Qaf Yusuff merenung bangunan dihadapannya dan Ayfa silih berganti. Di sini ke tempat yang isterinya ingin melepaskan tekanan? Kalau namanya perempuan memang inilah tempat yang akan menjadi pilihan mereka untuk melepaskan segala tekanan yang ada.
"Kau nak beli apa dekat sini?" Tanya Qaf sambil mengekori Ayfa melangkah masuk ke dalam pusat membeli belah terkemuka Malaysia, Havillion Shopping centre. Di sini la pusat segala jenama terkenal di seluruh dunia dijual.
"I nak beli sandal baru sebab sandal Hermes I yang harga RM3000 tu tertinggal dekat dalam hutan. You la ni la pergi tinggalkan sandal I dekat sana, tak pasal I kena pakai selipar jamban you ni." Ujar Ayfa tidak puas hati apabila sandal jenama Hermes kesayangannya di biarkan di dalam hutan.
"Lain kali masuk la ke dalam lagi sampai tak jumpa jalan keluar terus." Sindir Qaf sinis, jika dikenang balik kedegilan Ayfa, memang dia geram dengan isterinya ini.
Ayfa mengetap bibir mendengar kata-kata Qaf, lelaki ini kalau bab menyindir orang memang nombor satu.
"I just nak belajar tentang hutan je, I ingat kalau I masuk hutan tu pergi ke alam lain macam kartun disney."Qaf menggeleng kepala mendengar kata-kata Ayfa, terpengaruh kartun kuat sangat ni.
"Kau beli kasut mahal-mahal ni boleh tolong kau lalu dekat titian sirat ke?" Sindir Qaf pedas, menusuk terus ke dalam kalbu.
Ayfa merenung tajam mendengar kata-kata Qaf, lelaki ini kalau bab menyindir dia memang pemenang.
"Suka hati I la kaki I bukan kaki you pun, I ni Ayfa Zuelaikha CEO Royale hotel kena la bergaya walaupun hanya di kaki." Kata Ayfa nada suara belagak sambil melibas rambutnya ke wajah Qaf sebelum menyusun langkah meninggalkan lelaki itu di belakang.
Qaf mengeluh melihat Ayfa yang telah mengeluarkan sikap CEO dia. Ini la nasib dia kalau menikahi seorang CEO, degil, belagak dan garang.
Melangkah saja ke dalam butik jenama terkenal Hermes, Ayfa Zuelaikha seperti sedang di rasuk semua handbag dia hendak mencuba. Qaf menggeleng kepala melihat habit shopping isterinya itu.
"Hai, you husband Cik Ayfa?" Tanya Nadia seorang pekerja butik ni, dia tertarik melihat rupa paras suami pelanggannya.
"Yup." Jawab Qaf sambil scroll telefon bimbitnya, dia tidak berminat untuk berbual dengan mana-mana perempuan kecuali Ayfa Zuelaikha.
"You all baru kahwin ke?" Nadia masih tidak berputus asa mahu berbual dengan Qaf, dia berminat dengan lelaki sombong seperti ini.
Qaf mula berasa tidak selesa apabila menyedari Nadia berdiri rapat di sebelahnya.
"I dah siap shopping. Jom pergi Starbuck, I nak cari air favorite I la," Kata Ayfa sambil memeluk lengan Qaf, sempat dia menghadiah jelingan maut kepada Nadia, dia tahu niat gadis ini mahu mencuba nasib mendekati Qaf.
"Jom aku pun haus ni." Kata Qaf sambil memegang Ayfa, dia menarik isterinya keluar daripada butik mewah ini. Dia kurang selesa dengan pandangan Nadia yang seperti mahu menelannya, kalau Ayfa pandangnya seperti itu dia la manusia paling bahagia.
"Seronok la tu ada orang nak mengorat dia." Sindir Ayfa, dia sakit hati apabila Nadia mahu mengorat Qaf. Punya la banyak lelaki di dalam dunia ini, suaminya juga menjadi pilihan hati.
"Kau ada nampak aku seronok ke?" Balas Qaf tidak puas hati.
"Memang la riak wajah you tak tunjuk you seronok tetapi hati you siapa tahu, and one more thing kalau you nak terpikat dengan dia I tak kisah la sebab I boleh dapat 10 lebih baik daripada you." Ayfa memang sengaja mahu menguji kesabaran Qaf, dia mahu melihat sejauh mana Qaf boleh bersabar dengannya.
Qaf berhenti melangkah dia menarik lengan Ayfa sehingga wanita itu rapat ke dadanya, pinggang Ayfa di peluk erat. Mata yang memandang tidak dia perdulikan.
Ayfa menelan air liur dengan sikap menggoda Qaf ini.
"Cik Ayfa,kau memang boleh dapat 10 lebih baik dari aku, tetapi tak akan ada lelaki yang mampu exercise macam aku yang kau juga nikmatinya, sayang." Bisik Qaf, kemudian dia mengucup telinga Ayfa, terukir senyuman sinis di bibirnya.
"Kau paling suka exercise dengan aku kan?" Sindir Qaf sambil mengenyit mata pada Qaf kemudian dia ketawa besar melihat reaksi Ayfa.
Ayfa mengetap bibir mendengar kata-kata Qaf, Ayfa berlari ke arah suaminya kemudian dia menggigit lengan sasa Qaf sebelum melarikan diri ke arah Starbuck.
"Argh! Sakit la Cik Ayfa,oi." Jerit Qaf terkejut apabila tiba-tiba Ayfa mengigit lengannya, aduhai isterinya ini memang la suka melakukan serang hendap, tiba-tiba saja muncul dan menyerangnya. Qaf mengejar Ayfa lalu memegang lengannya supaya Ayfa berjalan disebelah dia.
"Lepas beli air kita gerak ke melaka."
"Melaka? Kenapa ke Melaka?" Tanya Ayfa hairan, semakin jauh la perjalanan selepas ini.
"Aku nak ajak kau ke rumah aku, nak kenalkan rumah aku dengan Tuan baru." Kata Qaf sambil mencuit hujung hidung Ayfa.
"Tuan baru tu I ke?"
"Of course la my wife, kau la siapa lagi." Balas Qaf mendekatkan jarak antara mereka.
Ayfa tersipu mendengar kata-kata Qaf, alahai lelaki ini kalau datang romantiknya, dia boleh terbang ke langit kerana dia mula terhanyut dengan kata-katanya.
Hj Zulkifli mendekati Hjh Zaiton yang sedang duduk di hujung katil, sesekali dia melepaskan keluhan dia tahu kemarahan isterinya masih belum reda tetapi dia tetap mahu berbincang tentang hal ini.
"Along dan Ayfa dah balik melaka." Hj Zulkifli duduk di sebelah Hj Zaiton, dia memegang tangan isterinya.
"Kenapa along ikut perempuan itu? Saya hanya nak perempuan itu yang keluar daripada rumah ini, bukannya along." Kata Hjh Zaiton tidak puas hati apabila anak sulungnya lebih membela orang luar.
"Biarlah dia nak teman isterinya. Awak ni kenapa mudah percaya sebelum siasat perkara ni." Kali Hj Zulkifli tidak puas hati dengan sikap melulu Hjh Zaiton.
"Awak nak cakap angah buat cerita dan fitnah Ayfa? Saya kenal la anak saya tu dia tak akan buat macam tu. Ayfa tu yang gatal, tak cukup along seorang, angah pun dia nak juga." Hjh Zaiton tidak boleh menerima kenyataan apabila anak bongsu dia dipersalahkan di dalam hal ini.
"Abang tak cakap angah fitnah Ayfa tetapi tak salah kalau kita siasat dulu hal ini, kalau betul fitnah nanti jadi dosa besar menuduh orang melakukan zina." Nasihat Hj Zulkifli, dia berharap Hjh Zaiton mahu mendengar kata-katanya.
"Saya tak nak siasat, saya yakin Ayfa bersalah di dalam hal, perempuan bandar macam tu mesti social dengan ramai lelaki, kalau la saya tahu macam ni perangai Ayfa, saya akan paksa along berkahwin dengan Aisha yang sudah tentu baik perangainya." Tegas Hjh Zaiton sambil berdiri, dia menyesal menerima Ayfa sebagai menantunya.
Hj Zulkifli menggeleng kepala mendengar kata-kata isterinya seperti orang tiada iman.
"Astaghfitullahalzim.. bawa mengucap dan istighfar, jangan ikutkan sangat perasaan marah itu. Belum tentu elok luar, elok juga dalamannya. Jangan menilai orang daripada luaran saja." Pesan Hj Zulkifli kepada Hjh Zaiton supaya jangan mudah percaya pada pakaian seseorang.
"Kalau bukan luaran kita nak tengok mana lagi? Sebab kita tak boleh nak membaca isi hati orang. Saya nak along berpisah dengan Ayfa sebab saya ni dah tak boleh nak tengok muka perempuan itu lagi."
Hj Zulkifli mendengus kasar apabila Hjh Zaiton kata begitu.
"Berdosa meruntuh masjid orang, awak jangan cuba nak menghancurkan rumah tangga anak kita. Saya tak benarkan. Sampai bila-bila Ayfa tu menantu saya." Kali ini Hj Zulkifli lebih tegas, dia bingkas bangun dan berdiri di hadapan Hjh Zaiton. Dia tidak akan membenarkan isterinya melakukan dosa itu.
"Abang bukan main backup Ayfa tu dah terpikat dengan menantu sendiri ke?" Sindir Hjh Zaiton sinis.
"Hajah Zaiton Binti Mahmood! Jaga kata-kata awak tu, jangan melampaui batas. Abang masih boleh bersabar dengan awak, tetapi kalau abang dah hilang sabar awak tahu akibatnya." Marah Hj Zulkifli apabila Hjh Zaiton menuduh nya terpikat dengan menantu sendiri. Sebelum dia hilang sabar dengan Hjh Zaiton, Hj Zulkifli melangkah keluar daripada biliknya. Dia tidak mahu bergaduh dengan isterinya kerana risau jika dia hilang sabar dengan kata-kata berbisa wanita itu.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomantiekQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...