Markas Pengganas Boro di Hutan Simpan Cheding.
Pelahan-lahan Qaf Yusuff keluar daripada dasar sungai,dia berada dibawah sebuah rumah terapung yang dijadikan tempat pengganas menyembunyikan bekas tentera yang telah diculik. Tujuan penculikan ini adalah kerana pengganas mahu mencuri maklumat sulit tentera daripada bekas tentera itu.
Qaf melekat bom jenis C4 pada beberapa batang tiang,dia mengangkat senjata jenis M4A1 paras bahu sambil memandang sekeliling sebelum masuk semula ke dalam sungai.
"Dua di menara, senapang jenis AK47.Satu di aras satu senjata jenis AK47, dua di menara dan satu di dalam bot jenis senjata mereka sama AK47. Satu di tingkat dua jenis senjata senapang M16 dan dua di dalam rumah tidak pasti jenis senjata. Satu di titi, senapang jenis AK47. " Kata Zam yang berada di atas pokok bersama sniper menjadi pemerhati kedudukan musuh.
Qaf keluar pelahan-lahan daripada dasar sungai, sambil berdiri di atas bahu Yan. Dia mengintai ke arah balkoni, vento sedang pandang ke arah depan sambil memerhati sekeliling. vento adalah gelaran untuk musuh mereka. Qaf memanjat ke atas dan berjalan pelahan-lahan ke arah vento dan menerkup mulutnya sambil melepaskan tembakan pada leher vento ini menggunakan pistol jenis glock 18.
Apabila vento itu tumbang, Qaf menolaknya masuk dalam sungai di bantu oleh Yan.Dia perlu melakukan dengan penuh berhati-hati supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi agar musuh tidak menyedari kehadiran mereka.
Qaf membantu Yan untuk naik ke atas balkoni, mereka berjalan pelahan-lahan sambil mengangkat senjata jenis M4A1 paras bahu,. Qaf yang berjalan di hadapan memberi isyarat berhenti kepada Yan,kerana ada vento di hadapan. Apabila vento itu berlalu pergi dia membuat isyarat mereka perlu berpecah.
"Confirm your vento." Arah Komander Musa,dia memberi arahan melalui alat komunikasi yang di sediakan untuk mereka berhubung. Dia bersembunyi di belakang tangga sambil menghala senjata jenis HK416 ke arah vento yang sedang berdiri di pintu hadapan rumah terapung ini.
"Imam confirm vento." Kata Imam yang sedang bersembunyi di belakang pokok sambil menghala senjatanya ke arah vento yang sedang berdiri di atas titi.
"Zam confirm vento." Kata Zam di atas pokok sambil menghala sniper ke arah vento di tingkat dua.
"Yan confirm vento." Kata Yan sambil menghala senjata ke arah vento yang sedang berdiri di dalam bot sambil memerhati sekeliling.
"Bob confirm vento." Kata Bob di atas bukit sambil menghala sniper ke arah vento yang berada di menara.
Qaf masuk semula ke dalam dasar sungai, dia berenang menuju ke bawah rumah terapung ini.
"Rex confirm vento." Kata Qaf yang berada di dalam air sambil menghala senjata ke arah vento yang berada di dalam bilik bersama hostage, dia memasukan hujung senjata di celah lubang yang terdapat pada lantai papan rumah terapung ini.
"Okay bagus. Siap untuk bertindak, satu.......dua......tiga!!" Arah Komander Musa.
Tosh! Tosh! Tosh!!!! Masing-masing melepaskan tembakan pada target vento mereka. Semua sasaran tepat dan vento tumbang tiada satu pun terlepas. Komander Musa keluar daripada tempat persembunyiaan, dia menghala senjatanya ke hadapan sambil memerhati sekeliling.
"All vento is down!" Kata Komander Musa kepada pasukannya.
Qaf memanjat naik ke atas rumah, dia menghala senjata ke hadapan sambil berjalan ke sebuah bilik. Pintu bilik di tendang kuat sehingga pintu itu hampir tercabut. Dua orang vento tumbang di sebelah hostage yang juga terbaring di atas lantai.
"Tuan tak apa-apa ke?" Tanya Qaf sambil membuka ikatan tali pada kaki dan tangan hostage.
"Saya okay." Jawab Encik Rahmat seorang bekas tentera berpangkat Komander. Keadaan lelaki ini sangat lemah mungkin kerana seharian menjadi tawanan pengganas ini.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...