Nuh mendekati Aisha yang sedang memeluk tubuh sambil merenung ke arah lautan yang terbentang luas dihadapannya. Angin yang bertiup tidak mampu menenangkan hatinya yang sedang sakit akibat dimarahi oleh Qaf. Gara-gara perempuan tak guna itu dia telah ditengking oleh lelaki idamannya.
"Kenapa kau nak jumpa aku?" Tanya Nuh sambil berdiri di sebelah Aisha.
"Aku tahu kau suka Ayfa kan? Dan aku nak abang kau."
"So?"
"Aku nak ajak kau join aku pisahkan diaorang malam ni." Kata Aisha bersungguh-sungguh, dia tidak mahu tunggu lagi. Mereka mesti berpisah malam ini juga, dia tidak kisah apa yang akan terjadi kerana benda paling penting rumah tangga Qaf dan Ayfa musnah.
Berkerut dahi Nuh mendengar kata-kata Aisha, gadis ini betul-betul tekad.
"Kenapa mesti malam ni?"
"Sebab malam ni kan BBQ,so rancangan senang dijalankan. Aku nak kau tarik Ayfa masuk ke bilik dan aku akan panggil Qaf untuk melihat kau dengan dia bermesra seperti kauorang berdua memang ada hubungan mesra. Aku yakin Qaf akan menceraikan Ayfa time tu." Kata Aisha sambil mengukirkan senyuman sinis.
"Senangnya rancangan kau, Ayfa tu jinak merpati kau ingat senang ke nak tarik perempuan tu." Kata Nuh tidak puas hati. Dia yakin Ayfa akan melawan jika dia mendekatinya kerana gadis itu memang unik.
"Kau nak idea kena la usaha lebih sikit, tak kira apa pun terjadi aku nak diaorang berpisah."
"Diaorang baru je kahwin kan?"
"Kau ingat aku kisah ke pasal tu? Perempuan sombong tu kena tahu la yang aku akan merampas Qaf semula." Kata-kata Aisha bersungguh-sungguh
"Kau juga yang reject pinangan Qaf, sekarang ni kau nak pula dekat dia? Kenapa? sebab kau dah tahu dia tentera?"
"Perempuan mana tak nak lelaki macam Qaf? Handsome and kerja tentera pula tu. Kau kena tolong aku kalau kau nak dapatkan Ayfa tu."
"Kau nak aku buat apa?"
"Kau kena perangkap dia masuk ke bilik dan kau kena buat Qaf, umie dan walid percaya yang kauorang berdua ada hubungan. Aku nak perempuan tu blah selamanya dari hidup Qaf." Tegas Aisha bersungguh-sungguh.
"Apa yang aku dapat kalau aku buat semua tu?"
"Kau dapat Ayfa la, dan kau akan nampak kesengsaraan hidup abang kau. Itu yang kau nak kan?" Aisha bukan tidak tahu yang Nuh sangat benci dengan abang sulungnya itu kerana semasa zaman sekolah mereka dulu kekasihnya jatuh cinta dengan Qaf.
"Tetapi aku nak upah dari kau."
"Kau nak berapa? Aku tak ada duit banyak."
"Aku tak nak duit."
"Habis tu? Kau nak apa?" Tanya Aisha hairan.
"Kau lupa ke beberapa hari lepas punya kisah? Kisah kita di ladang getah." Bisik Nuh di telinga Aisha.
Aisha mendengus kasar mendengar kata-kata Nuh, kisah di ladang getah adalah kejadian yang tidak sengaja, dia berlari ke ladang getah apabila dapat tahu Qaf akan berkahwin kerana dia terlalu sedih. Dia tidak sangka ketika dia sedang menangis di sebuah pondok, Nuh sedang tidur di situ. Tanpa di duga sesi meluah perasaan kepada Nuh membawa mereka ke lembah asmara yang terlarang.
"Kau tak payah nak ungkit pasal itu boleh tak? Kita tak sengaja kan." Kata Aisha gelisah, dia tidak suka Nuh mengungkit tentang hal itu.
"Aku tetap nak ungkit sebab aku nak macam tu lagi."
Bulat mata Aisha mendengar kata-kata Nuh, lelaki ini memang melampau la tiada benda lain ke dia nak minta. Tiada sangka Nuh menuntut benda itu walaupun mereka baru melakukannya sekali saja.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...