24

20.1K 702 52
                                    

Usai makan malam, Ayfa melangkah mendekati Tan Sri Abdul Fattah yang sedang termenung di tepi kolam renang. Tubuh lelaki yang dia sayang dipeluk daripada belakang.

"Thanks daddy sebab tunaikan permintaan Fa, nak lelaki bernama Yusuff sebagai suami." Kata Ayfa, dia berdiri di hadapan Tan Sri Abdul Fattah, tangan lelaki ini dipegang dengan erat.

"Daddy akan lakukan apa yang terbaik untuk anak daddy. Percaya la cakap daddy Fa tak akan menyesal berkahwin dengan Qaf."

"Daddy memang tahu nama penuh dia dari mula kenal ke?"

"Yup, daddy sengaja nak buat suprise. Tasha pun tahu sebab dia yang uruskan borang nikah dan kad kahwin tetapi daddy suruh dia rahsiakan. Daddy nak tengok sejauh mana Fa boleh terima Qaf."

Ayfa mengetap bibir mendengar kata-kata daddy, maksudnya dia seorang saja tidak tahu tentang lelaki itu.

"Jahat tau daddy dengan Tasha kena kan Fa."

"Mana ada daddy kena kan Fa. Fa yang tak nak ambil tahu pasal Qaf. Sekarang ni dah jatuh cinta ke?" Sindir Tan Sri Abdul Fattah sambil mencuit hidung mancung Ayfa.

"Hmm.. entah la daddy, masih fasa nak kenal hati budi masing-masing."

"Qaf mana?"

"Dia kata nak exercise dekat gym atas tu." Apabila bercakap tentang exercise tiba-tiba Ayfa teringat kejadian petang tadi. Malam pertama dia dan Qaf adalah pada waktu petang bukannya pada waktu malam seperti pengantin lain. Hantu apa yang telah merasuk lelaki itu dia sendiri tidak pasti. Apa yang penting dia telah menunaikan apa yang perlu.

"Pergi la teman dia, tak baik biarkan suami sendiri. Fa dah berkahwin ni jangan garang dengan suami macam garang dengan staff. Nanti suami lari." Ayfa tersengih mendengar kata-kata daddy, bila lagi dia mahu menguji kesabaran lelaki itu kalau bukan sekarang.

"Ya daddy, Fa ingat pesan daddy. Fa, naik dulu ya."Ayfa salam dan mencium tangan daddy sebelum melangkah meninggalkan kawasan kolam renang ini.

Ayfa melangkah menuju ke lif untuk naik ke tingkat atas, dia ingin melihat apa mamat 4 musim itu sedang lakukan. Apabila sampai di tingkat tiga banglo mewah ini, Ayfa menolak pelahan pintu gym mini yang daddy buat khas untuk dia tetapi malangnya dia tidak pernah pun ke sini. Ayfa menjenguk ke dalam gym mencari susuk tubuh Qaf, mana pula lelaki itu pergi?

"Kau cari apa?" Tergamam Ayfa apabila Qaf tiba-tiba muncul dihadapanya tanpa memakai baju, lelaki itu hanya memakai seluar pendek paras lutut. Peluh yang mengalir pada eightpack lelaki ini membuatkan dia kelihatan sangat seksi.

"I... I.. nak exercise juga." Kata Ayfa gagap apabila Qaf berdiri dihadapannya.

"Kau nak exercise? Macam petang tadi? Aku on je." Kata Qaf sambil mengukir senyuman sinis sambil mendekatkan jarak antara dia dan Ayfa.

Ayfa menelan air liur mendengar kata-kata Qaf, dia menjarakkan diri dengan lelaki itu dan berlari anak menuju ke treadmill.

"You jangan nak menggatal ya? I tumbuk nanti." Marah Ayfa sambil berdiri di atas treadmill dia tidak tahu bagaimana mahu menghidupkan alat senaman ini. Dia menggaru kepala yang tak gatal.

"Kalau nak guna benda ni, kena tekan ni." Kata Qaf sambil berdiri dibelakang Ayfa, dagunya di atas bahu isterinya. Manakala tangannya memegang tangan Ayfa yang sedang memegang pemegang treadmill ini. Pelahan-lahan dia melangkah mengikut kelajuan alat senaman ini.

Ayfa menelan air liur dengan perbuatan Qaf, terasa nafas Qaf di tepi pipinya. Hatinya tidak tenang saat ini. Ayfa menekan button memberhentikan treadmill ini, lalu dia pusingkan tubuhnya menghadap Qaf, mata mereka bertemu saat ini.

AKU MEMILIH DIA (C)Where stories live. Discover now