Qaf Yusuff menunggang superbike miliknya memasuki parking motorsikal Goldenessia Hospital. Dia dihubungi Tan Sri Abdul Fattah tanya bila hari dia cuti untuk berbincang sesuatu, kebetulan dia dapat cuti hari ni, jadi dia mengaturkan pertemuan dengan lelaki itu pada hari yang sama.. Tidak sangka pula Cafe hospital swasta ini menjadi tempat pilihan Tan Sri Abdul Fattah untuk mereka bertemu. Apa yang ingin lelaki itu bincangkan dia sendiri tidak pasti tetapi kedengarannya seperti sangat penting.
Melangkah masuk saja ke dalam Cafe hospital mewah ini, Qaf mencari susuk tubuh Tan Sri Abdul Fattah. Lelaki itu sedang termenung di satu sudut yang agak terpencil di dalam cafe ini.
"Assalamualaikum.. Pakcik, sihat?" Sapa Qaf sambil bersalaman dengan Tan Sri Abdul Fattah.
"Waalaikumussalam.. Alhamdulillah, tak order air ke or makanan? Maaf la kalau pakcik menyusahkan Qaf nak kena datang sini."
"Saya dah minum dengan kem tadi, pakcik jangan cakap macam tu saya tak rasa menyusahkan pun. Just pelik kenapa nak jumpa dekat hospital, pakcik melawat orang sakit ke?"
"Fa masuk ke hospital sebab ada seseorang serang dia, nasib baik ada sepupu dia datang tolong, kalau tak pakcik tahu la apa nasib dia. Dahi dia kena 5 jahitan sebab kepalanya dihentak oleh penjahat tu." Qaf terkejut mendengar cerita Tan Sri Abdul Fattah, siapa pula yang menyerang bakal isterinya itu? Memang nak kena penjahat ni.
"Habis tu dah buat report polis ke?"
"Fa tak nak dan tak bagi pakcik buat report polis. Tujuan pakcik nak jumpa Qaf ni sebab nak mempercepatkan majlis perkahwinan kamu berdua, majlis bertunang tu bertukar kepada majlis pernikahan. Pakcik nak majlis tu berlangsung 3 minggu daripada sekarang, pakcik minta maaf kalau terlalu mendesak Qaf tetapi pakcik sangat risau dengan keselamatan Fa." Kata Tan Sri Abdul Fattah, nada suaranya sedih dan juga kerisauan kerana Ayfa kini berada di dalam bahaya. Penjahat itu boleh menyerang Ayfa lagi pada bila-bila masa saja.
Qaf melepas keluhan mendengar kata-kata Tan Sri Abdul Fattah, beratnya permintaan itu. Dia perlu berbincang dengan umie dan walid tentang hal ini. Pasti umie akan membebel kerana terlalu tergesa-gesa, tetapi Ayfa di dalam bahaya saat ini.
"Saya kena berbincang dengan ibubapa saya dulu tentang hal ni. Apa kata sementara tu pakcik hire bodyguard untuk Fa dan buat report polis supaya keselamatan Fa terjamin."
"Fa ni degil, dah banyak kali pakcik nasihat dia tetapi dia tak nak buat semua tu. Qaf tolong nasihatkan Fa tu buat report polis, pakcik yakin penjahat tu akan serang dia lagi."
"Pakcik ada suspek sesiapa ke di dalam hal ni?" Qaf dah mula jadi perisik, kalau dah bidang kerja dia begitu. Sampai luar waktu kerja pun dia boleh jadi perisik.
"Setahu pakcik Fa tu tak ada musuh, kawan pun tak ramai. Sebab dia tu susah nak bergaul dengan orang tetapi kalau orang sakit hati dengan sikap dia kekadang sombong tu pakcik tak pasti la."
Boleh jadi juga musuh di dalam selimut, kerana mulut gadis itu yang lancang boleh membuatkan sesiapa saja sakit hati. Nasib la dia masih boleh bersabar dengan sikap Ayfa yang sombong itu.
"Kalau nak siasat tentang hal ini makan masa juga.So, saya akan pujuk Fa untuk buat report polis supaya kita dapat tahu siapa penjahat yang menyerang Fa tu, pakcik jangan la terlalu risau tak baik untuk jantung pakcik." Ujar Qaf cuba menenangkan Tan Sri Abdul Fattah yang kelihatan sangat risau. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia berjaya ke memujuk si cheetah tu kerana gadis itu tersangat la degil.
"Nanti Qaf pujuk juga Fa supaya setuju mempercepatkan perkahwinan ni, pakcik tak nak dia sendirian lama-lama sebab bahaya untuk dia." Tergamam Qaf mendengar permintaan Tan Sri Abdul Fattah, dia kena pujuk Ayfa mempercepatkan perkahwinan? Gadis itu dah la kalau jumpa dia macam nak telan, agak-agaknya kalau dia sebut pasal perkahwinan pasti ditelan oleh gadis itu. Kenapa la Tan Sri Abdul Fattah tidak pujuk anaknya sendiri? Kenapa mesti dia yang kena pujuk minah cheetah tu? Beratnya tugasan ni.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...