"Lambat lagi ke?" Tanya Qaf sambil main game di dalam telefon bimbit yang digunakan untuk misi rahsia. Sesekali dia menoleh ke arah Luth disebelahnya, tidak sangka mereka masih ingin memakai khidmat translator dia, kali untuk boss mereka paling besar. Komander Musa untuk dia pasang telinga dan mata, sebab mereka sedang merancang sesuatu lebih besar. Hampir sejam dia berada di lapangan terbang Beijing menanti ketibaan boss besar mereka ini.
"Sabar la sikit, tauke besar memang sentiasa sibuk." Balas Luth sambil memerhati sekeliling mencari seseorang.
Qaf mendengus kasar mendengar kata-kata Luth dia sudah naik rimas memakai benda berbulu di wajahnya ini. Dia ingin cepat settlekan kerja ini dan balik ke hotel untuk buka semua yang ada.
"Ha! Tu my boss, kau kena hormat dia." Kata Luth sambil melangkah ke arah seseorang.
"Boss! Saya ingat boss tak jadi datang." Luth berjabat tangan dengan orang yang dia panggil boss itu.
Qaf mendongak pandang ke arah boss yang dimaksudkan oleh Luth itu. Dia teringin sangat melihat pengganas yang banyak menyumbang kepada pengganas lain untuk melakukan keganasan, dia banyak menghulur duit dan senjata kepada pengganas. Sekian lama memburu akhirnya dapat juga dia menemui lelaki misteri itu.
Qaf terkedu, telefon bimbit yang dia pegang jatuh ke lantai saat melihat wajah ketua pengganas itu. Dia beristighfar di dalam hati, dia perlu belagak tenang jangan tunjukkan perasaan dia saat ini. Qaf mengutip telefon bimbit di atas lantai dan simpan ke dalam poket dia melangkah mendekati lelaki yang tidak sangka dalang disebalik kejayaan pengganas didunia ini.
"Boss ini la translator kita yang berani tu, Dos." Kata Luth memperkenalkan Qaf kepada Boss besarnya.
"Panggil aku Boss, aku memang suka orang yang berani, aku harap kau boleh simpan rahsia apa yang berlaku dekat sini sebab kalau kau pecahkan rahsia tu kau tahukan nyawa kau akan melayang." Kata boss besar itu ada unsur mengugut, dia dan Qaf saling berjabat tangan.
"Jangan risau rahsia akan selamat di dalam genggaman aku." Balas Qaf sambil mengukir senyuman sinis, dia cuba mengawal perasaan yang pelbagai ini. Sungguh dia tidak sangka lelaki ini rupanya ketua pengganas itu.
"Bagus." Boss besar itu menepuk bahu Qaf dia sebelum meneruskan langkahnya.
Qaf mendengus kasar memandang lelaki itu daripada belakang, tugasan kali ini sangat mencabar dan berat. Apa pun terjadi yang salah tetap perlu di hukum.
"Nǐ hái xiǎng tán shénme? Wǒ de juédìng shì zuìzhōng juédìng. (apa lagi nak dibincangkan? keputusan saya muktamad.)" Tegas Menteri China ini yang tidak mahu berganjak dengan keputusannya.
"Wǒmen jiāng zhīfù gāojià, nǐ xiǎng yào duōshǎo qián? (kami akan bayar dengan harga tinggi, berapa yang kamu mahukan?)" Balas Qaf sambil menunjukkan satu bag yang mengandungi cash di dalam mata wang USD
Bulat mata menteri itu melihat duit yang banyak dihadapannya, tetapi dia tetap menggeleng kepala.
"Wǒmen bùyào zhèxiē qián, gǔn huí nǐ de guójiā, fǒuzé nǐ huì bèi qiújìn zài zhèlǐ. (kami tidak mahu duit ini, balik ke negara kamu atau kamu dipenjarakan di sini.)" Kali menteri ini semakin tegas sambil mengacu pistol ke arah Qaf, Boss besar dan Luth.
"Dia tak nak duit, dia suruh balik atau dia penjarakan kita dekat sini." Kata Qaf kepada boss besar disebelahnya.
Lelaki itu mendengus kasar mendengar kata-kata Qaf, dia bingkas bangun daripada tempat duduknya dan melangkah keluar daripada pejabat menteri negara China ini.
"Apa kita nak buat sekarang ni, boss? Kita tak ada senjata yang hebat untuk berperang." Kata Luth gelisah sambil mengekori boss besar.
"raduna la nostra gente, per prepararci alla guerra con loro. (kumpul orang kita, untuk bersedia perang dengan mereka.)" Balas Boss bahasa china dalam bahasa italian.
Kalau boss besar sudah bercakap bahasa italian maksudnya dia tidak mahu orang luar tahu rancangan mereka. Luth memandang translator di belakangnya yang sedang scroll telefon bimbit, pasti lelaki ini tidak faham bahasa italian.
"Il capo vuole catturare questo paese? (Boss nak tawan negara ni ke?"
"No, facciamo qualcosa di interessante. (Kita buat sesuatu yang lebih menarik.)" kata boss besar sambil mengukirkan senyuman sinis. Dia ada rancangan lebih besar yang akan menguntungkan dirinya.
"dì a questo stupido traduttore di tornare e assicurarsi che questo segreto sia ben custodito.(suruh translator bodoh ni balik dan pastikan rahsia ni tersimpan rapi.)" Ujar Boss besar kepada Luth sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.
"Kau balik la, kerja dah settle, simpan rahsia ni kalau tak kau mati." Kata Luth kepada Qaf kemudian dia turut melangkah masuk ke dalam kereta.
"Sono stupido o sei stupido? (Aku yang bodoh atau kau yang bodoh.)" Balas Qaf sinis sambil memerhati kereta boss besar yang semakin hilang daripada pandangan, dia fasih di dalam bahasa mandarin dan juga italian tetapi mereka yang tidak tahu tentang itu.Qaf melepaskan keluhan kasar, kenapa lelaki itu yang menjadi musuh ketatnya? Kenapa dia?
Ayfa merenung skrin macbook miliknya sesekali dia melepaskan keluhan. Baru beberapa hari berpisah dengan Qaf perasaannya lain macam. Apa la jampi lelaki ini pakai membuatkan dia rindu macam ni. Telefon bimbit yang berlagu mengejutkan Ayfa daripada lamunan, nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon bimbitnya.
"Assalamualaikum... siapa ni?" Tanya Ayfa hairan
"Aku ni Sha, umie tak sihat. Dia tak larat bangun, sebagai menantu yang tak berapa nak baik kau tak nak datang tengok umie ke? Walid tak ada dia pergi kursus." Balas Aisha di hujung talian.
Ayfa mendengus kasar mendengar kata-kata Aisha yang boleh tahan menyakitkan hati ini. Nasib baik dia fikirkan tentang umie kalau tidak jangan harap la dia nak berurusan dengan perempuan ini.
"Umie teruk sangat ke?"
"Kan aku dah cakap umie tak larat bangun. Balik sekarang, aku banyak kerja nak buat ni." Kata Aisha nada suara agak kasar sebelum mematikan panggilan ini.
Ikutkan hati rasa nak tumbuk saja perempuan kurang ajar ni, Ayfa mencapai handbag dan bingkas bangun daripada kerusinya dia perlu gerak ke kampung untuk melihat keadaan umie, dia boleh menggunakan peluang ini untuk berbaik dengan wanita itu.
"Tasha, I nak balik kampung tengok umie." Kata Ayfa sebaik sahaja mendekati meja kerja Tasha.
"Ha? Puan Ayfa ada meeting after lunch dengan Dato Seri Rafidah and after that meeting dengan Mr. Denny." Kata Tasha sambil melihat jadual Ayfa di dalam ipad.
"Cancel semua itu, emergency sangat sekarang ni. Umie tak larat bangun tu, dia la benci I kalau I tak pergi tengok dia nanti semakin benci dia dekat I."
"Puan Ayfa tak rasa ke diaorang macam nak kenakan Puan Ayfa?" Tanya Tasha yang mula berasa tidak sedap hati.
"Biar la kalau umie nak kena kan I, janji I dapat kepercayaan dia balik. But kalau orang lain nak kenakan I sorry I tak lemah untuk di tindas." Tegas Ayfa dia akan memastika dirinya tidak akan mudah ditindas sesiapapun.
"Saya suka semangat Puan Ayfa ni, isteri Laftenan Qaf mesti la kuat." Sindir Tasha sambil ketawa, sejak berkahwin ini semakin berseri majikannya ini. Siapa tak bahagia berkahwin dengan seseorang yang sudah lama dia tunggu.
"Pandai you nak sindir I,kan? I gerak dulu la apa-apa call I." Kata Ayfa sebelum melangkah menuju ke lif, dia berharap segala masalah dia dengan umie dapat diselesaikan dengan baik. Tiba-tiba dia berasa sebak mengenangkan apa yang terjadi, dia rindu umie yang dulu.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...