Beberapa bulan kemudian...
Pelahan-lahan Ayfa bangun daripada tidur dan bersandar pada birai katil, dia mengusap perutnya yang semakin membesar ini. Usia kandungannya sudah masuk 9 bulan dan dia sedang menunggu hari untuk bersalin saja. Dia menoleh memandang Qaf yang sedang lena di sebelahnya, dia mengucup belakang Qaf yang terdedah itu. Suaminya memang suka tidur tidak memakai baju, dan juga suka tidur meniarap.
"Abang.. Abang.." panggil Ayfa sambil mengusap belakang Qaf.
"Erm.. Ya sayang." Balas Qaf pelahan-lahan dia membuka matanya yang terasa sangat berat ini. Dia bangun dan bersandar pada birai katil.
"Kenapa sayang? Nak bersalin ke?" Qaf meletak tapak tangannya pada perut Ayfa yang memboyot ini.
"Abang..." Manja suara Ayfa sambil baring di atas riba Qaf, jari jemarinya menyentuh eight pack suaminya yang terdedah ini. Bangun tidur pun Qaf kelihatan sangat seksi.
"Ya sayang.. kenapa ni?" Tanya Qaf, dia diselubungi perasaan mengantuk yang teramat sangat. Pukul berapa la Ayfa mengejutnya bangun tidur, suasana sunyi sepi macam masih awal pagi.
"Sayang nak makan creampuff, sayang nak sekarang." Ujar Ayfa nada suara manja sambil mencium perut Qaf.
Bulat mata Qaf mendengar kata-kata Ayfa.
"Ha? Nak makan creampuff? sekarang? Pukul berapa ni sayang?" Qaf mengelus rambut Ayfa, sesekali dia meraup wajahnya dengan tapak tangan.
"Pukul 3 pagi, boleh la abang. Buat kan cream puff untuk sayang." Merengek Ayfa, dia bangun dan duduk di atas riba Qaf. Leher Qaf di rangkul kemas, sengaja mahu menggoda suaminya ini.
Bertambah terkejut Qaf, Pukul 3 pagi isterinya minta buat kan creampuff? Lain macam mengidam isterinya ini.
"Yela, tapi kita solat sunat Tahajud dulu ya sayang." Kata Qays sambil mengucup dahi isterinya. Walaupun mengantuk dia gagahkan juga dirinya demi Ayfa Zuelaikha.
Ayfa memerhati Qaf yang sedang masukkan cream di dalam puff. Dia mengambil satu creampuff yang telah tersusun di dalam pinggan, tidak sangka creampuff Pukul 3 pagi Qaf lebih sedap daripada biasa.
"Kenapa comot sangat ni?" Qaf mendekati Ayfa yang sedang menikmati creampuff di meja makan. Dia tunduk mencium tepi bibir Ayfa yang terdapat sisa cream.
"Sayang, doktor kata kalau nak senang bersalin kena rajin exercise." Bisik Qaf sambil mengusap peha Ayfa yang terdedah kerana dia hanya memakai baju tidur tali halus paras peha.
"Abang ni gatal la, lepas makan kita exercise la. Terima kasih abang sebab sanggup buat kan creampuff untuk sayang walaupun Pukul 3 pagi." Ujar Ayfa dengan nada suara manja sambil mengusap lembut pipi Qaf.
"I will do anything for you, sayang." Kata Qaf dengan nada suara romantik, kemudian dia mengucup ubun-ubun Ayfa.
"Abang.." Panggil Ayfa suara cemas sambil memegang kuat lengan Qaf.
"Kenapa sayang? Are you okay?" Tanya Qaf turut cemas.
"Abang, sayang rasa air ketumban dah pecah la." Kata Ayfa sambil menunjuk ke arah kakinya.
Qaf tunduk, dia terkejut melihat ada cecair mengalir di betis Ayfa.
"Sayang, jom kita tukar baju." Kata Qaf cemas sambil mendukung Ayfa dan membawa isterinya ke bilik untuk menukar pakaian. Perasaan berdebar mula menyelubunginya mengenangkan Ayfa akan bersalin anak sulung mereka dia berharap segalanya berjalan dengan lancar.
Hampir 5 jam di dalam dewan bersalin, akhirnya Ayfa berjaya melahirkan seorang bayi lelaki secara normal ditemani Qaf sepanjang proses bersalin. Setelah segala urusan selesai Ayfa di bawa ke ward biasa untuk menerima rawatan lanjut.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...