3

19.3K 757 141
                                    

Aisya Nafisa mendekati Hj Zainuddin yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu. Dia melabuh punggung di atas sofa berhadapan dengan abahnya.

"Abah dah tolak pinangan anak Hj Zul?" Tanya Aisya ingin kepastian, dia sangat berharap abah tidak menerima pinangan itu.

"Hmm... Dah. Abah akan tetap menolak pinangan tu walaupun kakak tak suruh sebab abah tak nak bermenantukan seorang pemburu sedangkan anak abah ni ada ijazah."Hj Zainuddin mahu mencari seorang lelaki yang baik dan berharta untuk anak perempuan sulungnya ini.

"Kakak tak nak dengan anak Hj Zul tu, dah la tak pernah kenal tiba-tiba masuk meminang orang sesuka hati. Kalau adik dia pun kutu rayap lepas tu rupa macam rumah tak siap, abang dia mesti perangai sama juga. Entah kan abah, abang dia lagi tak handsome dari adiknya." Kata Aisya sambil ketawa, Hj Zainuddin turut ketawa mendengar kata-kata Aisya.

"Abah pun rasa la, seorang pemburu tak sesuai dengan anak abah yang cantik ni. Ada ijazah pula tu, kakak nanti kalau mencari suami biar pekerjaan dia menjamin masa depan."

"Tentera boleh tak abah? Hari tu kakak balik kerja, kakak nampak tentera ni pakai tshirt slimfit warna hijau tu dengan seluar askar dan rantai di leher, handsome sangat abah." Kata Aisya teruja, sejak dia melihat sekumpulan tentera tempoh hari, dia sudah berangan mahukan suami seorang tentera tetapi dia nak yang ada rupa paras yang elok.

"Kalau tentera lagi la abah setuju, cari yang komando pangkat Laftenan." Hj Zainuddin setuju sangat jika anaknya ini mahukan seorang tentera kerana masa depannya pasti akan terjamin.

Aisya mengukir senyuman mendengar kata-kata abahnya, dia memang sedang memasang angan-angan mahu mencari seorang suami yang bekerja tentera.

"Lepas habis kontrak dekat tadika tu nak bekerja dekat mana?"

"Makcik Zai ada ajak bekerja di kedai pastry dia, kakak memang minat kulinari ni. Mungkin minggu depan mula bekerja dekat sana." Tamat saja kontrak sebagai cikgu tadika, Aisya membawa diri ke kampung kerana dia mahu berehat sebelum mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya iaitu ijazah di dalam bidang pemasaran.

"Hajah Zaitun isteri Hj Zul? Dah reject anak dia pun nak bekerja dekat situ juga?" Tanya Hj Zainuddin terkejut, boleh pula anaknya ini mahu bekerja dengan emak kepada lelaki yang dia telah menolak pinangan itu.

"Ala kakak bekerja sebab minat, biar la lelaki itu. Kakak akan anggap dia tak wujud je walaupun dia nak mengorat kakak." Balas. Aisya bersungguh-sungguh, dia tidak akan terpikat dengan sebarang lelaki. Dia hanya mahu mencari seseorang yang bekerja sebagai tentera kerana dia telah terpikat dengan lelaki yang memakai uniform.

"Kalau dah gatal sangat nak berkahwin, rajinkan diri tolong ibu dekat dapur dan jangan liat bangun solat subuh." Sindir Hajah Aminah sambil duduk di atas sofa di sebelah Aisya.

Aisya mengetap bibir mendengar kata-kata ibunya, baru nak berangan  tetapi ibu pula dah merosakkan mood dia yang mahu berangan lebih jauh.

"Ala ibu ni kakak tolong ibu kan? Pasal subuh tu tak sengaja terlajak."

"Bukan subuh je, semua solat pun selalu terlajak. Betul tak?" Sindir Hajah Aminah lagi, dia cukup risau dengan Aisya yang kekadang liat mahu menunaikan rukun islam yang kedua itu.

"Kakak tak liat la, termalas sikit je. Ibu masak apa? Sedap la bau." Aisya sengaja tukar topik tidak mahu bercakap tantang hal itu.

"Tengok tu, makan je tahu. Tolong ibu malas, tahu nak layan handphone je. Macam mana nak berkahwin kalau malas." Bebel Hajah Aminah, geram dengan sikap Aisya yang tidak rajin membantunya di dapur.

"Malas kakak pun ada orang  masuk meminang, kakak je tolak sebab kakak tak nak bersuamikan pemburu. Kakak hanya mahukan suami seorang tentera." Aisya tekad mahu mencari suami seorang tentera kerana baginya tentera mempunyai aura yang tersendiri, kalau dia dapat suami tentera dan rupa paras chinese look, dia tak akan tunggu lama-lama dia yang akan masuk meminang lelaki itu.

AKU MEMILIH DIA (C)Where stories live. Discover now