MIKAEL'S | 23

48 3 0
                                    

Huda tersenyum kelat lalu minum sedikit air tersebut.

Mikael yang melihat hanya tersenyum sinis akan tindakan Huda itu. Lurus jugak perempuan ni.

Setelah Huda berborak dengan uminya, gadis itu meminta diri untuk pulang. Mikael menarik nafas lega selepas Huda melangkah keluar dari pintu rumahnya.

"Kenapa abang buat macam tu dekat Huda? Kesian dia." ujar umi.

"Abang rimas la dengan dia tu. Macam sotong control ayu." kutuk Mikael.

"HAHAHAHAHA" gelak Mikayla dan adik bongsunya. Mereka berdua hanya mengintai dari tadi lagi. Meraka sudah sampai ke rumah 10 minit yang lalu tapi mereka menyorok diluar rumah.

Umi hanya menggeleng kepala melihat telatah anaknya. Kedengaran bunyi enjin kereta diluar rumah, menandakan ayah mereka juga pulang.

Umi bergerak ke dapur untuk membuat air kepada suaminya. Mereka anak beranak berborak gembira di ruang tamu rumah itu.

"Ayahnya, jadi ke kita nak buat kenduri hujung depan?" tanya umi sambil mengambil sepotong kek yang dibuatnya sebentar tadi.

"Haah jadi. Umi bagitau Mikael ke?" ujar si ayah.

"Belum. Umi nak confirmkan dulu dengan ayah." balas umi.

Mikael yang mendengar berkerut dahi memikir perbualan umi dan ayahnya.

"Kenduri? Kenduri apa tu, yah?" tanya Mikael.

"Kan Mikayla dapat sambung belajar. Jadi umi dengan ayah nak buat kenduri doa selamat la." umi memberitahu tujuan kenduri itu diadakan.

Mikael mengangguk faham. Setelah beberapa saat Mikael teringatkan chat dia bersama Nabilah. Mikael tersenyum sendiri, nasib menyebelahinya. Dia bercadang ingin menjemput Nabilah ke rumahnya masa kenduri nanti.

"Abang nak jemput kawan abang boleh tak?" tanya Mikael.

"Kawan? Kawan istimewa ke?" tanya Mikayla sambil mengangkat kedua-dua keningnya bagi mengusik Mikael.

"Sibuk la kau." bidas Mikael.

Mikayla menjeling Mikael. Bukan dia tidak sedar yang abangnya tersenyum seorang diri tadi. Mikayla rasa musykil akan abangnya kerana Mikael tidak pernah senyum seorang diri sebelum ini. Ni mesti dah ada girlfriend. Ujar hati Mikayla.

"Kawan yang mana satu? Khairul tu ke?" tanya umi.

"Kawan jauh, mi." jawab Mikael sambil menahan diri dari tersenyum.

"Boleh, tak kan tak boleh." kata ayah Mikael.

Mikael naik ke biliknya selepas makan malam bersama keluarganya. Dia membelek telefonnya lalu teringat akan kenduri doa selamat yang dibincangkan siang tadi.

Mikael menghantar pesanan ringkas kepada Nabilah untuk memberitahu bahawa dia menjemput Nabilah ke rumahnya nanti.

Mikayla dan Mikayra di bawah sudah mengamin kesyukuran. Tawa mereka bersatu.

********************************

Hari berganti hari, akhirnya masa yang ditetapkan sudah pun tiba. Mikael tiba dihadapan sebuah rumah di Kuala Kangsar. Salam diberi terlebih dahulu. Tiga minit Mikael menunggu diluar pagar sebelum salamnya disambut dari dalam.

Pintu utama rumah dibuka dari dalam. Terserlah wajah Nabilah tanpa memakai cermin mata.

"Saya tak nak beli." Kata Nabilah yang ingatkan orang jual kerepek yang datang.

Mikael mencebik. "Aku pun tak menjual! Aku datang nak pinjam buku." Kata Mikael agak kuat kerana jaraknya dan pintu rumah agak jauh.

Nabilah menepuk dahi bila sedar akan kesilapannya. Dengan perlahan gadis itu melangkah keluar, selipar disarung terlebih dahulu sebelum mendekati pagar rumah.

"Sorrylah, awak. Saya ingat penjual kerepek tadi." Kata Nabilah sambil tersenggeh.

"Apa-apa jelah. Mana buku?"

"Awak masuklah dulu, mama dengan ayah tunggu dekat dalam."

"Huh?" ternaik kedua belah kening Mikael.

"Saya bagi tahu mama dengan ayah yang awak nak datang ambil buku je, tapi mama beria hidang makanan." Nabilah berkata sambil membuka pagar.

Tanpa banyak soal, Mikael memasuki kawasan rumah Nabilah.

"Jom, masuk." ajak Nabilah yang nampak Mikael agak segan.

Mikael mengangguk kecil lalu mengikut saja langkah gadis itu melintasi pintu utama.

"Assalamualaikum." sekali lagi Mikael memberi salam. Sejuk kakinya memijak lantai rumah Nabilah.

"Waalaikumussalam." serentak puan Hayati dan encik Badrul menjawab salam anak muda itu.

Dengan senyuman, kehadiran Mikael disambut dengan baik oleh kedua orang tua Nabilah.

"Jemput duduk, mak cik dah sediakan makanan ni. Makan-makan. Jangan segan." ramah Puan Hayati menjemput.

Mikael hanya mengangguk sambil tersenyum kekok. Setelah selesai menjamu selera, Encik Badrul mengajak Mikael berbual diruang tamu.

Banyak soalan dan perkara yang mereka bualkan sehingga tidak perasan waktu zohor tiba. Encik Badrul mengajak Mikael untuk solat berjemaah dengannya dirumah, tenang hati Encik Badrul bila melihat anak muda itu sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi imam.

Selesai menunaikan solat, Mikael menyampaikan hajatnya, meminta izin menjemput Nabilah hadir ke majlis kesyukuran rumahnya.

Encik Badrul tersenyum mengangguk, mengizinkan. Mikael sudah memberi tahu yang lelaki itu mempunyai dua adik perempuan dan Nabilah akan tumpang tidur dibilik adiknya nanti, jadi tidak perlulah Nabilah tidur di mana-mana hotel seorang diri.

Setelah mendapat green light dari Encik Badrul, Mikael meminta diri.

Sebelum Mikael masuk ke dalam keretanya, Nabilah menegur. "Nah, buku."

Mikael menoleh dan buku ditangan Nabilah disambut.

"Minggu depan aku datang jemput kau untuk pergi kenduri rumah aku." kata Mikael setelah meletakkan buku di seat penumpang disebelah.

"Saya mintak izin ayah dululah, nanti saya bagi tahu jawapan."

"Tak payah. Aku dah bagi tahu ayah kau dan dia okey. So minggu depan kau bawaklah baju lebih sikit. Tidur rumah aku semalam dua."

Dah Encik Badrul pun bagi, Nabilah nak kata apa lagi. Angguk sajalah.

Setelah kereta Mikael hilang dari pandangan, Nabilah mula memikirkan baju apa yang harus dibawa dan dipakai waktu majlis itu nanti. Dan tiba-tiba otaknya terfikir akan perjumpaan dirinya dan keluarga Mikael. Hati mula berdegup ketakutan.

To be continue 

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye

-euphio-

MIKAEL'SWhere stories live. Discover now