47

19.2K 624 8
                                    

"Aku dan Encik Khabir masuk lori satu, Zam dan Yeap masuk lori dua. Bob dan Imam masuk lori tiga. Kita kena sampai sebelum malam." Qaf memberi arahan sebelum melangkah masuk ke dalam lori satu.

Semua tentera mengikut arahan yang diberikan oleh Qaf, masing-masing telah bersedia untuk memulakan perjalanan menunju ke Kabul. Lori tentera Malaysia yang membawa barang keperluan asas untuk membantu mangsa perang bergerak pelahan di bumi Afganistan ini. Semasa di dalam perjalanan tiba-tiba lori satu Tentera Malaysia di serang oleh sekumpulan pengganas menyebabkan lori itu hilang kawalan lalu terbalik dan berpusing beberapa kali. Manakala pengganas itu melarikan diri apabila melihat lori tentera ini terbalik.

Lori tiga mengejar pengganas itu manakala lori dua berhenti untuk memeriksa keadaan lori satu yang kemalangan.

"Qaf?! Qaf! Qaf!" Panggil Zam mencari susuk tubuh Qaf untuk memeriksa keadaan sahabatnya itu, jika tengok pada keadaan lori yang kemalangan ini penumpangnya pasti cedera parah seperti pemandu lori ini.

"Aku tak jumpa Qaf." Kata Zam gelisah, dia sudah mencari Qaf di dalam dan juga di belakang lori tetapi dia tidak dapat mengesan kedudukan sahabatnya itu.

"Tak akan la dia jatuh ke dalam gaung?" Yeap berdiri di tepi tebing memandang ke arah gaung yang sangat dalam.

"Aku tak jumpa dia la, aku dah cari merata-rata tempat." Kata Zam yang semakin gelisah, dia turut memandang ke arah gaung yang ketinggiannya sangat menakutkan.

"Jom turun, cari Qaf." Ajak Yeap

"Aku harap jumpa la Qaf walaupun di dalam keadaan yang..." Zam tidak mampu menghabiskan kata-katanya cuma dia sangat berharap yang mereka akan menemui Qaf walaupun bukan di dalam keadaan yang seperti mereka inginkan.


Ayfa tersedar daripada tidur, jantungnya berdegup kencang. Tiba-tiba dia teringat tentang Qaf, hampir tiga bulan lelaki itu pergi ke Afganistan tetapi dia tidak pernah menerima satu pun panggilan telefon daripadanya. Selepas menunaikan solat zohor Ayfa tertidur, dia berharap mimpi Qaf memakai baju putih itu hanya mimpi yang tiada makna apa-apa.

"Astaghfirullah al azim.. Astaghfirullah al azim.." Ayfa beristighfar beberapa kali bagi menenangkan hatinya yang gelisah.

"Ya Allah, aku sangat merindui suamiku, Engkau lindungi la dia dalam apa jua keadaan. Bawa la dia pulang kepada ku." Ayfa berdoa sambil menangis dia memeluk erat baju Qaf, dia sangat merindui suaminya.

"Abang dekat mana? Kenapa tak balik lagi? Tolong la jangan mungkir janji." Ayfa mencium lama baju Qaf, dia hanya mahukan Qaf Yusuff kembali ke sisinya, dia ingin hidup bersama suaminya.

Tangisan Baby Qash mengejutkan Ayfa daripada lamunan, pasti si montel itu kelaparan. Pelahan-lahan Ayfa turun daripada katil dan melangkah menuju ke baby cot. Tubuh si montel Qash di dukung dan Ayfa duduk dia atas katil memangkunya untuk memberi dia susu badan. Sesekali dia mengucup pipi montel anaknya yang berusia dua bulan ini.

"Sayang mesti rindu daddy kan?Mummy pun. Mummy rindu sangat dengan daddy." Luah Ayfa sayu sambil mengusap pipi Qash yang sedang menyusu ini.

"Puan Fa, umie dan walid Qaf datang. Tak nak jumpa diaorang ke? Mak Leha rasa dah tiba masanya Puan Fa beranikan diri berdepan dengan umie Qaf. Kalau Puan Fa tolak lagi untuk berjumpa dengan dia maksudnya ini kali ketiga, Puan Fa hampakan permintaan dia." Ujar Makcik Leha sambil duduk di sebelah Ayfa, dia harap kali ini dia akan berjaya memujuk Ayfa untuk berjumpa dengan mak mentuanya.

"I takut, I tak kuat la bila jumpa dengan umie." Kata Ayfa nada suar sedih, dia takut tidak dapat mengawal emosi apabila berjumpa dengan umie dan kemungkinan penyakitnya akan datang semula.

"Puan Fa, makcik yakin Puan Fa boleh menghadapi semua ini tetapi syarat utama ialah Puan Fa kena belajar memaafkan umie. Memang sukar untuk memaafkan seseorang yang telah bertindak kejam dengan kita tetapi hanya dengan memaafkan hati kita akan lebih tenang." Kata Makcik Leha, dia yakin Ayfa boleh mengawal perasaan dan traumanya tetapi kuncinya adalah memaafkan umie dengan ikhlas.

"Makcik yakin ke I boleh lakukannya?"

"Ya sayang, Puan Fa boleh lakukan tetapi kena tanam di dalam hati memaafkan umie. Puan Fa tak kasihan ke kepada Qaf? Dia tersepit antara Puan Fa dan umie, seorang dia perlu taat seorang lagi tanggungjawabnya. Memaafkan dan hidup bersama di dalam keadaan tenang. Makcik tengok umie tu ikhlas nak minta maaf dengan Puan Fa, pergi la jumpa umie tu." Pujuk Makcik Leha lagi, dia tidak mahu Ayfa terus hidup di dalam trauma apabila berjumpa dengan Hjh Zaiton. Semoga dengan memaafkan Ayfa boleh keluar daripada trauma ini.

"I. maafkan umie dan I nak mulakan hidup baru." Kata Ayfa bersungguh-sungguh kali ini dia lebih yakin telah maafkan umie.

"Macam tu la Ayfa Zuelaikha yang makcik kenal, Qash biar makcik jaga. Puan Fa pergi jumpa umie dengan walid dekat ruang tamu." Kata Makcik Leha sambil mengambil Qash di pangkuan Ayfa.

Ayfa menarik nafas sebelum melangkah keluar daripada bilik ini. dia sangat berharap dapat menghadapi umie dengan tenang.

"Fa, umie minta maaf." Hjh Zaiton terus menerpa ke arah Ayfa apabila melihat susuk tubuh Ayfa di ruang tamu ini. Dia memeluk erat Ayfa sambil menangis teresak-esak.

Ayfa kaku di dalam pelukan umie.

"Umie minta maaf sangat kerana tak percayakan Fa dan juga minta maaf kerana pernah pukul Fa. Umie menyesal sayang, menyesal sangat." Kata Hjh Zaiton sambil memegang kedua-dua pipi Ayfa. Dia sangat berharap menantunya ini memaafkannya dan dia mahu mulakan hidup yang baru lebih bahagia.

Ayfa mengukir senyuman mendengar kata-kata umie, betul kata Makcik Leha hatinya lebih tenang selepas memaafkan umie.

"Umie, Fa dah maafkan umie. Fa pun minta maaf kalau ada buat salah pada umie." Kata Ayfa sambil tunduk salam dan cium tangan Hjh Zaiton.

"Tak sayang, Fa tak pernah pun salah pada umie. Umie nak kita mulakan hidup baru, umie nak bahagia macam dulu." Kata Hjh Zaiton bersungguh-sungguh, sambil memegang erat tangan Ayfa, dia berasa sangat tenang apabila sudah memaafkannya.

Hj Zulkifli mengukir senyuman melihat Hjh Zaiton dan Ayfa telah berbaik. Selepas ini dia tidak lagi melihat isterinya kerap termenung mengenangkan dosa-dosa yang telah di lakukan kepada Ayfa, semoga apa yang berlaku dijadikan pengajaran dan tidak akan diulangi lagi.

"Comelnya cucu umie." Hjh Zaiton teruja melihat baby di pangkuan Makcik Leha. Dia mendukung baby itu dan dikucup dengan penuh kasih sayang.

"Siapa nama dia?" Tanya Hj Zulkifli turut teruja melihat cucu sulungnya ini. Pipi gebu Qash dikucup dengan penuh kasih sayang, apabila melihat baby comel ini Hj Zulkifli dia berasa keluarga kecilnya bertambah berseri dan semoga kehadirannya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.

"Nama dia Qash, Qaf yang bagi." Apabila menyebut nama Qaf perasaan Ayfa sebak, mana suaminya pergi? Kenapa dia masih tidak balik lagi? Dia mahu menceritakan apa yang berlaku pada hari ini dan dia tidak sabar mahu memberitahu kepada Qaf yang hubungannya dengan umie telah baik dan dia tidak lagi trauma melihat umie.

"Ada dengar berita tentang Qaf?" Tanya Hj Zulkifli apabila sebut tentang Qaf, dia teringat anak lelakinya tidak dapat dihubungi sejak pergi ke Afganistan. Dia hanya mampu berdoa semoga Qaf di lindungi Allah SWT tidak kira di mana saja dia berada.

Ayfa hanya menggeleng kepala, dia juga berharap ada berita tentang suaminya itu.

"Abang, dekat mana? Balik la, sayang rindu." Detik Ayfa di dalam hati, tiga bulan dia menanggung rindu yang teramat dalam ini. Dia sangat berharap suaminya pulang ke pangkuannya di dalam keadaan sihat dan selamat.

AKU MEMILIH DIA (C)Where stories live. Discover now