"Duōshǎo qián? (Berapa harga dia?)" Tanya Qaf sambil bersandar tubuhnya pada kerusi dan menyilang tangan di dada. Dia merenung tajam ke arah pemilik kilang senjata yang terbesar di Hong kong. Mr. Tan.
"Wǒ bùxiǎng nàyàng zuò (Aku tak nak buat benda tu.)"Balas pemilik kilang itu dengan nada suara lebih serius.
"Wǒmen jiāng zhīfù wǔ bèi. Dà chǎng pà ma? (Kami akan bayar lima kali ganda,kilang besar pun takut ke?)" Sindir Qaf sambil mengukir senyuman sinis kepada Mr.Tan.
"Wǒmen bìng bù hàipà, dàn zhè zhǒng wǔqì fēicháng wéixiǎn!!. (Kami bukan takut tetapi senjata ini sangat bahaya)." Balas Mr.Tan tegas sambil menepuk permukaan meja kerjanya dengan kuat.
Luth terkejut melihat Mr.Tan mengamuk, apa yang sedang mereka berdua bincangkan sehingga lelaki ini sangat marah.
"Kau cakap apa dengan dia? Kenapa dia marah sangat?" Tanya Luth gelisah, dia melantik seorang translator untuk urusan jual beli senjata ini kerana Mr.Tan tidak mahu bercakap bahasa Inggeris ketika urusan jual beli, dia hanya menerima bahasa mandarin sahaja. Tidak sangka pula translator yang dia dapat kali ini terlebih berani, membuat urusan tanpa mengikut arahannya. Mana la pemandu dia menjumpai lelaki pelik ini.
"Dia kata senjata ini bahaya, dia tak nak buat."
"Kau kena deal sampai dia nak buat senjata ini." Arah Luth, jika dia gagal di dalam urusan jual beli ini pasti boss besar dia akan sangat marah.
"Nǐ bù huì yǒngyuǎn zhìzào wéixiǎn de wǔqì ma? Zhè zhǒng wǔqì huì gěi nǐ dài lái jùdà de lìrùn. (Tak akan la kamu tak pernah membuat senjata bahaya? Senjata akan memberi kamu keuntungan yang besar.)" Kata Qaf cuba memujuk Mr.Tan yang sangat keras kepala.
"Wǒmen zhīqián zhìzàoguò shù bǎi wàn jiàn wéixiǎn de wǔqì, dàn zhè yīcì què fēicháng wéixiǎn. Rúguǒ wǒmen de zhèngfǔ zhīdào zhè jiā gōngchǎng jiāng bèi guānbì. (Kami telah membuat berjuta-juta senjata berbahaya sebelum ini, tetapi kali ini ia sangat berbahaya. Jika kerajaan kita tahu kilang ini akan ditutup.)" Balas Mr.Tan dengan nada suara serius, dia tidak mahu mengambil risiko dengan mencipta senjata yang mampu membunuh beberapa orang dalam satu masa kerana kilangnya perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
"Dia kata kilang ini akan ditutup kalau dia membuat senjata itu." Kata Qaf kepada Luth. Dia tidak sangka sepupu bakal isterinya ini salah seorang suspek utama, macam mana la kalau Ayfa dan Tan Sri Abdul Fattah tahu tentang ini?
"Aku tak nak ambil tahu masalah dia, aku nak dia setuju buat senjata tu. Kau cakap dengan dia kita akan bayar banyak cakap je dia nak berapa, kita sanggup bayar." Kata Luth yang mahu semua ini diselesaikan dengan kadar segera.
Qaf mendengus kasar mendengar kata-kata Luth, lelaki ini ingat cina tua ni kisah ke pasal duit. Kalau mereka kata tidak maka jawapannya adalah tidak.
"Yǔ fēifǎ mǎi jiā mǎimài shí bù kǎolǜ fǎlǜ, dāng bèi gàozhī zhìzào wéixiǎn wǔqì shí nǐ kǎolǜ fǎlǜ ma? Rúguǒ nǐ hàipà, jiù shuō nǐ hàipà! (semasa jual beli dengan pembeli haram tak fikir tentang undang-undang, bila suruh buat senjata bahaya sikit baru nak fikir tentang undang-undang? Kalau takut, cakap takut!.)" Kata Qaf nada serius sambil berdiri di hadapan Mr. Tan.
"Nǐ bùxiǎng wú lǐ! Wǒ shénme dōu bùpà! (Kau jangan nak kurang ajar! Kami tak takut!" Tegas Mr. Tan sambil mengacu pistol tepat pada dahi Qaf.
Luth bingkas bangun apabila melihat Mr.Tan mengacu pistol ke arah Translator yang dia kenali dengan nama Dos.
"Kau cakap apa sampai dia marah sangat." Tanya Luth gelisah, bodyguard dia juga mengacu pistol ke arah Mr.Tan. Mereka harus bersedia jika diserang pada bila-bila masa.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...