"Aku ingatkan kau penjaga katil sebelah, patutlah macam pelik sebab kau berdiri dekat hujung katil Nabilah ni." kata Zuhairi.
Mikael hanya tersenyum.
"Dia yang tolong Nabilah." Nabilah berkata sambil menunjuk pada Mikael.
Encik Badrul berjalan ke arah Mikael, bahu anak mudah itu ditepuk bangga. "Terima kasih sebab dah jadi hero selamatkan anak Terengganu."
Mikael tersenyum kekok, kepala tertunduk malu.
"pak cik nak cakap sikit dengan kamu boleh?" bisik encik Badrul pada Mikael.
Mikael mengangguk.
"Kita cakap dekat luar." Encik Badrul melangkah keluar diikuti Mikael.
Zuhairi yang melihat pemergian dua lelaki itu, dirinya juga mengikut.
Mikael dan Zuhairi mengikut langkah Encik Badrul ke cafe hospital. Mereka memilih untuk duduk di meja yang terletak di hujung cafe itu.
"Boleh kamu ceritakan dekat pak cik apa yang dah jadi? Kalau pak cik tanya anak dara pak cik tu, dia bukannya nak cerita benda betul." tanya Encik Badrul dengan nada yang risau akan anak perempuannya itu.
Mikael memandang wajah Encik Badrul beberapa saat sebelum dia mula menceritakan akan peristiwa tragis yang telah menimpa gadis kecil itu.
"Saya pun kurang pasti apa yang berlaku antara Nabilah dengan lelaki tu. Cuma saya perasan, lelaki tu selalu memerhati Nabilah dari jauh semasa di kem. Dia juga kerap kali mengganggu Nabilah. Dan kalau tak silap saya, mereka dari satu kolej yang sama, pak cik." sambung Mikael setelah menceritakan kejadian tersebut kepada Encik Badrul dan Zuhairi.
"Ya Allah..." Encik Badrul hilang kata-kata setelah mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Mikael. Resah hati tuanya mendengar apabila anak yang dia jaga bagai menatang minyak yang penuh diperlakukan begitu oleh manusia yang kejam.
"Satu kolej? Apa nama budak lelaki tu? Dia dekat mana sekarang?" Zuhairi bersuara setelah lama mendiamkan diri.
"Kamu ni balong, cuba tanya soalan tu satu persatu. Pening dia dengar soalan daripada kamu."
"Takpe pak cik..." jawab Mikael dengan senyuman kecil sebelum menyambung ayatnya bagi menjawab persoalan abang kepada gadis itu.
"Ya, dorang satu kolej. Nama dia Amirul. Untuk soalan terakhir, lelaki tu kawan saya dah bawa di ke balai dan laporan sudah pun dibuat."
"Kalau aku dapat budak tu memang teruk dia kena." rungut Zuhairi kepada diri sendiri tanda tidak puas hati dengan Amirul. Encik Badrul hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat karenah anak sulungnya yang merungut sendirian. Tetapi dia faham akan perasaan anaknya itu, kerana dia juga risau akan keselamatan anak bongsunya.
"Kita ralit bersembang ni, pak cik lupa nak tanya, nama anak ni siapa?"
"Nama saya Hariz, pak cik." Jawab Mikael bersama senyuman pada wajahnya.
"Ouh Hariz. Hariz bermaksud pemelihara. Sesuai nama tu dengan sikap kamu. Pak cik nak ucapkan terima kasih sebab kamu dah jagakan anak gadis pak cik. Kalau tak ada kamu, pak cik tak tahu la macam mana dengan nasib dia." sayu sahaja nada Encik Badrul ketika menuturkan ayat itu kepada Mikael.
"Pak cik tak perlu berterima kasih pada saya. Saya hanya jalankan amanah yang diberikan pada saya." balas Mikael.
Setelah berborak antara satu sama lain, Mikael meminta diri untuk pulang memandangkan keluarga Nabilah sudah sampai. Jadi dia tidak perlu risau lagi mengenai keselamatan Nabilah di hospital ini.
Encik Badrul dan Zuhairi melangkah masuk ke ward Nabilah semua selepas bayangan Mikael hilang dari pandangan mereka. Mereka berasa terhutang budi dengan Mikael selepas anak muda itu menyelamatkan Nabilah.
"Eh mana budak lelaki tu?" tanya Puan Hayati selepas melihat hanya Encik Badrul dan Zuhairi sahaja yang masuk ke ward itu.
"Dia dah balik." ringkas Encik Badrul menjawab.
Puan Hayati hanya mengangguk faham selepas suaminya mengatakan sebegitu. Nabilah rasa sedikit kecewa dengan pemergian Mikael tanpa memberitahunya.
Ishh mamat ni, kot ya pun nak balik. Bagitau la dulu. Rugut Nabilah dalam hati.
Aina yang melihat akan perubahan wajah Nabilah bertanya, "Kau okay ke, Nabilah? Asal mendung je muka tu?"
"Okay je, penat sikit." Nabilah menutup rasa dihati.
To be continue
Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye
-euphio-
YOU ARE READING
MIKAEL'S
RomancePerkenalan antara si gadis dan jejaka yang tidak pernah bersua muka telah menimbulkan rasa suka di dalam diri gadis tersebut. Namun takdir tidak menyebelahi apabila dia baru menyedari perasaannya terhadap jejaka itu setelah jejaka itu menghilang. Ta...