20

18.9K 660 16
                                    

Ayfa Zuelaikha menaip sesuatu di atas papan kekunci macbook miliknya sesekali dia mengerling dokumen disebelah macbook ini.

"Cik Ayfa, ini checklist persiapan majlis pernikahan Cik Ayfa dan Qaf. Dewan,decoration dewan, pelamin, katering and pengacara for majlis dah settle, kad kahwin settle, borang untuk kebenaran nikah pun settle saya dah email to Qaf, sekarang hanya tinggal baju nikah saja tak settle. Hari ni kita pergi butik pengantin untuk try baju nikah sebab ada lagi seminggu je lagi ni." Kata Tasha sambil berdiri di hadapan meja kerja Ayfa. Dia menggeleng kepala melihat Ayfa terlalu fokus memandang skrin macbook itu.

"I busy la, you pilih la mana baju nikah yang you rasa cantik untuk I."

"Cik Ayfa, saya dah kosongkan jadual hari ni. Baju tu dah ada tinggal Cik Fa try je. Jom la Cik Fa." Pujuk Tasha, dia geram dengan sikap sambil lewa Ayfa yang tidak mahu ambil tahu langsung tentang majlis pernikahan ini.

"You dah pilihkan untuk I ke? Cantik tak?"

"Bukan saya yang pilih tetapi Qaf yang design untuk Cik Ayfa. Romantik juga ya bakal suami Cik Ayfa tu, design baju kahwin untuk Cik Fa, borang nikah dia settle kan.Cik Ayfa tak nak ambil perduli pun pasal ni, why?" Tasha tidak faham kenapa Ayfa bersikap dingin dengan Qaf sedangkan lelaki itu terlalu baik dan bertanggungjawab.

"Selagi I tak menikah dengan dia selagi tu I tak nak berharap apa-apa untuk pernikahan tu and selagi tak sampai hari pernikahan tu, I masih menunggu lelaki bernama Yusuf tu datang melamar I." Kata Ayfa bersungguh-sungguh, dia tetap menanti lelaki bernama Yusuf itu selagi dia dan Qaf tidak menikah.

Tasha mengeluh mendengar kata-kata Ayfa, nasib la dia sedang memegang janji kalau tidak pasti dia akan membongkar rahsia yang sedang tersimpan rapi ini.

"Daddy nak Fa focus pada majlis pernikahan ini." Tegas suara Tan Sri Abdul Fattah yang sedang melangkah masuk ke dalam pejabat Ayfa.

"Fa ada banyak kerja la daddy, Tasha kan ada boleh tolong Fa.Lagi pun semua dah settle tinggal try baju nikah je. Fa ni sebenarnya tak nak pun teruskan penikahan ni tetapi dipaksa." Balas Ayfa sambil bersandar pada kerusinya, sesekali dia melepaskan
keluhan.

"Stop buat semua ni dan pergi butik try baju tu."

"Tapi daddy..."

"Now.." Tegas suara Tan Sri Abdul Fattah

"Ya la Fa pergi sekarang." Balas Ayfa nada suara tidak puas hati apabila di paksa seperti itu.

"Fa dah besar, kena berfikiran matang. Qaf tu ada rupa, baik, tentera, dan beragama apa lagi yang Fa nak? Jangan keraskan hati tu sangat, boleh tak?" Pesan Tan Sri Abdul Fattah yang kekadang geram dengan sikap Ayfa yang tidak menghargai manusia sebaik Qaf.

"Dia baik pada daddy bukan pada Fa." Balas Ayfa sinis sebelum melangkah keluar daripada pejabatnya ini.

Tan Sri Abdul Fattah mendengus kasar mendengar kata-kata Ayfa. Dia berharap Ayfa tidak melarikan diri ketika hari pernikahan nanti, semakin hari pernikahan semakin tidak tenang hatinya risau Ayfa melakukan kerja gila.

"Cik Ayfa, kenapa masih tak boleh terima kenyataan yang Cik Ayfa akan berkahwin dengan Qaf? Cik Ayfa pernah keluar dengan Qaf, tak akan la tak rasa apa-apa?"

Wajah Qaf muncul difikiran Ayfa saat ini, sesekali dia melepaskan keluhan. Dia sendiri tidak pasti perasaannya saat ini, hatinya berdebar apabila bersama lelaki itu tetapi pada masa yang sama hatinya berat untuk berkahwin dengan lelaki itu.

"Bila I dengan dia ada la berdebar sikit but its normal bila dia bersikap baik sangat dengan tiba-tiba.Dia tu kekadang baik, kekadang annoying sampai I sendiri tak tahu mana perangai dia yang sebenarnya. I ni nak suami yang romantic dan layan I macam princess, bukan menyakitkan hati je macam dia tu." Kata Ayfa tidak puas hati dengan sikap Qaf yang suka menyakat dia tidak kira masa.

"Cik Ayfa, lelaki ni sebelum kawin lain dah kawin lain. Jangan terkejut kalau nanti bila dah berkahwin dia romantik lain macam.Saya risau Cik Ayfa pula tak tahan." Kata Tasha sambil ketawa besar, dia nampak Qaf berpotensi menjadi seorang lelaki yang sangat romantik.

Bulat mata Ayfa mendengar kata-kata Tasha, seram pula apabila mengenangkan jika Qaf bersikap romantik. Lelaki itu boleh tahan gatal juga kekadang, jika benar Qaf jodoh dia, semoga segala urusannya selepas berkahwin dipermudahkan. Rindu la pula dia pada mamat 4 musim itu. Ayfa tersenyum sendirian sambil memandu kereta menuju ke butik pengantin, bagaimana la agaknya rupa baju pengantin yang lelaki itu reka untuk dia, adakah mengikut citarasa dia yang agak cerewet ini?

"What?! Diaorang nak batal kan perjanjian tu? Seminggu kita berkampung dekat sini untuk tengok proses senjata tu, benda tu dah nak siap diaorang pula nak batalkan kontrak tu. Apa masalah diaorang ni?" Luth tidak puas hati apabila perjumpaan dengan syarikat senjata pada hari ini adalah kerana mereka ingin membatalkan perjanjian yang telah dilaksanakan hampir seminggu. Luth merenung tajam ke arah Mr.tan dan juga Menteri Pertahanan yang menjadi punca utama perjanjian ini dibatalkan.

"Wèishéme túrán yào qǔxiāo zhège xiéyì? (Kenapa tiba-tiba nak membatalkan perjanjian ini?)" Qaf turut sakit hati dengan dua orang manusia di hadapanya ini, sepatutnya dia boleh balik ke Malaysia tetapi terpaksa dibatalkan gara-gara perjumpaan mengejut ini. Kalau macam ni bila la dia hendak balik ke Malaysia menguruskan hal pernikahan dia itu.

"Wǒguó bù yǔnxǔ zài zhèlǐ zhìzào rúcǐ wéixiǎn de wǔqì. Huí dào nǐ de guójiā, fǒuzé nǐ jiāng bèi guānyā zài zhèlǐ.(negara kami tidak akan membenarkan senjata yang sangat bahaya itu dibuat di sini. Balik ke negara kamu atau kamu dipenjara di sini.)" Kata Menteri Pertahanan itu dengan nada suara yang agak tegas.

"Dia suruh kita balik ke negara kita atau kita di penjara di sini." Luth mendengus kasar mendengar kata-kata Qaf, jika boss besar dia tahu tentang perkara ini pasti dia akan dibelasah teruk.

"Tanya diaorang nak berapa? Kita akan bagi."Kata Luth yang masih tidak berputus asa mahu perjanjian ini dilaksanakan.

Qaf mengeluh mendengar kata-kata Luth, ikutkan hati ingin saja dia setuju membatalkan perjanjian ini kerana dia mahu balik Malaysia segera. Rindunya dia dekat Malaysia dan juga seseorang.

"Zhǐyào gāi xiéyì jìxù cúnzài, wǒmen yuànyì zhīfù rènhé jīn'é. Rúguǒ zhè xiàng xiéyì bèi qǔxiāo, wǒmen bù huì zuòshì bù lǐ.(kami sanggup bayar berapa saja, asalkan perjanjian ini diteruskan. kalau perjanjian ini terbatal kami tak akan duduk diam.)" Balas Qaf dengan nada suara serius.

Menteri pertahanan itu bangun dan menepuk permukaan meja bilik mesyuarat ini dengan kuat. Beberapa orang bodyguard menteri itu mengacu pistol ke arah Qaf dan Luth.

Luth gerun melihat senapang yang di acu ke arahnya.

"Zhège guójiā bù huì zhìzào nàxiē wǔqì. Gǎnjǐn gǔn huí nǐ de guójiā qù, bùrán wǒ jiù kāi qiāng dǎ sǐ nǐ!! (negara ini tidak akan membuat senjata itu. Balik ke negara kamu sekarang atau saya tembak kamu sampai mati!!)" Ujar Menteri Pertahanan itu dengan nada suara yang tinggi, dia sangat marah apabila dipaksa melakukan suatu perkara yang dia tidak suka.

"Jom bla sebelum mati kena tembak." Ajak Qaf sambil bangun daripada tempat duduknya dan melangkah keluar daripada bilik mesyuarat ini.

"Kau cakap dengan boss kau, menteri tu tak nak senjata itu dibuat dekat negara ini. Tugas aku dah selesai aku nak balik Malaysia." Kata Qaf sambil melangkah masuk ke dalam lif.

"Boss aku akan mengamuk kalau tahu negotation ni gagal. Kita tak boleh pujuk dia lagi sekali ke?" Tanya Luth gelisah, dia tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan boss besar itu nanti. Luth mengekori Qaf melangkah keluar daripada lif dan menuju ke luar bangunan kementerian.

"Kalau kau rasa nak mati cepat pergi la pujuk dia lagi. Aku nak balik Malaysia, banyak lagi urusan aku dekat sana tak selesai lagi. One more thing, jangan ikut aku." Kata Qaf sambil melangkah masuk ke dalam teksi. Dia meninggalkan saja Luth sendirian dihadapan bangunan itu, pandai-pandai la lelaki itu memandu sendiri balik ke bilik hotel. Segala maklumat yang dia perlukan telah berjaya dia curi jadi sekarang ini dia hanya perlu menjejaki boss besar mereka. Tugas di sini telah selesai, jadi dia tidak sabar mahu balik ke tanah air,  lagi seminggu dia akan bergelar suami kepada Ayfa. Harap semua berjalan lancar. Rindu pula dia pada si cheetah itu.

AKU MEMILIH DIA (C)Where stories live. Discover now