Pintu pagar rumah banglo Tan Sri Abdul Fattah terbuka luas, Qaf terpegun melihat rumah banglo mewah berdiri megah dihadapannya. Dia tidak membayangkan hanya beberapa orang sahaja di dalam rumah sebesar ini. Qaf memandu keretanya memasuki perkarangan rumah ini dan memberhentikan keretanya di hadapan pintu utama.
"Daddy kau ada tak? Aku nak jumpa dia la."
"Daddy tak ada dia ada meeting dekat Jepun, kenapa you nak jumpa daddy?"
"Aku nak cakap tentang hal kahwin kita. Kau duduk diam-diam dekat situ biar aku buka kan pintu." Ujar Qaf sambil membuka pintu kereta.
"Qaf.." Panggil Ayfa apabila melihat Qaf ingin melangkah keluar daripada kereta ini.
"Yes.. why?" Qaf menoleh memandang Ayfa, dia masuk semula ke dalam kereta dan duduk senget sedikit supaya badannya menghadap Ayfa.
"I nak beritahu you something tentang I, after that if you decide tak nak kahwin dengan I. I tak akan marah you."
"Pasal apa tu?"
"I ni bukan perempuan yang baik, I kaki clubbing and seorang CEO yang sombong. Kita tak sesuai, you lelaki yang baik sepatutnya you berkahwin dengan perempuan yang lebih baik."
Qaf mengukir senyuman mendengar kata-kata Ayfa. Andainya gadis ini tahu yang dia tidak kisah tentang masa lalunya kerana dirinya adalah jawapan istikharah dia.
"Kalau macam tu kau boleh la bawa aku ke sana, teringin juga aku nak tengok ada apa dekat dalam club tu sampai orang masuk tak nak keluar." Sindir Qaf sambil menyilang tangan di dada dan memandang ke atas seperti sedang memikirkan sesuatu.
Ayfa mengetap bibir mendengar kata-kata Qaf, lelaki ini tidak pernah serius apabila dia ajak berbincang.
"Qaf tolong la serius." Merungut Ayfa.
"Aku serius la ni."
"Mana ada serius macam tu. You ni memang menyakitkan hati la." Laju tangan Ayfa menghayun handbag pada peha Qaf, sakit hati dia dengan sikap lelaki ini.
"Kalau aku dah decide untuk berkahwin dengan kau, maksudnya aku tak kisah tentang kekurangan kau. Tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ni, Allah mencipta setiap benda di dunia ni berpasangan untuk memenuhi kekurangan yang ada macam pokok ada daunnya, langit ada awan, bulan ada bintang, kau ada aku." Ayat last nada suara Qaf agak lembut dan pelahan sambil mendekatkan wajahnya dengan wajah Ayfa.
Tergamam Ayfa mendengar kata-kata Qaf, lama dia memandang wajah Qaf. Dia mula la berdebar apabila Qaf bersikap romantik.
"So, lepas ni kau tak payah fikir pasal benda tu. Tenangkan hati kau dan kita cuba memenuhi kekurangan diri masing-masing." Kata Qaf cuba menenangkan fikiran Ayfa yang mungkin sedang serabut itu.
"Tetapi I still tak yakin untuk berkahwin dengan you, I tak kenal you sepenuhnya." Balas Ayfa gelisah, kali ini dia perlu jujur dengan Qaf.
"Kalau macam tu kita kena la kahwin dulu, baru kita boleh kenal luar dan dalam." Kata Qaf sambil mengangkat kedua-dua keningnya dan terukir senyuman sinis di bibirnya.
Ayfa mengecilkan matanya apabila mendengar kata-kata Qaf.
"Gatal!! You ni gatal la Qaf!" Marah Ayfa sambil menghayun handbagnya dan memukul bahu Qaf berkali-kali. kemudian dia melangkah keluar daripada kereta.
Qaf ketawa melihat reaksi Ayfa. Aduhai, apa la yang bakal isterinya fikirkan itu sehingga menjadi terlalu marah.
"Fa.." Panggil Qaf dengan nada suara yang agak lembut.
Ayfa sedang melangkah menuju ke pintu utama rumah banglo mewah ini, menoleh memandang Qaf.
"Why? Nak menggatal lagi ke?" Sindir Ayfa sambil menyilang tangan di dada.
"Jumpa lagi 3 minggu... In Shaa Allah aku akan datang untuk jadikan kau sebagai isteri aku." Balas Qaf sambil menghulur sekotak creampuff kepada Ayfa yang dia buat khas untuk gadis ini.
Sebak perasaan Ayfa mendengar kata-kata Qaf,
"Kalau I lari?"
"Aku akan cari sampai jumpa."
Ayfa mengukir senyuman mendengar kata-kata Qaf, jika memang lelaki ini jodohnya mereka akan bersama jua. Dia tidak mahu terlalu berharap kerana takut nanti dia akan terlalu kecewa.
"Jaga diri tu elok-elok, aku tak ada nak tolong jagakan untuk kau." Kata Qaf sambil jalan mengundur sebelum memusing tubuhnya dan berjalan menuju ke kereta.
"Ya Allah pelihara la Ayfa di mana saja dia berada." Detik Qaf di dalam hati, dia bersandar pada kerusi pemandu sambil memerhati Ayfa yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah. Esok dia akan memulakan satu misi rahsia, Komander Musa menghubungi meminta dia pergi kem segera kerana ada hal mustahak. Ke mana pula mereka ingin mencampak dia untuk menjadi perisik. Dia redha setiap apa yang telah ditentukan untuknya.
Ayfa melangkah masuk ke dalam rumah, pelahan-lahan dia menutup pintu kemudian dia bersandar pada pintu ini. Sesekali dia melepaskan keluhan, sebak perasaannya memikirkan dia hanya akan bertemu dengan Qaf tiga minggu lagi.
"Cik Fa keluarkan pagi tadi? Selepas tu Cik Fa pergi mana? Kereta ada Cik Fa tak ada, jarang Cik Fa keluar tanpa bawa lamborgini tu." Tanya Makcik Leha sambil mengambil kotak putih yang dihulur Qaf kepadanya.
"I keluar dengan Qaf." Terkejut Makcik Leha mendengar kata-kata Ayfa, tidak sangka gadis ini mahu juga keluar bersama dengan bakal suaminya itu.
"Wah.. dah boleh terima si dia ke? Mana Cik Fa beli creampuff ni sedap la." Kata Makcik Leha sambil mengunyah creampuff tanpa berhenti, tanpa sedar sudah makan 5 biji creampuff.
Ayfa mencekak pinggang melihat Makcik Leha makan cream puff itu tanpa henti. Dia mengambil semula kotak yang berisi creampuff itu.
"Creampuff ni Qaf buat khas untuk I tau. Makcik dah makan 10 biji, tinggal 20 biji je ni." Merungut Ayfa apabila dessert yang Qaf buat untuknya tinggal sedikit, ini semua kerana telah dimakan oleh Makcik Leha.
"Untungnya siapa berkahwin dengan Qaf, dah la handsome pandai masak pula tu. Kalau Cik Ayfa tak nak pass dekat makcik tau." Kata Makcik Leha sambil mencuit bahu Ayfa. Mereka sama-sama melangkah menuju ke ruang dapur.
Ayfa menjeling mendengar kata-kata makcik Leha, tak sepadan dengan tua pembantu rumahnya ini. Ada hati ingin merampas Qaf daripadanya.
"Cik Ayfa dah boleh terima Qaf? Ready ke nak menjadi isteri dia?" Ayfa mengeluh mendengar pertanyaan Makcik Leha.
"Entah la makcik. You tahu kan, impian I ialah ingin berkahwin dengan seseorang bernama Yusuf, 13 tahun I doa benda yang sama. Sampai sekarang masih mendoakan itu tetapi yang muncul si Qaf tu. Hati I ni masih ragu dengan dia, I tak yakin akan bahagia dengan dia. " Ujar Ayfa sayu, dia sangat berharap dijodohkan dengan seseorang yang bernama Yusuf. Bukannya mamat 4 musim itu.
"Cik Fa, tak semua impian akan tercapai. Belajar la menerima ketentuan daripada Allah SWT, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jangan pernah menidakkan ketentuan Allah SWT, kita kena percaya qada & qadar. Cik Fa ni sebenarnya bukan tak boleh terima Qaf tetapi masih mengharap jodoh bernama Yusuf yang entah bila akan muncul. Sepanjang hari ni bersama Qaf, Cik Fa masih tak boleh menilai dia ke?" Puas hati Makcik Leha dapat membebel dengan Ayfa, bukan senang nak dapat peluang ini.
"Dia baik, penyabar, caring, romantik dan annoying sangat." Balas Ayfa sambil tersenyum, tiba-tiba wajah Qaf muncul difikirannya.
"Kalau dah tersengih macam tu tandanya suka. Terima je la dia dengan hati terbuka, makcik tengok tak ada kekurangan pun Qaf itu dan makcik yakin dia akan menjadi suami yang baik untuk Cik Fa." Kata Makcik Leha sambil mengunyah creampuff.
"Makcik! Kenapa makan lagi? Kan dah tinggal 10 biji je. Ni Qaf buat untuk Fa, dah la nak jumpa dia lambat lagi." Merungut Ayfa geram Makcik Leha makan creampuff dia sampai tinggal 10 biji saja.
Hampir tercekik Makcik Leha dek kerana terkejut Ayfa menjerit kerana creampuff yang Qaf buat untuknya tinggal sedikit.
"Makcik jangan ambil dalam peti ais ni. Kalau tak I potong gaji makcik." Ayfa memberi amaran sambil menyimpan creampuff itu di dalam peti ais, kemudian dia melangkah menuju ke kolam renang. Dia memeluk tubuh sambil mendongak ke langit dan merenung bintang di angkasa, wajah Qaf menjelma lagi di dalam fikirannya. Adakah dia rindu?
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...