"Cepatnya walid dan umie nak balik. Tak nak tidur sini dulu ke?" Tanya Qaf tidak puas hati apabila umie dan walid tiba-tiba minta izin hendak balik awal. Walaupun majlis sudah sampai ke hujung, dia berharap mereka dapat tinggal di sini lebih lama.
"Umie banyak tempahan kek, walid pula nak menguruskan pisang dia ada orang nak beli. Nuh ni dah nak start kerja." Ujar Hjh Zaiton dia bukan tidak mahu tinggal di sini lebih lama tetapi kesibukan di kampung membuatkan dia perlu balik segera ke sana.
Nuh merenung wanita di sebelah Qaf. Dia tidak sangka Qaf memiliki isteri yang cantik dan juga anak seorang jutawan. Kenapa la abang dia ini selalu saja bertuah, sedangkan dia selalu bernasib malang. Kalau la dia dapat memiliki wanita cantik itu pasti dia bahagia, dia sudah terpikat dengan kakak ipar sendiri.
"Lain kali umie datang sini lagi, tidur la rumah daddy or tidur sini pun boleh nanti Fa sediakan bilik paling cantik untuk umie dan walid" Kata Ayfa sambil menggenggam erat tangan Hjh Zaiton.
"Terima kasih Fa sebab membantu kami mudahkan majlis ni. Tak sangka pula Ayfa tak nak duit hantaran dan hantaran,kalau Qaf buat hal beritahu umie tau. Biar umie marah dia."Ayfa mengukir senyuman mendengar kata-kata ibu mentuanya, sempat dia mengukir senyuman sinis kepada Qaf. Dia sudah jumpa orang yang boleh backup dia.Ayfa bersalaman dengan Hjh Zaiton dan tunduk mencium tangan wanita ini.
"Qaf jangan nak sakitkan hati Fa,kalau umie tahu.Umie Tarik telinga tu." Pesan Hjh Zaiton dengan nada serius sambil menghulur tangan kepada Qaf untuk bersalam.
"Ya umie,Qaf tak akan sakitkan hati dia." Balas Qaf sambil tunduk mencium tangan umie dia. Nampaknya selepas ini umie akan selalu backup Ayfa berbanding dirinya.
"Kami balik dulu la, kalau lambat gerak lambat sampainya." Kata Hj Zulkifli sambil bersalaman dengan Qaf dan Ayfa.
Qaf memeluk erat tubuh tua walid dia ini.
"Balik dulu along."Nuh bersalaman dengan Qaf, kemudian dia menghulur tangan kepada Ayfa.
"Kau tak boleh salam dia. Bawa kereta tu elok-elok, jangan nak bawa macam orang gila." Kata Qaf sambil memegang tangan Nuh, dan menolak Ayfa berdiri belakangnya kerana dia berasa sakit hati melihat pandangan mata Nuh pada Ayfa.
"Yela.."Jawab Nuh acuh tak acuh, terlepas peluang dia mahu memegang tangan wanita cantik itu, mungkin lain kali dia akan cuba lagi untuk menawan hati si cantik itu.
Qaf dan Ayfa memerhati Walid, umie dan Nuh melangkah masuk ke dalam lif menuju ke basement di tingkat dua Royale Hotel ini.
"Majlis dah habis ke? Mana daddy?" Tanya Qaf sambil menjenguk ke dalam dewan, hari semakin petang tetamu juga telah berkurangan.
"Daddy ada dekat dalam dewan tengah bersembang dengan kawan dia, daddy bagi I balik rumah. So, I rasa nak balik ke rumah, you nak ikut ke?"
"Jom la kalau kau nak balik." Kata Qaf sambil menyusun langkah menuju ke lif, dia menoleh memandang Ayfa di belakangnya. Dia mengeluh melihat Ayfa sedang berjalan sambil membetulkan hujung dress yang dia pakai itu.
"Kenapa tu?"
"Dress ni labuh sangat la,susah I nak jalan." Merungut Ayfa sambil mengangkat tinggi kaki dress ini, dia berjalan juga walaupun sukar.
Qaf melangkah mendekati Ayfa dan dia mendukung isterinya ini.
Ayfa tergamam dengan perbuatan Qaf yang selamba ini,dia memandang sekeliling, ada beberapa pasang mata sedang memandang ke arah mereka.
"Qaf! Kenapa dukung I ni?" Marah Ayfa sambil memukul dada sasa Qaf berkali-kali.
"Aku stress tengok kau jalan lambat sangat. Kau pukul dada aku lagi, aku denda kau." Kata Qaf sambil melangkah masuk ke dalam Lif.
"You ingat I takut ke dengan denda you tu. Dah la suka hati je dukung orang," Ujar Ayfa sambil memukul lagi dada Qaf berkali-kali. Sengaja dia mahu menguji kesabaran lelaki ini.
Sebaik sahaja pintu lif tertutup rapat, Qaf tundukan wajahnya dan menggomol pipi Ayfa lama sehingga gadis itu rimas.
"Apa you ni?Sesuka hati cium pipi I, di dalam ni ada CCTV tau." Marah Ayfa sambil menolak wajah Qaf daripada terus mencium pipinya, hatinya berdebar saat Qaf melakukannya.
"Denda sebab kau pukul aku." Ayfa menjeling mendengar kata-kata Qaf, denda lelaki ini lain macam,
"Kita balik naik lamborgini I tau." Kata Ayfa sambil merangkul leher Qaf, wangian pada baju melayu Qaf menenangkan ingin saja dia menciumnya tetapi dia perlu kawal diri supaya tidak terlebih kerana sekarang ini mereka masih dalam fasa berkenalan.
"No. Naik honda aku."
"Tak nak la tinggalkan lamborgini I dekat sini nanti I rindu. Please la." Merengek Ayfa, dia berharap Qaf memahaminya yang tidak boleh berjauhan dengan lamborgini dia itu.
"Kau kan dah ada aku, buat apa nak rindukan kereta kau tu." Ayfa mengetap bibir mendengar kata-kata Qaf, boleh pula lelaki ini sama kan dirinya dengan kereta.
"I kenal dia dulu baru you."Qaf ketawa mendengar kata-kata Ayfa, ada saja jawapan isterinya ini.
"Mana kereta kau?" Ayfa mengukir senyuman mendengar kata-kata Qaf, sebaik sahaja mereka melangkah keluar daripada lif, Ayfa menunjuk keretanya kepada Qaf.
"Ini lah my car, my boyfriends." Kata Ayfa teruja sambil membuka pintu kereta, oleh kerana tangan Qaf penuh dengan mendukung dia. Jadi dia kena membantu lelaki ini membuka pintu kereta.
Qaf meletak Ayfa di tempat duduk penumpang, dia masukkan sedikit badannya ke dalam kereta lalu di hadapan Ayfa sambil menarik tali pinggang keselamatan untuk Ayfa dan dia cucuk pada kuncinya. Qaf memandang ke arah Ayfa sebelum keluarkan badannya, jarak wajah mereka sangat dekat. Mata mereka bertemu lama, tiba-tiba Qaf mengucup bibir Ayfa seketika sebelum keluarkan badannya dan dia menutup rapat pintu kereta lamborgini ini.
Ayfa tergamam dengan perbuatan Qaf yang tiba-tiba itu. Dia memegang bibirnya, jantungnya berdegup kencang saat ini. Ayfa merenung tajam ke arah Qaf yang sedang memasang tali pinggang keselamatan.
"What? Kenapa pandang aku macam tu?" Tanya Qaf hairan sambil memulakan pemanduannya. Tangan kanannya memegang stereng manakala tangan kirinya di letak pada armrest.
Ayfa mengetap bibir melihat reaksi Qaf yang seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"You sengaja nak ambil kesempatan dengan I kan? Lepas tu buat-buat macam tak ada apa-apa yang berlaku." Ujar Ayfa geram dengan sikap Qaf itu.
"Mana ada aku ambil kesempatan, aku saja nak bermanja dengan isteri aku yang garang ni. Kenapa kau nak lagi ke? Nanti aku bagi lagi." Kata Qaf sambil ketawa kemudian dia mencuit hujung hidung Ayfa.
"You ni gatal la, Qaf!" Ayfa memukul lengan Qaf berkali-kali kerana dia geram dengan sikap gatal lelaki ini.
Qaf memegang tangan Ayfa yang sedang memukul lengannya kemudian dia mengucup lama belakang tangan isterinya ini. Dia genggam jari jemari isterinya dan di bawa ke pipinya, kemudian dia kucup lagi tangan ini. Dia hanya mahu isterinya tenang, mungkin cara ini akan meredakan kemarahannya.
Ayfa terkebil-kebil melihat perbuatan Qaf yang spontan mencium tangannya. Lelaki itu hanya diam membisu apabila dia memukul lengannya tetapi dia balas dengan mencium tangannya. Jantung Ayfa berdegup kencang apabila melihat perbuatan Qaf ini. Adakah lelaki ini hanya mahu menenangkan jiwanya? Atau dia ada maksud lain?
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...