2

22.4K 828 45
                                    

Buk!! Ayfa Zuelaikha menepuk kuat permukaan meja yang terdapat di dalam bilik mesyuarat utama Royale Hotel. Dia merenung tajam ke arah beberapa orang pekerja dari Marketing Department yang duduk di hadapannya.

"Macam mana you all buat kerja ni?! Nasib baik replica dinosaur tak hempap guest, kalau jatuh terkena guest. I pecat you all!" Tengking Ayfa, api kemarahan dia sudah sampai ke puncak. Kekecohan berlaku apabila replica patung dinosaur setinggi 200cm tumbang di  lobi hotel. Nasib tiada yang tercedera, kalau tidak pasti imej hotel 5 bintang akan tercalar.

Gerun pekerja Royale Hotel melihat CEO muda ini kerana jika dia sedang marah kata-kata dia cukup berbisa, sesiapa yang mendengarnya pasti akan terluka.

"Tetapi Cik Ayfa kami yakin yang replica tu dah diikat ketat supaya tidak terjatuh." Kata Afiq cuba menerangkan situasi sebenar kepada majikannya ini. Dia tidak mahu dipersalahkan atas kesalahan yang mereka tidak lakukan.

"Are you sure? Habis tu kenapa boleh terjatuh juga? Lain kali buat kerja tu pakai otak supaya tak menyusahkan orang lain!" Bentak Ayfa sambil mencampak beberapa helai kertas di atas meja.

Pekerja yang ada di dalam bilik mesyuarat ini tunduk memandang ke arah meja, apabila di tengking oleh Ayfa. Wanita itu kalau mengamuk memang lain macam, singa di dalam zoo pun boleh tunduk hormat.

"Dinosaur tu adalah tarikan utama untuk produk baru kita, kalau tak ada dinosaur tu macam mana orang nak tertarik dengan pakej bermalam di Dino World. I tak kira apa pun berlaku I nak replica dinosaur tu ada dekat lobi esok!" Arah Ayfa dengan nada suara yang meninggi dan tegas.

Terkejut pekerja lain mendengar kata-kata Ayfa Zuelaikha. Memang kerja gila kalau majikan mereka ini mahukan replica dinosour tu esok, sedangkan mereka siapkan dinosaur tu ambil masa seminggu lebih.

"Cik Ayfa, mustahil kami dapat siapkan replica dinosour tu dalam masa satu hari. Sangat mustahil." Kata Farah tidak puas hati dengan arahan Ayfa. Memang mustahil untuk mereka siapkan replica itu siap dalam masa satu hari kerana kerja yang perlu dilakukan sangat rumit.

"Ada I kisah? I tak nak dengar alasan, I hanya nak result. I tahu benda ni settle, macam mana you all nak settle kan. It's not my problem." Balas Ayfa dengan nada suara tegas dan serius sambil menyilang tangan di dada.

Pekerja mengeluh mendengar jawapan Ayfa, mereka sudah masak dengan perangai majikan yang sombong  dan tegas ni.

"Tapi Cik Ayfa.."

"No tapi.. tapi.., I tahu semuanya settle!" Jerkah Ayfa sambil menepuk permukaan meja ini.Tidak lama kemudian dia melangkah keluar daripada bilik mesyuarat ini, dia tidak akan memberi muka kepada mereka kerana dia tahu mereka mampu melakukannya.

Terkejut Nadia, belum sempat dia menghabiskan kata-kata, Ayfa telah menengkingnya. Kalau dimarahi oleh wanita itu pasti dia akan menangis kerana dia berhati lembut mudah tersentuh. Jika mahu berkerja di Royale Hotel memang hati kena cekal.

Tasha berjalan mengekori majikannya yang semakin jauh ke hadapan. Termengah-mengah Tasha mengejar Ayfa, jika mahu menjadi PA kepada Ayfa Zuelaikha memang kena berlatih berjalan laju kerana wanita itu sejenis manusia yang berjalan laju walaupun memakai kasut tumit tinggi setinggi 3 inci.

"Cik Ayfa, are you serius nak diaorang siapkan replica tu hari ni?" Tanya Tasha sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam lif bersama Ayfa.

"You ada nampak muka I ni macam main-main ke?I serius la, diaorang kena siapkan hari ni. I tahu diaorang boleh siapkan hari ni."

"Mana mungkin Cik Ayfa, sedangkan hari tu replica tu pun ambil masa seminggu diaorang nak siapkan." Kata Tasha tidak puas hati, kasihan dia melihat riak wajah pekerja di dalam mesyuarat apabila mendengar kata-kata majikan dia ni.

AKU MEMILIH DIA (C)Where stories live. Discover now