang terpilih untuk mengetuai dan diundang untuk menyertai program tersebut minggu hadapan. Jadi saya nak kamu dan ahli jawatankuasa yang lain untuk pilih sepuluh orang dari kelab kita untuk melibatkan diri dalam program anjuran kerajaan ini." maklum Encik Azmi kepada Mikael.

"Baiklah, prof. Saya akan maklumkan perkara ini kepada ahli jawatankuasa untuk pilih sepuluh orang pelajar itu." balas Mikael dengan nada yang tenang.

Hariz Mikael, seorang lelaki yang dikenali ramai kerana sifat dinginnya. Seorang yang segak berpakaian dan tidak suka membuang masa bercakap dengan kaum hawa yang tiada kaitan dengan dirinya. 

****************************

Setelah selesai berbincang dengan ahli jawatankuasa yang lain mengenai pemilihan pelajar yang terlibat dalam Program Alam Sekitar, setiausaha kelab telah memaklumkan nama-nama yang terlibat dan diminta untuk berkumpul bagi maklumat lebih lanjut.

"Aku tak nak dengar alasan yang tidak munasabah kalau korang tak boleh join program tu nanti." ujar Mikael dengan nada tegas setelah Khairul selesai menerangkan segalanya.

Kesemua ahli mendengar dengan penuh teliti akan apa yang diperkatakan oleh Mikael kerana sikap lelaki itu mengerunkan, dingin kalah kutub utara selatan.

Kesemua ahli kelab diminta bersurai setelah mereka selesai memberi taklimat tentang program tersebut.

Sebagai seorang ketua, Mikael memegang amanah dan tanggungjawabnya untuk menjaga ahli kelab mereka sepanjang program itu berlangsung. Tambahan pula, program tersebut merupakan salah satu program terbesar yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan yang turut melibatkan beberapa buah universiti lain di Malaysia.

****************************

Hujung minggu telah tiba, Mikael pulang ke rumah keluarganya bagi meluangkan masa setelah beberapa minggu tidak pulang akibat sibuk dengan pelajarannya.

Mikael melangkah masuk ke dalam rumah setelah memberi salam terlebih dahulu. Mikayla yang sedang santai duduk diruang tamu hanya menyambut kepulangan abangnya dengan pandangan mata.

"Dik, umi mana?" tanya Mikael kepada adiknya yang kelihatan begitu santai menonton television sambil makan jajan.

"Umi dekat atas, solat." balas si adik dengan nada yang malas sambil menyumbat jajan ke dalam mulut.

Mikael melabuhkan punggungnya di sebelah adik perempuannya. Lalu, remote television dirampas Mikael daripada tangan Mikayla.

"Hoi! Kau ni dah kenapa bang?! Aku tengah tengok kan?!" kata Mikayla geram dengan sikap abangnya.

"Kau dah lama tengok tv, bagilah aku tengok pulak." balas Mikael dengan nada bersahaja. Sebenarnya, Mikael memang sengaja ingin mengusik adiknya.

"Apa bising-bising ni. Sampai ke atas bunyinya." kata umi sambil menuruni tangga.

Mendengar akan suara umi, Mikael membaling remote ke arah Mikayla dan bangun dari duduk. Tangan umi dicium dengan kasih lalu badan umi dipeluk bagi melepaskan rindu.

"Umi sihat?" soal Mikael sambil memandang wajah uminya dengan rasa sayang.

"Umi sihat je. Anak umi ni macam tak cukup makan je. Kenapa makin kurus?" tanya umi perihatin akan kesihatan anak lelakinya.

"Abang busy sikit je umi." balas Mikael sambil tersenyum.

"Sibuk, sibuk jugak tapi jangan sampai lupa isi perut. Jom kita ke dapur, umi ada masak lauk favorite kamu." ajak umi sambil menarik tangan anak lelakinya untuk berjalan bersama ke ruang dapur.

"Tunggu kejap umi tolong sendukkan nasi." kata umi.

"Tak payah umi, biar abang buat sendiri. Umi duduk je teman abang makan." larang Mikael.

Mikayla masuk ke ruang dapur. Lalu, tudung salji dibuka bagi melihat apa yang dimasak oleh uminya.

"Umi masak lauk favorite abang je ke? Lauk favorite adik umi tak masak ke?" tanya Mikayla dengan nada yang kedegaran sedih.

"Lauk favourite Mikayla kan semalam umi dah masak. Hari ni lauk favourite abang la pulak." kata umi dengan nada lembut.

Mikael kembali ke meja makan dengan pinggan ditangan. Lalu, bahu Mikayla ditolak sedikit bagi memberi ruang kepadanya untuk duduk disebelah umi.

"Kau pergi duduk depan sana, budak. Sibuk je kacau aku nak luang masa dengan umi. Shush! Shush!" halau Mikael.

Mikayla menjeling abangnya dan kembali ke ruang tamu dengan hati yang sebal. Umi yang melihat pergaduhan manja itu, hanya mampu menggeleng kepala dengan sikap anak-anaknya itu.

To be continued

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now