PERINGATAN!!
Lokasi yang digunakan dalam cerita adalah rekaan semata-mata.
Setelah banyak kali tidur dan bangun di dalam van, akhirnya mereka sampai di destinasi yang ditetapkan. Tempat yang dipilih agak jauh ke dalam hutan, jauh dari taman perumahan dan juga kedai. Sebab itu mereka sudah diberi amaran awal lagi, supaya membawa barangan makanan atau barang keperluan yang cukup sepanjang mereka menyertai program ini. Setelah barang diturunkan dari van, para pelajar diminta berbaris mengikut tempat belajar mereka bagi memudahkan ketua kelab membahagikan kumpulan.
"Ash! Lebih baik kau berdiri jauh sikit dari aku. Kalau kau duduk jauh mesti kita terpilih duduk satu group." bisik Nabilah pada Ash yang berdiri di belakangnya.
Ash ingin melakukan apa yang disuruh Nabilah, tetapi kakinya seperti digam apabila matanya bersatu dengan ketua kelab secara kebetulan.
"Muka ketua kelab tu garanglah Nabilah, aku takot nak beranjak. Muka dia tu buatkan aku nak menyorok dalam poket seluar kau." Ash membalas, masih nada berbisik.
Mendengar kata-kata Ash, Nabilah menjadi ingin tahu bagaimana rupa ketua garang yang disebut kawannya itu. Dengan berani Nabilah menoleh sedikit ke kanan. Mata yang tersedia sepet, disepetkan lagi. Walaupun cermin mata sudah dipakai tetapi Nabilah masih tidak boleh melihat dengan jelas wajah lelaki itu, kerana kedudukan mereka sedikit jauh. Nabilah abaikan tentang muka garang ketua mereka itu.
Setelah kumpulan dibahagikan, muram wajah Ash apabila dia dan Nabilah terpisah. Ash mengeluh.
Kini para pelajar diminta pula berbaris mengikut kumpulan yang ditetapkan. Nabilah berdiri di barisan belakang dengan tiga buah begnya.
"Dah tahu diri tu kecik, berdirilah dekat depan." Mikael bersuara. Nabilah memandang kiri dan kanannya.
Dengan riak blur, Nabilah bertanya. "Kenapa?"
Menggeleng Ash dari jauh. Nabilah ni mesti termenung tadi. Ash berkata dalam hati.
"Siapa yang rasa diri tu pendek berdiri depan." Mikael mengeluarkan arahan.
"149 pendek ke?" mendongak kepala Nabilah sambil bertanya soalan pada gadis disebelahnya.
Perlahan-lahan perempuan tinggi yang berdiri di sebelah Nabilah mengangguk. Dengan pasrah, Nabilah mengangkat barang-barangnya dan berjalan ke hadapan.
"Beri laluan, beri laluan. Saya nak lalu." Nabilah berkata sambil melangkah melintari orang-orang yang seperti galah baginya. Nafas lega dihembus, bila Nabilah sampai di barisan hadapan. Barang diletak ketepi.
"Angkat barang masing-masing, kita akan gerak masuk ke dalam sekarang." kata Mikael.
Nabilah hentak kaki kanannya sedikit. "Aku baru je letak beg, dah kena angkat balik." rungut Nabilah sambil mengangkat semula tiga buah beg kepunyaannya.
"Dahlah berat." Kata Nabilah lagi.
"Siapa suruh bawak banyak sangat barang, kan dah menyusahkan diri sendiri." Mikael berkata sewaktu melintasi Nabilah.
Satu beg tangan Nabilah dicapai Mikael. Mulut bising tapi hati baik. Tanpa melihat wajah lelaki yang membantunya, Nabilah mengucap terima kasih. Itu pun dalam hati sebab dia geram juga dengan mulut pedas lelaki itu.
Perjalanan mereka ke camp site mengambil masa dua puluh lima minit. Setelah sampai, setiap team perlu melantik ketua dari setiap kumpulan. Setelah selesai memilih ketua kumpulan barulah mereka boleh mula mendirikan khemah dan sebagainya.
"Hai, saya Nabilah." Nabilah melambai tangan kepada dua orang perempuan yang ada dalam kumpulannya.
"Aku, Ain. Yang ni Fahima." balas salah seorang daripada mereka berdua. Dengan senyuman Ain memperkenalkan dirinya dan Fatimah yang baru juga dikenalinya.
"Aku kau je, tak payah bersaya bagai." tegur Fahimah. Nabilah angguk, setuju.
"Malam ni korang okey ke tidur dengan aku? Aku tidur lasak tau." kata Ain dengan nada risau.
"Jangan risaulah. Kalau kau tidur lasak, aku pulak tidur berdengkur." balas Fatimah dengan bangganya.
"Aku keluar air liur basi!" balas Ain.
"Waktu tidur aku suka kentut!" kata Fatimah tidak mahu kalah. Nabilah menutup mulutnya menahan dari ketawa.
Diaorang nak berlawan siapa tidur paling tak senonoh ke? ujar Nabilah dalam hati.
"He he he." Bunyi yang keluar dari mulut Nabilah, membuatkan Ain dan Fatimah serentak menoleh ke arahnya.
"Korang ni comellah. Jadi kita masing-masing tak kesahlah ye, tidur lasak, berdengkur, air liur meleleh atau pun bau kentut dalam kemah nanti." Nabilah berkata dengan senyuman lebar. Serentak Fatimah dan Ain mengangguk sebelum mereka juga tersenyum. Sambil mengenali sesama sendiri, tangan mereka bergerak membuat kerja.
To be continued
Sorry for late update.
Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye
-euphio-
YOU ARE READING
MIKAEL'S
RomancePerkenalan antara si gadis dan jejaka yang tidak pernah bersua muka telah menimbulkan rasa suka di dalam diri gadis tersebut. Namun takdir tidak menyebelahi apabila dia baru menyedari perasaannya terhadap jejaka itu setelah jejaka itu menghilang. Ta...