23

20.6K 711 67
                                    

Qaf memandu lamborgini Ayfa memasuki parking yang telah tersedia. Dia menoleh memandang Ayfa yang sedang lena di tempat duduk sebelah, isterinya ini memang spesis pantang masuk kereta ke? Asal masuk kereta saja terus terlelap. Dia melangkah keluar daripada kereta, dan membuka pintu kereta di sebelah Ayfa, selepas membuka tali keselamatannya. Qaf mendukung isterinya yang sedang lena, dia berjalan menuju ke pintu utama rumah banglo ini. Loceng di tekan berkali-kali, dengan sabar dia menunggu pintu rumah di buka.

"Eh? Encik Qaf? Kenapa Cik Fa tu?" Tanya Makcik Leha hairan melihat Qaf mendukung Ayfa.

"Dia tidur. Mana bilik dia?"

"Masuk la. Jom makcik tunjukkan bilik Cik Ayfa." Kata Makcik Leha sambil melangkah menuju ke Lif.

Qaf mengekori makcik Leha menuju ke bilik Ayfa, setelah dia melangkah masuk ke dalam bilik , Makcik Leha melangkah pergi meninggalkannya. Pelahan-lahan Qaf meletak Ayfa di atas katil, tiba-tiba mata Ayfa terbuka luas memandang tepat anak matanya.

"Dah bangun pun. Dah mimpi ke mana tadi?" Sindir Qaf sambil berdiri tegak di sisi katil Ayfa.

"Kenapa you tak kejut I macam hari tu? Terbakar.. terbakar tu." Balas Ayfa geram, apabila teringat kisah tu dia berasa sangat sakit hati.

Qaf ketawa mendengar kata-kata Ayfa, tidak sangka isterinya masih ingat tentang hal itu. Mesti masih ada sisa dendam di dalam hatinya.

"Aku nak juga buat macam tu tetapi aku rasa lain kali kot sebab bag keras kau tak ada untuk pukul aku. So aku rasa tak best la." Balas Qaf sinis, mana mungkin dia sampai hati nak mengejutkan Ayfa seperti itu lagi.

"You ni kan memang menyakitkan hati!" Marah Ayfa sambil melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia mahu mandi untuk menenangkan diri, Ayfa berdiri di hadapan cermin sambil membuka tudung yang dia pakai dan di sangkut pada tempat yang telah tersedia.

Kemudian Ayfa membuka zip baju dibelakangnya, tiba-tiba zip itu sangkut pada baju. Tidak boleh di tolak ke atas atau ke bawah. Ayfa mula gelisah, tangannya tidak sampai untuk membetulkan zip ini. Cara terakhir adalah meminta tolong Qaf. Ayfa menarik nafas sebelum melangkah keluar daripada bilik air. Dia mengintai di luar bilik mencari susuk tubuh Qaf, terpaku Ayfa melihat Qaf berdiri di balkoni bilik tanpa memakai baju lelaki itu hanya memakai seluar baju melayu saja.

"Qaf,," Panggil Ayfa pelahan, apabila Qaf pusing menghadap dia. Jiwa Ayfa tidak tenang melihat eightpack lelaki ini.

"Yes.Why? Tak jadi mandi ke?" Tanya Qaf sambil melangkah mendekati Ayfa.

"I nak minta tolong."

"Tolong apa?"

"Tolong betul kan zip baju I yang tersangkut ni. Betulkan je tau." Pesan Ayfa gelisah sambil membelakangi Qaf. Hatinya berdebar saat ini, lebih lagi apabila Qaf membetulkan rambutnya. Tiba-tiba Ayfa berasa zip itu bergerak semakin ke bawah.

"Stop Qaf, stop sampai situ je." Kata Ayfa gelisah apabila Qaf menggerakkan zip itu semakin ke bawah, Ayfa memegang tangan Qaf supaya berhenti.

"Buat apa stop kalau boleh teruskan." Bisik Qaf di telinga Ayfa, zip itu sudah sampai ke penghujung . Belakang Ayfa yang putih gebu itu terdedah sehingga menampakkan tali baju dalamnya. Jiwa Qaf tidak tenang melihat belakang isterinya yang terdedah ini.

Ayfa tergamam apabila mendengar kata-kata Qaf. Jantungnya berdegup kencang saat ini, ketika dia mahu melangkah menuju ke bilik air tiba-tiba tangannya di tarik kuat menyebabkan dia berpusing dan tersembam pada dada sasa Qaf.

"Kau nak teman aku exercise tak?" Bisik Qaf sambil menyelak rambut hadapan Ayfa yang menutup dahinya.

"Exercise?" Tanya Ayfa hairan, tiba-tiba Qaf mencium bibirnya dan bibir mereka bertaut lama. Ayfa pada awalnya meronta-ronta ingin dilepaskan tetapi akhirnya akur,lalu dia merangkul leher Qaf dan mula melayan keasyikan ciuman itu.

AKU MEMILIH DIA (C)Where stories live. Discover now