12

17.7K 722 35
                                    

Mundar mandir Tan Sri Abdul Fattah di hadapan katil Ayfa, hati bapa mana tak risau apabila ada orang mencederakan anak kesayangannya.

"Daddy dah banyak kali cakap dengan Fa buat report polis tetapi Fa degil. Nasib baik ada Luth tolong kalau tak daddy tak tahu la apa jadi dekat Fa. Keputusan daddy muktamad, majlis pertunangan Qaf dan Fa akan bertukar kepada majlis pernikahan sebab daddy nak ada seseorang boleh menjaga dan melindungi Fa.Majlis akan berlangsung lagi tiga minggu dari sekarang." Tegas Tan Sri Abdul Fattah nada suaranya agak meninggi, dia tidak akan membiarkan Ayfa tercedera lagi.

Terkedu Ayfa mendengar kata-kata daddy, kenapa dia perlu berkahwin dengan Qaf secepat ini?

"Daddy... perlu ke tergesa-gesa? Kita pun tak kenal siapa Qaf tu yang sebenarnya, entah-entah dia tu berlakon jadi tentera sebab nak berkahwin dengan Fa selepas tu dia bawa Fa lari, macam mana?" Ujar Ayfa sengaja mahu menakutkan daddy, supaya dia dan Qaf tidak perlu berkahwin secepat ini kerana dia takut tersalah pilihan. Manusia sekarang ni pandai berlakon kalau mahu mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

Tan Sri Abdul Fattah menggeleng kepala mendengar kata-kata Ayfa. Tinggi betul imanginasi anak daranya ini, ada saja idea dia mahu membatalkan perkahwinan ini.

"Daddy yakin dia lelaki yang baik dan dia betul tentera, daddy tahu Fa takut kalau Qaf ada niat tak baik sebab kita tak berapa kenal dia. Cadangan daddy, Fa buat la solat istikharah  minta Allah beri pertunjuk. Kalau berasa tidak tenang selepas Istikharah beritahu daddy." Kata Tan Sri Abdul Fattah sambil meletak tapak tangan atas kepala Ayfa.

"Fa dah buat solat istikharah sejak daddy nak kenalkan Fa dengan dia."

"So, apa jawapan dia?"

"Hmm.. entah la Fa pun tak sure." Balas Fa, hakikatnya jawapannya ada la Qaf. Dia ragu-ragu dengan lelaki itu, apakah lelaki itu benar-benar baik? Semalam bercakap dengan Luth bukan main yakin lelaki itu terbaik untuknya, hari ni lain pula perasaan itu.

"Fa tak sure atau Fa sebenarnya tengah menyembunyikan sesuatu daripada daddy?"

"Mana ada Fa sembunyikan apa-apa, memang Fa tak sure jawapan Istikharah tu. So, tak jadi berkahwin kan?" Keraguan terhadap Qaf membuat Ayfa berat mahu berkahwin dengan lelaki itu.

"Keputusan daddy muktamad, Fa akan berkahwin dengan Qaf lagi tiga minggu." Tegas Tan Sri Abdull Fattah.

Ayfa mendengus kasar mendengar kata-kata daddy,dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki itu secepat ini. Sekurang-kurangnya bertunang la dulu, bagi dia mengenali lelaki mamat ais batu itu.

"Dia tu annoying la daddy, mesti tak romantik and panas baran. Fa tak suka la lelaki panas baran ni, kalau dia naik tangan macam mana? Tak boleh ke bertunang dulu?" Ujar Ayfa gelisah, takut juga kalau bersuamikan seorang lelaki yang panas baran.

"Bercinta selepas berkahwin itu lebih indah, daddy yakin dia bukan lelaki yang macam tu. Fa try la kenal-kenal dengan Qaf tu dalam masa tiga minggu ni, tak kenal maka tak cinta. Mana tahu dalam masa tiga minggu ni Fa terjatuh cinta dengan dia." Tan Sri Abdul Fattah cuba menenangkan jiwa Ayfa yang gelisah itu, dia tidak mahu anak daranya ini memikir bukan-bukan tentang Qaf kerana dia yakin Qaf seorang lelaki yang baik dan mampu menjaga Ayfa dengan baik.

Ayfa menyilang tangan di dada, sesekali dia melepaskan keluhan. Nampaknya dia memang terpaksa la berkahwin dengan mamat ais batu tu tiga minggu lagi, takutnya berkahwin dengan seseorang yang dia tak kenali. Prinsipnya mahu berkahwin dengan seseorang bernama Yusuf dan jatuh cinta pada pandangan pertama telah terkubur, semuanya gara-gara lelaki itu. Adakah dia mampu bahagia bersama lelaki itu? Ayfa buntu saat ini. Tiba-tiba wajah lelaki itu menerjah di dalam fikirannya saat ini, kenapa jantung dia berdebar ni?


AKU MEMILIH DIA (C)Where stories live. Discover now