Bulat mata Tan Sri Abdul Fattah melihat sepucuk surat perletakan jawatan Ayfa Zuelaikha sebagai CEO Royale Hotel. Turun naik nafasnya menahan perasaan marah, balik saja daripada Hong Kong dia menerima satu kejutan yang tidak pernah terfikir di dalam akal fikirannya.
"Apa semua ni? Mana Fa?" Tanya Tan Sri Abdul Fattah dengan nada suara yang mula meninggi sambil merenung tajam ke arah Tasha yang sedang berdiri kaku di hadapannya.
"Saya... Saya... Tak tahu dekat mana Puan Fa." Ujar Tasha, dia selubungi perasaan takut saat ini kerana jika Tan Sri Abdul Fattah mengamuk boleh bergegar rumah banglo tiga tingkat ini. Selepas menghantar Ayfa menerima rawatan Psikiatri di Italy, Tasha patah balik ke Malaysia untuk melakukan beberapa tugasan yang diberi iaitu memberi surat perletakkan jawatan Ayfa sebagai CEO kepada Tan Sri Abdul Fattah dan juga surat kepada Qaf.
"Macam mana awak sebagai setiausaha dia tak tahu mana dia pergi?! Fa bergaduh dengan Qaf ke? Sebab tu dia nak melarikan diri!" Tengking Tan Sri Abdul Fattah, menggigil Tasha apabila mendengar suara lantang lelaki jutawan ini.
"Saya tak tahu, Puan Fa dengan Qaf seminggu dah tak jumpa, saya tak rasa dia bergaduh dengan Qaf." Nafi Tasha cuba menyembunyikan kebenaran.
"Habis tu sebab apa?" Tanya Tan Sri Abdul Fattah lebih tegas kali ini.
"Saya tak tahu.." Tasha terus menafikan, beratnya amanah yang diberi ini. Dia kena terus mempertahankan jawapan ini.
"Betul awak tak tahu?"
"Betul,saya tak tahu." Gerun Tasha melihat pandangan mata Tan Sri Abdul Fattah.
"Kalau awak terus dengan jawapan ini, mulai hari ini awak bukan lagi pekerja Royale Hotel dan tolong keluar daripada rumah saya sekarang!" Tegas Tan Sri Abdul Fattah sambil berdiri di hadapan Tasha dan memandang gadis itu dengan pandangan yang penuh kemarahan.
Terkedu Tasha mendengar kata-kata Tan Sri Abdul Fattah, dia kena pecat?
"Ha? Tan Sri pecat saya ke?" Sebak Tasha apabila dia tiba-tiba kehilangan pekerjaannya ini.
"Yes! Awak pergi la ikut Ayfa tu dan keluar daripada rumah saya sekarang!!" Jerkah Tan Sri Abdul Fattah, mengejutkan Tasha, kelam kabut dia meninggalkan ruang tamu banglo mewah ini.
Ketika Tasha membuka pintu utama rumah banglo ini, dia terkejut melihat Qaf dihadapannya.
"Ayfa ada? Kenapa Call dia tak dapat?" Terkebil-kebil Tasha memandang Qaf. Aduhai, bala apa pula ni. Dekat dalam rumah dugaan, dekat depan rumah pun dugaan juga.
"Qaf? elok la datang sini. Tahu tak Ayfa menghilangkan diri." Kata Tan Sri Abdul Fattah yang muncul di belakang Tasha.
"Ha?! Fa menghilangkan diri?! Why?" Tanya Qaf dengan nada suara terkejut, dia mengekori Tan Sri Abdul Fattah menuju ke sebuah sofa.
''Dia serahkan dekat daddy surat perletakkan jawatan sebagai CEO, seminggu daddy tak jumpa dia bila balik dari oustation perangai pelik pula dia bawa. Tanya la Tasha mana dia pergi."
Qaf meraup wajah dengan tapak tangan, kenapa Ayfa tiba-tiba membuat keputusan drastik ini? Qaf menoleh memandang Tasha yang berdiri kaku di belakangnya.
"Mana Fa?" Tanya Qaf mengharapkan Tasha memberitahu keberadaan isterinya itu, patut la wanita itu tidak menjawab panggilan telefonnya.
"Saya tak tahu tetapi dia suruh saya bagi surat ini pada awak." Kata Tasha sambil menyerahkan sepucuk surat kepada Qaf..
Assalamualaikum... Suamiku Qaf Yusuff
Izinkan I pergi merawat luka di hati, I terluka sangat, Qaf . Halalkan makan minum I, ampunkan dosa-dosa I. I tak mampu nak hidup dengan you lagi. I bukan perempuan yang baik untuk you, tolong lupa kan I dan jangan cari I. Tolong la balas surat ini dengan melafazkan cerai, I tak nak hidup dengan you lagi. Please ceraikan I dan selamat tinggal, Qaf.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...