"Assalamualaikum... Umie." Qaf melangkah masuk ke dalam kedai, lalu menerpa ke arah Hjh Zaiton yang sedang menyusun bahulu di dalam bekas. Tubuh wanita kesayangan dia ini dipeluk dengan erat, kemudian dia tunduk bersalaman dengannya.
Ayfa mengukir senyuman melihat sikap manja Qaf dengan umienya. Tak sangka manja juga lelaki ini, ingatkan seorang yang tiada perasaan.
Aisha teruja melihat Qaf muncul di dalam kedai ini tetapi susuk tubuh seorang perempuan di belakang Qaf membuatkan dia sakit hati. Perempuan itu sangat cantik, membuatkan dia sangat cemburu. Patut la Qaf menolak cintanya,rupanya lelaki itu telah hanyut dengan seorang perempuan yang cantik. Dasar lelaki itu tengok paras rupa.
"Waalaikumussalam.. bila sampai? Siapa ni?" Tanya Hjh Zaiton berminat dengan perempuan dibelakang Qaf.
"Umie, kenalkan ini la bakal isteri along, Ayfa."
"Ayfa, ni umie." Qaf memperkenalkan Ayfa kepada Hjh Zaiton.
Ayfa mengukir senyuman dia tunduk bersalaman dengan bakal ibu mentua, tangan wanita ini dicium penuh kasih sayang.
"Maaf datang mengejut,Qaf tak beritahu pun nak bawa Fa jumpa makcik. Kalau tidak Fa boleh bawakan buah tangan." Ujar Ayfa dengan nada suara lemah lembut, tangannya menggenggam erat tangan Hjh Zaiton.
Bekerut dahi Qaf mendengar kata-kata Ayfa, lemah lembut pula wanita ini. Tadi dekat luar garangnya bukan main, macam nak telan orang.
"Eh, tak apa la tak payah susah-susah. Cantik, Ayfa ni. Patutlah Qaf tak sabar nak kahwin." Kata Hjh Zaiton sambil mengusap pipi Ayfa, sambil mengukir senyuman kepada Qaf. Saja dia mahu menyakat anak sulungnya itu.
Bulat mata Qaf mendengar kata-kata umie. Aduh, umie ni kenapa la cakap macam tu tak pasal nanti Ayfa fikir bukan-bukan tentang dia.
"Umie.... Jangan merepek." Kata Qaf mula berasa malu apabila umie kata begitu.
Hjh Zaiton mengukir senyuman mendengar kata-kata Qaf, anaknya sudah tersipu malu.
Ayfa turut tersipu malu apabila mendengar kata-kata bakal mentuanya ini, betul ke lelaki itu tak sabar ingin mengahwininya? Tetapi kenapa dia berasa berat ingin meneruskan perkahwinan ini.
Aisha mengetap bibir melihat kemesraan perempuan itu dengan Hjh Zaiton, tidak boleh jadi ini kedudukan dia benar-benar tergugat ketika ini.
"Ehem.. Ehem... Abang tak nak kenalkan dekat Sha ke?" Tanya Aisha dengan nada suara agak manja sambil berdiri rapat disebelah Qaf.
Qaf mula berasa tidak selesa apabila Aisha berdiri terlalu rapat dengan dia. Pelahan-lahan Qaf melangkah menuju ke sebelah Ayfa.
Ayfa mengukir senyuman memandang Aisha tetapi di dalam hatinya berasa sakit hati melihat perempuan itu berdiri terlalu rapat dengan Qaf. Siapakah perempuan ini, tidak mungkin la adik lelaki ini kerana wajah mereka tidak seiras langsung.
"Ayfa, ini Aisha adik angkat Qaf, dia kerja dekat sini tolong umie buat pastry ini, Ayfa panggil umie lebih mesra.." Ujar Hjh Zaiton sambil memeluk bahu Aisha.
Terkejut Qaf mendengar kata-kata umie, sejak bila pula Aisha menjadi adik angkat dia. Tidak mahu la dia menjadi abang kepada kucing siam ini.
"Qaf ini abang kesayangan aku, sayang sangat." Kata Aisha sambil berjabat tangan dengan Ayfa, sengaja dia mahu menyakitkan hati perampas ini.
Ayfa mengukir senyuman mendengar kata-kata Aisha, dia sambut tangan perempuan ini dan mereka saling bersalaman. Amboi bukan main dia memekatkan perkataan sayang itu, Ayfa sempat lagi menjeling memandang Qaf, dia yakin Aisha menyukai bakal suaminya ini.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...