Mereka berempat menjamu selera sambil berborak dengan gembira dan tenang sehingga ada pengganggu yang mengacau ketenangan mereka.
"Hi abang! Huda nak duduk makan dekat sini boleh tak?" tanya Huda lantas duduk di tepi Mikael.
Mikael hanya diam dan teruskan makan makanannya yang berbaki separuh tanpa memandang dan menjawab soalan daripada sepupunya itu.
"Lebih baik tak payah mintak kalau orang belum bagi jawapan tapi kau dah duduk dulu." selamba sahaja Mikayla menuturkan ayat itu.
"Ish! Nyamuk ni pengacau betul lah." tambah Mikayra yang sememangnya tidak suka akan sepupunya yang gedik itu.
Nabilah menunduk dan meneruskan suapannya. Dia berasa tidak senang akan kehadiran gadis yang menegur Mikael sebentar tadi kerana gadis itu asyik menjeling dirinya dari tadi.
Huda kerap menanyakan soalan kepada Mikael, akan tetapi semua persoalannya dibiarkan menyepi oleh lelaki itu. Kedua-dua adik Mikael pula asyik berborak sesama mereka serta Nabilah.
"Ish, abang ni dengar tak Huda tanya apa? Kenapa abang diam je?" rungut Huda tanda tidak puas hati apabila Mikael tidak melayannya.
"Hahahaha, kesian orang tu tak ada siapa nak layan dia." Mikayla berkata seraya ketawa akan nasib Huda yang tidak dilayan oleh abangnya.
"Itu la tu, kalau aku jadi dia, aku dah blah dulu. Malu lah jadi orang yang tidak dialu-alukan ni. Kan akak?" kata Mikayra pula bagi menambah perisa untuk memerli sepupunya yang tidak sedar diri itu.
Nabilah hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat karenah adik-adik Mikael. Melihat dari cara layanan, dia sendiri boleh agak bahawa Mikael dan adik-adiknya seperti tidak suka akan gadis yang berada disamping Mikael itu.
"Apa korang cakap? Abang! Tengok lah adik-adik abang tu." Huda mengadu kepada Mikael sambil menunjukkan riak wajah sedihnya agar lelaki itu simpati dan berpihak kepadanya.
"Kayla, Kayra, makan cepat sikit. Lepas siap makan, pergi tolong umi." Mikael berkata kepada kedua-dua adiknya dan berlalu pergi meninggalkan mereka yang ada di meja makan itu. Sekali lagi aduan Huda tidak diambil peduli oleh Mikael.
"Baik abang!" balas mereka berdua apabila menerima arahan daripada Mikael seraya memberi senyuman mengejek kepada Huda.
Jelas kelihatan pada raut wajah Huda yang nampak tidak puas hati apabila dirinya tidak dilayan oleh Mikael dan dirinya menjadi bahan ejekan kepada kedua-dua adik lelaki itu.
Sebelum Mikael berlalu pergi, dia sempat membisikkan sesuatu kepada Nabilah yang hanya dapat didengar oleh mereka berdua sahaja.
"Makan tu jangan comot. Aku tak suka orang lain tengok muka comot kau. Sebab... nampak comel."
Muka Nabilah berubah kemerahan seperti tomato selepas mendengar apa yang dibisikkan oleh Mikael. Mikayla dan Mikayra pula tersenyum apabila melihat kejadian itu.
Huda yang melihat akan sikap Mikael kepada perempuan yang tidak dikenalnya itu mendengus kegeraman lalu membawa dirinya pergi dari situ.
"Elele... abang bisik apa dekat akak sampai muka akak merah macam tu?" usik Mikayla apabila melihatkan muka Nabilah yang kemerahan itu.
"Err... bisik apa? Mana ada apa-apa. Emm, akak masuk dulu lah. Nak tolong umi." Nabilah terus berlalu pergi tanpa sempat Mikayla dan Mikayra membalas kata-katanya. Dari jauh Nabilah masih boleh mendengar suara ketawa dua beradik itu.
Hari semakin gelap dan para tetamu juga telah beransur pulang, yang tinggal hanya sanak saudara Mikael sahaja.
Nabilah menawarkan diri untuk membasuh pinggan di dapur walaupun sudah dilarang oleh umi Mikael, tetapi gadis itu tetap berkeras ingin membantu, akhirnya umi Mikael mengalah dan membiarkan sahaja dia membasuh pinggan-pinggan kotor itu.
Sedang Nabilah ralit membasuh pinggan, terdengar deheman seseorang di belakangnya. Dia berpaling untuk melihat gerangan tersebut. Apabila dia menoleh kebelakang, kelihatan seorang gadis yang berdiri tidak jauh darinya. Gadis itu merupakan gadis yang sama mengganggu mereka makan tadi, kalau tidak salah nama gadis itu Huda.
"Kau siapa?" tanya Huda dengan muka yang tidak puas hati.
Nabilah hanya mendiamkan diri dan membiarkan soalan gadis itu menyepi tidak berjawab. Huda yang geram akan sikap Nabilah terus berjalan mendekati Nabilah dan menarik Nabilah dengan kasar untuk berpaling ke arahnya.
"Ish, awak ni dah kenapa main tarik-tarik saya? Saya tak kacau awak kan?" kata Nabilah yang tidak suka akan cara gadis itu yang mengganggunya membuat kerja.
"Aku tanya kau ni perempuan. Kau siapa? Kenapa kau ada dekat sini? Kenapa abang Hariz layan kau baik? Kau mesti ada guna-guna kan abang kan?" desak Huda kepada Nabilah.
"Apa yang awak merepek ni? Siapa saya kepada Hariz tak ada kena mengena pun dengan awak. Guna-guna? Saya ni masih tahu halal dan haram. Awak jangan tuduh saya yang bukan-bukan." balas Nabilah tidak suka akan tuduhan melulu gadis itu.
"Baik kau pergi dari sini. Aku tak suka kau rapat-rapat dengan abang Hariz. Abang Hariz tu aku yang punya!"
"Hariz nak ke dekat awak? Layan awak pun tak." Sinis Nabilah berkata kepada gadis itu.
"Kau!"
"Apa?"
Pang!
"Huda!"
To be continued
Sekiranya ada sebarang kesalahan ejaan, sila tegur ye
-euphio-
YOU ARE READING
MIKAEL'S
RomancePerkenalan antara si gadis dan jejaka yang tidak pernah bersua muka telah menimbulkan rasa suka di dalam diri gadis tersebut. Namun takdir tidak menyebelahi apabila dia baru menyedari perasaannya terhadap jejaka itu setelah jejaka itu menghilang. Ta...