8

17.5K 723 42
                                    

Usai mandi Qaf membalut tuala pada pinggangnya, kemudian dia melangkah keluar daripada bilik air. Baju tshirt slimfit warna army green di atas katil di ambil dan dia sarung pada tubuhnya. Dia mencapai seluar corak celoreng berwarna hijau dan coklat didalam almari, lalu dia memakainya. Dia masukkan baju ke dalam seluar dan dikemaskan lagi dengan tali pinggang, minyak wangi jenama Mont blanc disembur pada tubuhnya. Rambut yang pendek di sikat rapi, kemudian dia mengambil rantai military tag di atas meja dan sarung pada lehernya. Dia mengambil jam tangan jenama G-shock di atas meja tulisnya, dia memakai jam tangan itu pada pergelangan tangannya. sambil melangkah keluar daripada biliknya.

"Oi! Bangun la!" Qaf melangkah masuk ke dalam bilik Nuh, dan dia membaling bantal ke muka adiknya itu.

"Sibuk la along! Bla la." Marah Nuh kerana Qaf menganggu tidurnya.

"Aku sibuk sebab kau tak kerja menyusahkan walid dengan umie. Bangun la pergi kerja!" Qaf menarik kaki Nuh memaksa lelaki itu bangun daripada katil. Sakit hati dia melihat Nuh tidur terbungkang saat orang sedang sibuk mencari rezeki.

"Kau tak payah sibuk la urusan aku! Kau pergi je la balik ke tempat kau! Kau tak ada dekat rumah ni hidup aku tenang, umie bagi apa yang aku nak. Bila kau ada semua tak boleh." Nuh bangun daripada katil, lalu dia menolak kasar tubuh Qaf.

"Kau ingat aku nak biarkan menyusahkan umie dengan walid ke? Kau tu jadi anak biar berguna!" Qaf membalas semula dengan menolak kasar dada Nuh.

Nuh menerpa ke arah Qaf ingin menumbuk mukanya tetapi Qaf menangkap tangan Nuh dan menyilang tangan adiknya ini ke belakang.

"Arghh!! Sakit!" Jerit Nuh apabila Qaf menyilang tangannya ke belakang.

"Along!! Kenapa buat adik macam tu? Macam ni perangai along bila jadi tentera nak belasah adik." Marah Hjh Zaiton apabila melihat Qaf  memulas tangan Nuh. Dia menarik lengan Qaf supaya menjauhi Nuh, lalu dia mendekati anak bongsunya itu sambil memeriksa keadaan Nuh jika ada mana-mana bahagiaan tubuh badannya cedera.

"Sakit umie.. along ni tiba-tiba datang belasah angah." Mengadu Nuh sambil menunjuk tangannya yang sakit akibat Qaf memulas tangannya ke belakang.

Qaf mendengus kasar mendengar kata-kata Nuh, melampau betul adiknya ini,ikutkan hati ingin saja dia menumbuk mulut Nuh sekuat hati.

"Along, just nak ajar Nuh ni jadi anak yang berguna, jangan jadi manusia menyusahkan orang." Tegas Qaf yang tak suka dengan sikap pemalas Nuh.

"Nanti dia bekerja la tu, along tak payah nak sibuk hal angah. Along buat je hal along." Kata Hjh Zaiton membela Nuh, dia tidak suka jika Qaf memarahi Nuh kerana dia risau jika Nuh merajuk dan tidak mahu balik ke rumah.

Qaf menggeleng kepala mendengar kata-kata umie, macam mana la sikap Nuh tidak semakin teruk kalau umie membelanya seperti ini. Dia melangkah keluar daripada bilik Nuh, malas mahu bertengkar dengan umie tentang hal ini kerana kemenangan tidak akan menjadi miliknya.

"Umie backup angah lagi?" Tanya walid apabila melihat Qaf muncul di dapur.

"Ermm.. tak faham la along, umie sepatutnya marah angah tu bukan backup dia. Sampai bila angah nak hidup macam ni?" Kata Qaf tak puas hati sambil melabuh punggung di atas kerusi di meja makan berhadapan dengan Hj Zulkifli.

"Walid ni dah tak larat nak nasihat angah, degil semacam. Umie pula tak habis-habis nak bela angah tu, bila walid marah angah mesti kami akan bergaduh." Luah Hj Zulkifli yang kurang senang dengan sikap Hjh Zaiton terlalu membela Nuh yang malas bekerja dan suka meminta-minta duit mereka.

"Along faham kalau umie sayang angah tapi along tak faham kenapa umie nak membela angah yang malas bekerja tu. Malas bekerja satu hal, suka melepak mengorat anak dara orang tu hal lain pula, along banyak dengar benda benda buruk tentang angah macam mana la umie boleh tutup telinga bila angah buat hal macam tu." Qaf sangat tak faham dengan sikap umie yang boleh tutup mata dan telinga bila Nuh melakukan perkara yang buruk itu.

AKU MEMILIH DIA (C)Where stories live. Discover now