Usai menunaikan solat subuh Qaf mengemas pakaian Ayfa di masukkan ke dalam bag bagasi. Dia mengukir senyuman melihat pakaian isterinya ini, semua berbau wangi. Minyak wangi apa la yang isterinya pakai sehingga membuatkan jiwanya tidak keruan.
Selesai mengemas barang Ayfa, Qaf melangkah keluar daripada biliknya dan menuju ke dapur untuk bersarapan. Walaupun dia masih marah dengan sikap umie dan juga perbuatan Nuh mesti berdepan juga dengan umie tanda dia sayang dan hormat wanita itu.
"Ha! Ada rupanya. Ingatkan dah ikut perempuan tu tak nak balik." Sindir Hjh Zaiton apabila melihat Qaf duduk berhadapannya di meja makan ini.
"Nama dia Ayfa,umie." Balas Qaf sambil menuang teo panas di dalam cawannya.
"Dah ceraikan perempuan murah tu ke? Umie tak nak ada menantu macam tu dekat dalam rumah ni."
Terkedu Qaf yang sedang mengunyah nasi goreng. Tidak terfikir di dalam fikirannya mahu berpisah dengan Ayfa, dia sudah cukup bahagia dengan wanita kesayangannya.
"Umie jangan nak hina isteri along, apa yang berlaku semalam tu salah anak bongsu umie tu." Kata Qaf masih tidak puas hati dengan apa yang berlaku semalam.
"Eh knp nak salahkan angah pula, isteri along tu yang gatal. Tak cukup along seorang, nafsu apa tu." Ujar Hjh Zaiton sinis.
"Cukup umie hina isteri along, Ayfa bukan perempuan macam tu. Umie tak tengok ke macam mana angah peluk Ayfa? Umie masih nak mempertahankan anak bongsu umie tu?"
Suara Qaf lebih tegas kali ini, dia perlu menegakan kebenaran supaya yang bersalah tidak bermaharajalela.
"Along baru je kenal Ayfa sebulan lebih tetapi dah mempertahankan dia macam dah kenal bertahun, sedangkan adik sendiri yang dah kenal lama di tuduh bukan-bukan." Ujar Hjh Zaiton tidak puas hati.
"Walaupun along baru kenal Fa, along yakin dengan dia berbanding dengan adik sendiri. Umie dari dulu memang tutup mata bila angah buat salah sebab tu sampai sekarang dia tak jadi manusia."
"Along! Jangan hina adik macam tu, umie tak ajar anak umie jadi kurang ajar!"
suasana di dalam dapur ini mula tegang, Qaf menghabiskan sisa nasi goreng di dalam pinggannya kemudian dia bingkas bangun menuju ke sink untuk membasuh pinggan.
"Eh ada along? Mana wife along kaki penggoda tu?" Perli Nuh sambil menuruni anak tangga menuju ke meja makan.
"Umie nak tahu tak? Ayfa tu tarik angah masuk ke dalam bilik along, tak sangka macam tu perangai dia." Kata Nuh sinis, dia sengaja mahu menjadi batu api.
Turun naik nafas Qaf mendengar kata-kata Nuh, adiknya memang sudah melampau. Qaf melangkah laju mendekati Nuh lalu wajahnya di tumbuk berkali-kali sehingga adiknya jatuh tersungkur jatuh si atas lantai.
"Sekali lagi kau fitnah isteri aku, kau memang akan makan penyepak aku!" Tengking Qaf, tahap kesabaran dia sudah sampai ke tahap paling maximum.
"Along! Jangan kerana perempuan tu putus hubungan adik beradik. Umie tak suka dengan sikap along yang melampau ni!" Marah Hjh Zaiton sambil membantu Nuh untuk bangun.
"Angah melampau sangat la, umie. Along tak akan berdiam kalau ada orang mengfitnah isteri along." Kata Qaf bersungguh-sungguh, dia tidak akan membenarkan sesiapapun menghina dan juga mengfitnah Ayfa Zuelaikha.
"Awak jangan nak membela sangat anak bongsu awak ni, kalau dia tak salah buktikan." Kata Hj Zulkifli yang sedang melangkah masuk ke dalam dapur ikut pintu belakang.
"Kalau bukan saya bela dia , siapa lagi nak bela diri dia yang teraniaya. Anak sulung abang ni terlalu percaya sangat kata-kata orang luar daripada adik beradik sendiri."
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...