16

17.6K 704 54
                                    

Kereta Honda jenis HRV yang dipandu oleh Qaf Yusuff menyusuri masuk perkarangan rumah kampung Hj Zulkifli, lalu dia memberhentikan keretanya di hadapan rumah. Dia menoleh memandang Ayfa yang sedang lena di tempat duduk penumpang disebelahnya, macam mana la reaksi Cheetah ni kalau tahu nanti yang dia membawanya berjumpa umie dan walid. Pasti dia akan dimarahi gadis ini, keluar saja daripada balai polis dia terus memandu keretanya menuju ke kampung. Ayfa pula lena sepanjang jalan macam mana dia hendak memberitahu tentang rancangan ini.

Qaf mendekatikan bibirnya di telinga Ayfa, bau minyak wangi Ayfa menusuk ke deria baunya. Bau ini sangat menenangkan, dia suka bau minyak wangi ini. Jantungnya mula berdebar, Qaf pantas menggeleng kepala. Dia tidak boleh terhanyut jauh, mereka masih belum halal. Niat asal ingin mengejut gadis ini daripada tidur bukan menghidu bau minyak wanginya.

"Terbakar! Terbakar! Terbakar!!" Jerit Qaf di telinga Ayfa, kemudian dia ketawa besar melihat reaksi gadis ini.

"Terbakar? Mana? Mana?" Bulat mata Ayfa, dia tersedar daripada tidur bingkas bangun duduk tegak sambil memandang sekeliling.

Semakin galak Qaf ketawa melihat Ayfa yang terkejut, dia tak sangka menjadi pula taktik kejutan dia itu.

"Best tidur? Dah sampai mana tadi?" Sindir Qaf sambil ketawa.

Ayfa mendengus kasar mendengar kata-kata Qaf, lelaki ini memang sengaja mahu mencetuskan perang.

"Apa masalah you ni?! Kalau I ada sakit jantung macam mana?! Terkejut tahu tak?" Marah Ayfa sambil memukul bahu Qaf berkali-kali menggunakan sling bagnya.

"Arghhh!! Sakit la.. bag kau ni selain untuk letak barang memang function dia untuk pukul orang ke?" Perli Qaf sambil menggosok bahunya yang berasa pedih itu.

"Padan muka you, siapa suruh cari pasal dengan I. Eh? Kita dekat mana ni?" Tanya Ayfa hairan sambil memandang ke arah rumah kampung di hadapannya.

"Rumah parent aku."

Bulat mata Ayfa mendengar kata-kata Qaf Yusuff.

"What?! Apa masalah you ni?!" Ayfa memukul bahu Qaf dengan sling bag sekali lagi, kali ni lebih kuat. Sakit hatinya dengan sikap Qaf yang membuat keputusan sendiri.

"Sakit la Cik Ayfa, oi.." Merungut Qaf sambil menggosok bahunya yang terasa sakit, kali ini lebih sakit daripada tadi.

"You kira sakit hati you je? Sakit hati I ni macam mana pula? Kenapa tak bincang dulu sebelum bawa I ke sini, tak akan la I nak jumpa parent you dengan muka baru bangun tidur and tak makeup. Then rambut tak terurus macam ni, baju pula just kemeja and jeans. Segan la I." Bebel Ayfa dengan nada suara agak meninggi, perasaan geram kepada Qaf memang sedang di kemuncak saat ini.

"Tak la teruk pun, cantik je aku tengok." Balas Qaf dengan nada suara agak pelahan sambil memandang ke luar tingkap. Baginya Ayfa tak perlu makeup kerana raut wajah wanita ini semula jadi cantik.

"Ha? Apa you cakap?" Tanya Ayfa sambil merenung tajam ke arah Qaf, apa yang sedang lelaki itu bebel sendiri.

"Okay je pakaian kau ni. Aku bukan tak nak bincang dengan kau tetapi kau tidur sepanjang jalan, tak akan la aku nak berbincang dengan roh kau kot. Kalau aku nampak tak apa la, entah-entah roh kau entah ke mana masa kau tidur tadi." Balas Qaf Sinis, dia tak sampai hati ingin mengejutkan Ayfa yang sedang tidur. Dia siap tolong turunkan sedikit kerusi supaya wanita ini tidur lebih selesa dan lena, mana mungkin la dia akan mengejutkan wanita ini hanya kerana mahu berbincang tentang perkara itu. Dia sebagai lelaki dia sepatutnya boleh berfikir lebih matang dan logik, jika ingin menikahi seorang wanita kena la bawa jumpa umie dan walid untuk minta restu.

Ayfa mengecilkan mata memandang Qaf apabila mendengar kata-katanya, lelaki ini kalau bercakap memang  menyakitkan hati.

"Kejut je la I, bukan susah nak kejut kan I."

AKU MEMILIH DIA (C)Where stories live. Discover now