Ayfa menaip sesuatu pada keyboard Macbook miliknya, sesekali dia mengerling dokumen dihadapannya. Dia mengurut bahu yang berasa lenguh ini, hari ini dia sibuk menyelesaikan beberapa perkara kerana esok ada meeting dengan Board of Director yang menentukan sama ada dia masih layak memegang jawatan CEO atau tidak. Setiap tahun akan ada mesyuarat seperti ini untuk melihat prestasi syarikat semakin baik ataupun sebaliknya.
"Cik Ayfa ini ada dokument yang perlu sign." Tasha meletak beberapa dokumen di atas meja kerja Ayfa.
"Kerja you dah settle kan? Pergi la balik. I nak settle kan kerja I dulu baru I balik."
"Saya tunggu Cik Ayfa la, tak akan nak biarkan Cik Ayfa seorang diri dah la Cik Ayfa sekarang ni asyik terima ugutan bunuh tu. Kenapa Cik Ayfa tak nak buat report polis?" Tasha hairan dengan Ayfa kerana gadis ini sudah 5 kali menerima ugutan bunuh tetapi masih tidak melakukan laporan polis. Sampai bila dia nak bertahan dengan ugutan itu entah la.
"Kalau I buat report polis confirm kecoh, nanti mesti akan merosak imej hotel ini. I tak akan biarkan semua tu berlaku, I sayang hotel ni." Kata Ayfa bersungguh-sungguh, dia tak akan membiarkan semua itu berlaku.
"Tetapi bahaya untuk Cik Ayfa kecuali la kalau Cik Ayfa dah berkahwin, at least ada orang melindungi Cik Ayfa. Bila Cik Ayfa nak berkahwin dengan Si dia?" Tanya Tasha sambil mengukir senyuman nakal kepada Ayfa.
"You nak tahu tak? Si dia tu sebenarnya bukan pemburu tetapi tentera, I tak tahu la kenapa dia tipu tentang pekerjaan dia tu. Nak acah-acah low profile la tu."
Bulat mata Tasha mendengar kata-kata Ayfa, patut la lelaki itu kelihatan sangat attractive tentera rupanya,
"Wah! Encik Laftenan la ni? Untung la Cik Ayfa dah la handsome, badan tegap gitu, tinggi. Apa lagi Cik Ayfa nak, dia dah cukup semuanya." Puji Tasha, dia berasa Ayfa sangat untung kerana bakal suaminya cukup sempurna rupa parasnya.
"Tak ada yang untung pun, dia tu menyakitkan hati."
"Kalau Cik Ayfa tak nak dia, saya nak. Haish! Tu kalau dipeluk memang best." Kata Tasha sambil tersengih membayangkan jika dapat memeluk lelaki seperti Qaf.
Ayfa mengetap bibir mendengar kata-kata Tasha, kenapa la semua orang suka pada lelaki itu? Melihat Tasha tersengih sendiri, membuat dia sakit hati mesti PA dia ini sedang berangan la tu. Ayfa membaling pen ke arah Tasha, menyedarkan Tasha daripada angan-angannya.
"Apa ni Cik Ayfa main baling pen, jealous ke? Takut la tu saya rampas Encik Laftenan dia."
Ayfa menjeling mendengar kata-kata Tasha, gadis ini sengaja mahu menguji dia.
"You jangan nak merepek la, pergi buat coffee untuk I."
Arah Ayfa cuba menidakkan perasaanya saat ini"Baik Cik Ayfa saya pergi buatkan coffee, saya bagi ruang untuk Cik Ayfa berangan." Sindir Tasha sambil melangkah keluar daripada pejabat Ayfa, dia tahu Ayfa menyukai Qaf tetapi tak nak mengaku. Tinggi betul ego majikannya ini.
Ayfa menggeleng kepala mendengar kata-kata Tasha,tibaa-tiba kejadian lelaki meniup rambutnya menerjah di dalam fikirannya saat ini.
"Apasal aku teringat dia ni? Kenapa la dia masuk ke dalam otak aku ni?" Merungut Ayfa tidak puas hati apabila dia teringat tentang Qaf, aduhai mamat ais batu itu sibuk je masuk ke dalam fikirannya. Semakin menidakkan perasaan ini semakin dia hadir menghantui jiwa.
Ayfa meneliti jam tangannya, sudah lebih 10 minit Tasha pergi membuat coffee untuknya. Lamanya PA dia itu pergi membancuh coffee, Ayfa bangun dan melangkah keluar daripada pejabatnya. Dia menjenguk ke ruang pejabat yang cahaya.agak samar dan suasana sunyi sepi.
Ayfa hairan melihat tempat duduk Tasha kosong, dia menjenguk ke pantry. lampu pantry terang. Dia yakin Tasha ada di sana.
"Tasha! Tasha!." Ayfa terkejut melihat Tasha terbaring di lantai pantry, dia menerpa ke arah Tasha lalu pipi Tasha ditepuk berkali-kali.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...