"Tak nak!! Tak nak!! Pergi!! Pergi!!" Qaf yang sedang mandi terkejut mendengar suara Ayfa menjerit. Kelam kabut dia menyarung bathrobe di tubuhnya, sebaik sahaja keluar daripada bilik air sebotol minyak wangi jenis kaca mendarat pada dahinya. Terasa sangat sakit dan pedih diiringi denyutan pada dahinya tidak lama kemudian darah mengalir di dahinya, botol kaca tadi jatuh pecah di kaki Qaf.
"Dia rogol I Qaf!! I dah kotor, jijik!!! I nampak dia dekat belakang you!" Jerit Ayfa sambil duduk di tepi dinding dan sambil memegang kuat rambutnya. Matanya melilau memandang sekeliling, tubuh badannya mengigil kerana ketakutan.
Qaf melangkah mendekati Ayfa sambil mengelap darah pada dahinya perasaannya sebak melihat keadaan Ayfa. Dia bersila di hadapan isterinya, dan mencapai jari jemarinya, lalu di bawa dekat ke bibirnya.
"Sayang, hanya kita je dekat dalam rumah ni. Sayang tak kotor, tak jijik pun di mata abang. Apa pun terjadi abang akan sentiasa mencintai sayang." Kata Qaf sambil mengucup lama tangan Ayfa, kemudian dia menarik tubuh Ayfa ke dalam pelukannya.
Ayfa semakin tenang di dalam pelukan Qaf, segala ketakutan yang hadir tadi semakin hilang dan jiwanya kembali tenteram.
"I tak layak untuk you, Qaf." Ayfa menangis teresak-esak di dalam pelukan Qaf.
"Shh.. Kan abang dah cakap, abang hanya nak bersama dengan sayang selamanya. Abang tak kisah pun apa yang dah berlaku pada sayang sebab abang ikhlas mencintai isteri abang ni." Kata Qaf sambil memegang kedua-dua pipi Ayfa, kemudian dia mengucup ubun-ubunnya.
"Dahi you berdarah, I minta maaf I tak sengaja. I nampak dia dekat belakang you tadi, I tak ada niat nak cederakan you." Ujar Ayfa sayu sambil memegang dahi Qaf yang berdarah dan bengkak itu.
"Sayang, abang tahu sayang tak sengaja. Sikit je ni, nanti lepas abang letak ubat hilang la darah ni. Sayang mesti penat kan? Sayang tidur rehat kan diri, abang nak masak untuk makan tengahari. Bila dah siap masak, kita makan sama-sama." Qaf mendukung Ayfa dan membawa isterinya menuju ke katil. Pelahan-lahan dia meletak Ayfa di atas katil empuk ini.
"I minta maaf sebab tak mampu menjadi isteri yang baik untuk you, I yang sepatutnya jaga makan minum you." Ayfa sedih kerana dia tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.
"Abang berkahwin dengan sayang bukan untuk sayang layan abang macam raja tetapi abang ingin ada di sisi sayang tak kira dalam keadaan susah atau senang. Tugas sayang membuat abang bahagia, tugas abang mencukupkan keperluan sayang. Jangan banyak berfikir, abang nak sayang rehat." Qaf menarik comforter menutupi separuh tubuh isterinya, dan mengusap kepala Ayfa sehingga la dia menutup matanya lalu pipi Ayfa dikucup dengan penuh kasih sayang.
Selesai mengenakan pakaian di tubuhnya, Qaf melangkah menuju ke dapur untuk menyediakan makanan tengahari untuk isterinya . Dia menyarung apron di tubuhnya, kemudian dia memotong bawang dan lobak merah. Cadangan dia ingin masak sup ayam untuk Ayfa supaya apabila isterinya menghirup kuah sup ayam selsemanya akan berkurangan.
Setelah hampir sejam berperang di dapur, akhirnya siap juga Qaf memasak sup ayam dan nasi juga masak tepat pada masanya.
"Sayang.. Abang dah siap masak." Bisik Qaf di telinga Ayfa sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik.
Pelahan-lahan Ayfa membuka matanya, tapak tangannya mengusap lembut pipi Qaf.
"Thanks.. sebab jaga I dengan baik." Ucap Ayfa pelahan.
"Mesti la abang akan menjaga isteri abang, abang akan menjaga sayang sehingga hujung nyawa abang." Qaf mengucup dahi Ayfa dengan penuh kasih sayang, kemudian dia memimpin Ayfa menuju ke meja makan untuk mereka menikmati makan tengahari bersama.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...