MIKAEL'S | 13

48 3 0
                                    

Sebaiknya sahaja waktu rehat tamat, mereka meneruskan aktiviti yang selanjutnya iaitu aktiviti penerokaan hutan secara berkumpulan. Aktiviti ini memerlukan mereka untuk memperoleh checkpoints yang berbentuk kertas, kerana setiap checkpoints itu mengandungi arahan yang perlu mereka lakukan serta arah jalan yang perlu mereka lalui.

Sebagai ketua kumpulan, Mikael berjalan di hadapan. Kakinya dan tangannya menolak kayu tajam atau batu bagi mengelakkan ahli kumpulannya daripada terluka.

"Penatlah." adu Ain yang termengah-mengah mengikut langkah besar lelaki ahli kumpulannya.

Fatimah juga begitu, apatah lagi Nabilah yang berkaki pendek.

Mikael menoleh kebelakang. "Kita rehat minum dulu." kata Mikael.

Mereka semua mengangguk bersetuju bagi mengiyakan cadangan Mikael. Masing-masing mengambil tempat, ada yang duduk diatas kayu dan ada juga yang bercangkung. Nabilah hanya berdiri. Air yang dibawa diteguk rakus sehingga separuh dari airnya hilang.

Menggeleng Mikael melihat ahli kumpulan yang betul-betul kehausan. Salahnya juga kerana tidak memberi mereka berehat langsung selepas dapat mengumpul tiga checkpoints.

"Cukup rehat? Kita ada lagi dua checkpoint ni." tanya Mikael setelah rasa lama mereka berhenti di sini.

"Jom!" bersemangat yang lain menjawab.

"Kalau tadi lelaki yang berjalan dekat depan dan perempuan dekat belakang, kali ni aku nak kita berbaris selang seli lelaki dan perempuan. Senang sikit kita orang yang lelaki ni nak jaga korang yang perempuan. Fatimah, kau berdiri antara Sai dan Wan, Ain pula berdiri belakang Kimi. Nabilah, kau jalan belakang aku." Mikael mengeluarkan arahan.

Fatimah dan Ain bergerak mengikut arahan Mikael tapi tidak Nabilah.

"Boleh tak saya jalan belakang Sai? Saya lagi selesa kalau jalan dekat belakang." Nabilah memberi alasan.

Mikael mengerutkan dahinya.

"Kalau macam tu kau tukar dengan aku lah." kata Ain.

Nabilah laju bersetuju. Dirinya lagi selesa berjalan di belakang Kimi daripada Mikael.

"Settle! Jom!" Sai dibelakang kembali bersemangat untuk meneruskan perjalanan mereka.

Selangkah demi selangkah, akhirnya mereka sampai di checkpoints yang seterusnya.

"Sampai juga korang ye." kata Khairul yang menjaga checkpoint nombor empat.

"Kau nak kitaorang buat apa ni?" tanya Mikael, malas ingin berlama disitu.

Khairul menghulur kertas tugasan kepada Mikael. Mikael membaca apa yang tertulis pada kertas putih itu kenapa ahli kumpulannya. "Anda diminta senaraikan tujuh jenis nama pokok yang ada disekeliling anda. Anda diberi masa selama 15 minit untuk selesaikan tugasan ini."

"Okay, kalau macam tu kita berpecah. Jimat masa sikit, kan?" cadang Wan. Mikael dan lain setuju dengan cadangan Wan itu.

"Aku dengan budak pendek ni satu kumpulan. Wan dengan Fatimah. Sai, Kimi, korang berdua dengan Ain." arah Mikael.

Nabilah yang mendengar akan kenyataan yang berbaur arahan itu berasa gelisah kerana dia perlu berdua-duaan dengan Mikael buat kali yang kedua. Dia tidak senang duduk akan keputusan yang dibuat oleh Mikael.

Kali ini Nabilah tidak sempat memberi alasan apabila mereka yang lain sudah pun bergerak meninggalkan dirinya dan Mikael. Tanpa rela Nabilah mengikut juga langkah Mikael yang sudah jauh berjalan dihadapannya.

Kebisuan Nabilah sepanjang mereka berduaan menimbulkan rasa pelik dalam diri Mikael.

"Kau kenapa?" tanya Mikael setelah lima minit mereka berjalan.

"Hah? Kenapa apa? Saya okay je." balas Nabilah nak tak nak.

"Kalau okay kenapa kau diam je? Selalunya kau yang banyak cakap. Dah macam mulut murai duk pok pek tak berhenti." kata Mikael agak panjang lebar.

"Ehh saya diam salah, cakap pun salah." jawab Nabilah dengan nada tidak puas hati.

"Sedar rupanya kesalahan diri sendiri." balas Mikael selamba.

Nabilah berasa geram dengan ayat yang dituturkan oleh Mikael. Semua benda yang dia buat, semuanya salah di mata lelaki itu. Dia tidak tahu apa yang lelaki itu mahukan sebenarnya.

"Dah tahu salah tak payahlah ikut saya!" bengang Nabilah.

Mikael tersenyum sinis selepas melihat raut wajah Nabilah semasa marah akan dirinya. Sengaja dia berbuat demikian kerana ingin melihat wajah comel itu kemerahan menahan marah.

Comel jugak budak kecik ni bila marah. Desis hati Mikael.

Nabilah menghentak kaki kanannya menandakan dirinya sedang marah.

"Hentaklah kaki tu, nanti makin pendek baru tahu." ejek Mikael

Merah kulit muka Nabilah menahan marah. Kerana tidak betah lagi berduaan dengan Mikael, Nabilah memilih cepat nama pokok dan berlalu pergi.

Mikael ketawa halus sambil mengejar langkah kecil Nabilah.

To be continue

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now