Aisha membantu Hjh Zaiton menyusun makanan di atas meja makan, hari ni dia tidur di rumah wanita ini untuk membantunya menyiapkan tempahan doorgift sebanyak 500pcs. Semasa sedang menyusun pinggan di atas meja Aisha terpaku melihat Qaf yang sedang menuruni anak tangga, lelaki itu memakai baju tshirt slim fit berwarna putih di padankan dengan kain pelikat berwarna hitam dan coklat. Walaupun Qaf memakai pakaian ringkas seperti itu dia kelihatan sangat kacak dan mampu menggetar jiwa sesiapa yang melihatnya.
Qaf terkejut melihat Aisha berada di dapur pada waktu malam seperti ini. Apa yang gadis ini buat di rumah ini pada waktu malam, tak mungkin la tidur di sini? Suka hati la apa pun gadis itu ingin lakukan, dia tidak mahu ambil tahu. Qaf melabuh punggung di atas kerusi di meja makan ini, dia menuang air sirap ke dalam gelas dan meneguknya pelahan-lahan.
"Abang nak nasi?" Tanya Aisha dengan nada suara lemah lembut.
Qaf yang sedang minum air sirap tersedak, kerana terkejut mendengar kata-kata Aisha. Berkerut dia memandang Aisha, sejak bila pula dia menjadi abang kepada gadis ini?
"Minum tu pelahan-lahan, along." Tegur Hjh Zaiton sambil duduk di sebelah Qaf.
"Ini nasi untuk abang." Kata Aisha sambil meletak pinggan berisi nasi di hadapan Qaf. Dia sengaja memanggil Qaf dengan panggilan abang supaya Qaf terpikat dengan sikap manjanya.
Qaf menggeleng kepala apabila mendengar Aisha memanggilnya abang. Geli pula dia mendengarnya, dia sudah tidak berminat dengan kucing siam kerana dia telah terpikat dengan Cheetah yang garang.
"Rajinnya Sha ni, bertuah siapa yang berkahwin dengan Sha." Puji Hjh Zaiton yang berkenan melihat Aisha rajin menolongnya di dapur.
"Sha tolong apa yang patut je."Kata Aisha sambil duduk berhadapan dengan Qaf, dia merenung lama wajah Qaf yang sedang menikmati makanannya.
"Masak apa hari ni?" Tanya Hj Zulkifli yang baru balik daripada Masjid.
"Asam pedas ikan pari dan sayur kangkung." Hjh Zaiton menuang nasi ke dalam pinggan untuk Hj Zulkifli yang melabuh punggung di kerusi disebelahnya.
"Wah.. favorite along semua ni. Umie kalau tahu along nak balik mesti suruh walid beli ikan pari sebab nak masak asam pedas untuk along." Kata Hj Zulkifli mengenangkan kisah siang tadi, dia di paksa mencari ikan pari sampai jumpa untuk masak asam pedas untuk Qaf.
"Thanks umie." Ucap Qaf sambil mencium pipi Hjh Zaiton.
Aisha suka melihat sikap penyayang Qaf, mesti kalau dia berkahwin dengan lelaki ini, dia akan bahagia dengan sikap penyayangnya.
"Umie, walid yang pasal meminang minggu ni, tak jadi." Terkejut Hj Zulkifli, Hjh Zaiton mendengar kata-kaat Qaf.
Aisha cuba menahan diri daripada tersenyum kerana berasa gembira Qaf tidak jadi bertunang.
"Kenapa pula tak jadi? Along dah putus dengan dia ke?" Tanya Hjh Zaiton dengan nada suara terkejut, hari itu bukan main tidak sabar, hari ini tidak jadi pula.
"Bukan macam tu, along nak tukar pertunangan kepada pernikahan yang akan berlangsung lagi tiga minggu. Boleh kan umie, walid?"
Tercengang Hj Zulkifli dan Hjh Zaiton mendengar kata-kata Qaf. Tiga minggu itu adalah waktu yang sangat singkat untuk membuat persediaan sebuah majlis perkahwinan.
Aisha mengetap bibir mendengar kata-kata Qaf, lelaki ini mahu mempercepatkan perkahwinan rupanya. Hancur hati apabila lelaki idamannya bakal menamatkan zaman bujang bersama wanita lain.
"Kenapa terburu-buru sangat ni, along? Ada buat benda tak elok ke?" Tanya Hjh Zaiton resah, dia risau jika Qaf ada melakukan perkara tak baik pada anak dara orang.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...