Qaf Yusuff memandu kereta Honda miliknya memasuki petak parking yang terdapat di basement Royal Hotel ini, selepas dia menghubungi Tan Sri Abdul Fattah memberitahu yang dia menerima lamaran itu. Lelaki itu terus menetapkan tarikh, masa dan tempat untuk bertemu dengan anaknya.
Ketika Qaf sedang melangkah keluar daripada kereta, dia mendengar suara orang menjerit.Apabila dia menoleh ke arah jalan dia terkejut melihat sebuah motorsikal berkuasa tinggi sedang bergerak laju ke arah seorang gadis yang berada ditengah jalan di basement ini. Dia berlari ke arah gadis itu dan menarik lengannya sehingga menyebabkan gadis itu berpusing mengadap dia. Pada saat ini mata mereka saling bertemu, apa yang Qaf boleh definisi tentang gadis ini ialah dia sangat cantik. Jantungnya mula berdegup tak normal, dia sendiri tidak pasti kenapa dia berdebar.
"Cik Ayfa okay ke?" Tanya Tasha gelisah, bagai nak tercabut jantungnya melihat ada motorsikal seperti sengaja mahu melanggar Ayfa.
Qaf terkejut apabila ada seseorang muncul antara mereka, nama yang di sebut gadis ini menarik perhatiannya. Cik Ayfa? Jadi gadis yang dia selamatkan tadi adalah Ayfa bakal isterinya.
Ayfa tersedar daripada lamunan, dia menjarakkan diri daripada lelaki ini. Kenapa jantungnya berdegup kencang apabila memandang mata lelaki ni? Tak akan la dia dah jatuh hati dengan mamat ni? Dia tak boleh jatuh hati dengan orang sebarangan.
"You ni siapa ha? Sesuka hati je pegang I." Marah Ayfa, dia cuba menidakkan perasaan yang hadir.
Berkerut dahi Qaf mendengar kata-kata Ayfa, jadi penyelamat pun kena marah ke? Haish, boleh tahan juga mulut bakal isterinya ini.
"Jadi ini la anak Tan Sri Abdul Fattah yang tak pandai berterima kasih tu?" Sindir Qaf yang geram dengan mulut lancang Ayfa.
"Jadi you selamat kan I tadi tak ikhlas la kan? You siapa ha? Muncul jadi penyelamat I,lepas tu sindir-sindir I." Tanya Ayfa tidak puas hati dengan lelaki yang sedang berdiri hadapannya ini.
"Aku Qaf."
Terkedu Ayfa, saat mengetahui dihadapannya ini ialah bakal suaminya. Dia dan Tasha saling berpandangan kerana masing-masing sangat terkejut.
"You la manusia yang hasut daddy I supaya I berkahwin dengan you. Pandai you kan gunakan daddy untuk berkahwin dengan I."
"Memang aku pandai pun." Balas Qaf sinis.
Ayfa mengetap bibir mendengar jawapan Qaf, lelaki sangat menyakitkan hati.
"I ni CEO tahu tak? I tak nak berkahwin dengan pemburu sesat macam you." Ujar Ayfa dengan nada suara agak meninggi.
"So?"
"Kita tak setaraf, kita tak patut berkahwin."
"Okay."
"Ha.. kan senang deal macam ni. Okay set kita tak jadi berkahwin, deal."
"Minggu depan family aku datang meminang kau."
Terkejut Ayfa mendengar kata-kata Qaf dia baru nak melompat keriangan.
"Ha? tadi kita kan dah deal, kenapa mungkir janji?"
"Kau ada dengar aku cakap deal? tak ada kan? Kau deal dengan hantu mana pun aku tak tahu la." Sindir Qaf lagi.
"Hantu tu you la, I tak nak kahwin dengan you tahu tak?"
"Ada aku kisah."
"You ni memang menyakitkan hati, kan?"
"menyakitkan hati ni pun bakal suami kau juga."
"I tak nak berkahwin dengan you la." Kata Ayfa hampir menjerit geram dengan sikap annoying Qaf.
"Jangan lupa minggu depan, kalau tak ada apa-apa aku nak gerak balik. One more thing, kalau nak balas message sila berdiri di tepi sebab tu jalan untuk kereta dan motor lalu bukan tempat kau balas message." Sindir Qaf sambil menyarung kaca mata hitam pada wajahnya, sempat dia mengukir senyuman sinis kepada Ayfa sebelum melangkah menuju ke keretanya.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...