MIKAEL'S | 24

50 2 0
                                    

"Ada bau-bau cinta kan, mama." usik Aina kepada adiknya, Nabilah.

Nabilah yang mendengar terus menjulingkan mata ke atas.

"Mana ada. Orang bagi pinjam buku je la." sangkal Nabilah.

Puan Hayati dan Encik Badrul hanya menggelengkan kepala melihat dua beradik itu.

"Buku tu alasan jelah. Kau ingat kau boleh gula-gulakan aku ke? Memang taklah."

"Ish! Merepeklah Ena ni." Nabilah membaling bantal kecik ke arah kakaknya.

Aina menepis batal itu dengan cekap. "Kau bernasib baik sebab balong tak ada tau, kalau tak menangis kau kene usik." Tambah Aina dengan tawa.

Kerana geram mendengar tawa Aina, Nabilah membuat keputusan naik ke atas masuk ke dalam bilik. Malas berlama dibawah, nanti kakaknya lagi giat mengusiknya.

"Arghh!!" jerit Nabilah sambil menekup mukanya ke bantal.

"Ini semua salah pak cik tu. Habis aku kena dengan Ena!" marah Nabilah.

Nabilah merasakan mukanya berbahang kepanasan. Dia bangun mencari coolfever bagi mengurangkan rasa panas di wajahnya.

"Ha! jumpa pun."

Setelah itu, Nabilah menampal coolfever tersebut di dahinya. Nabilah tersenyum sendiri selepas mengingat semula adegan Mikael menawarkan diri menjadi imam sebentar tadi.

Manakala di ruang tamu, Encik Badrul tidak habis-habis memuji akan sikap Mikael. Mana ada lelaki yang baru dikenali anaknya datang menziarahi keluarga mereka. Tambahan menawarkan diri menjadi imam solat jemaah lagi.

Puan Hayati mengangguk setuju dengan pujian suaminya itu. Aina yang berada disitu juga setuju akan kenyataan yang dia katakan oleh ayahnya.

****************

Mikael sampai di rumah Nabilah pada pukul 1:00 petang. Mikael telah berjanji bahawa dia akan menjemput Nabilah di rumah gadis itu. Adik Mikael turut menemani ke Kuala Kangsar. Mereka berdua bertolak pada pukul 8:00 pagi dari Terengganu.

"Ehh dah sampai. Ini ke adik Hariz tu?" tanya Puan Hayati selepas menyambut kedatangan Mikael.

"Assalamualaikum, mak cik." Mikayla menyalam Puan Hayati setelah dijemput masuk ke dalam rumah.

"Kamu berdua makan tengah hari dekat sini dulu. Mak cik dah masak ni." ajak Puan Hayati memandangkan mereka sampai tepat pada waktu makan tengah hari.

Encik Badrul baru sampai rumah selepas keluar sebentar berjumpa sahabatnya.

"Assalamualaikum, pak cik." sapa Mikael dengan penuh sopan sekali.

"Waalaikumussalam, dah lama sampai?" soal Encik Badrul.

Nabilah turun dari biliknya sambil membawa beg pakaian untuk di bawa ke rumah Mikael.

Mereka menjamu selera di ruang makan sambil berborak. Nabilah yang duduk berhadapan Mikael hanya menunduk dek kerana tidak berani mengangkat kepala untuk memandang hadapan.

Mikayla yang berselera disebelah abangnya langsung tidak peduli apa yang terjadi, perutnya lagi penting. Lagi pula masakkan Puan Hayati sungguh kena dengan tekaknya.

Setelah siap menunaikan solat Asar di rumah Encik Badrul, mereka bertiga memulakan perjalanan ke Terengganu. Nabilah menukar tempat duduknya dari belakang Mikael ke belakang Mikayla, apabila matanya bertembung dengan anak mata Mikael dicermin pandang belakang.

Untuk mengelakkan perkara itu berlaku lagi, lebih baik Nabilah mengambil langkah awal menukar tempat duduknya.

Audi A6 milik keluarga Mikael mula bergerak membelahi jalan.

"Kakak umur berapa?" soalan pertama yang diaju Mikayla. Badannya dipusing sedikit untuk senang berbual dengan gadis dibelakangnya.

"20." Ringkas Nabilah menjawab.

"Nama akak Nabilah je ke?"

"Tak. Aina Nabilah."

"Oh... akak minat baca English book tak?"

Laju Nabilah mengangguk. "Minat! Minat sangat. Dekat rumah akak lagi banyak english book daripada malay." Nabilah menjawab dengan teruja.

Melihat wajah keterujaan Nabilah, Mikayla tersenyum sekali.

"Akak ni comellah! Berapa tinggi akak eh?"

"Er... 1... 49." Teragak-agak Nabilah ingin menjawab. Bukannya malu tapi selalunya orang akan tertawa bila tahu angka ketinggiannya.

"Patutlah comel!" puji Mikayla lagi.

Mikael yang sedang memandu menggigit bibir bawahnya menahan senyuman dari terukir. Dirinya juga setuju dengan pujian Mikayla terhadap Nabilah.

"Malam ni kakak tidur bilik Mikayla tau. Banyak perkara yang Mikayla nak cerita dekat kakak. Ee! Tak sabarnya." teruja Mikayla bila terbayang dirinya dan Nabilah stay up sepanjang malam sambil berbual tentang hal perempuan.

"Kau jangan ajak kawan aku tak tidur pulak malam ni, esok kita nak kenduri. Karang memasing mata panda confuse pulak orang surau datang rumah ingatkan zoo." tegur Mikael.

Mikayla memukul lengan abang sulungnya. "Mikayla tahulah. Abang tak payah sibuk. Ini hal perempuan."

Mikael membalas lembut pukulan pada bahu Mikayla. Dan bermulakan sesi bergaduh mulut adik beradik.

Nabilah dibelakang tersenyum kecil bila melihat perangai lelaki yang mulut pedas itu sekarang tidak ubah seperti kanak-kanak.

To be continue 

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now