41

19.8K 750 67
                                    

"Ini Dr. Rossa yang merawat Ayfa,Aku dah settlekan dengan doktor, kau boleh bawa Ayfa balik tetapi doktor nak bercakap dengan kau." Kata Tengku Carl Mateen memperkenalkan Qaf dengan doktor yang merawat Ayfa di sini.

"I questo è il marito di Ayfa, Qaf. ( Ini suami Ayfa, Qaf.)" Tengku Carl Mateen memperkenalkan  Qaf kepada Dr. Rossa

"Come stai? come sta mia moglie? (Apa khabar? macam mana keadaan isteri saya?)" Riak wajah Dr. Rossa terkejut apabila mendengar Qaf bercakap bahasa Italy.

"Non credo che i malesi conoscano l'italiano. Le condizioni di tua moglie sono buone e stanno migliorando, vieni con me.(Tak sangka orang malaysia tahu bahasa itali. Keadaan isteri awak baik dan semakin baik, jom ikut saya.)" Ujar Dr. Rossa kepada Qaf, kemudian dia menyusun langkah menuju ke arah taman.

"Kau pergi la settle dengan Dr. Rossa, aku dan Hud nak pergi makan. Kalau dah settle call aku." Kata Tengku Carl Mateen, sambil berjabat tangan dan berpelukan dengan Qaf.

"Thanks bro." Qaf berjabat tangan pula dengan Hud

"Migrain dengar kauorang cakap bahasa Italy, aku pergi makan dulu." Kata Hud yang pening mendengar Qaf dan Carl bercakap bahasa Italy, dia hanya fasih bahasa inggeris dan arab kalau bahasa lain memang ke laut.

Qaf memerhati dua sahabatnya melangkah menuju ke pintu utama, kemudian dia menyusun langkah mengekori Dr. Rossa menuju ke sebuah taman bunga.

"ora le sue condizioni sono stabili e normali. quindi, per favore, non stressarlo e per favore calmalo se fa i capricci. (sekarang ni keadaan dia stabil dan normal. jadi, tolong jangan buat dia stress dan tolong tenangkan dia kalau dia mengamuk.)" Kata Dr. Rossa sambil menunjuk ke arah Ayfa yang sedang termenung di tepi kolam ikan.

Qaf mengangguk tanda faham, kemudian dia melangkah pelahan-lahan mendekati Ayfa, rindunya dia pada isterinya ini.

"Fa.." Panggil Qaf dengan nada suara lembut dan pelahan.

Ayfa terkejut mendengar suara itu, suara insan yang amat dia rindui. Menitis air matanya saat ini, pelahan- lahan dia menoleh kebelakang. Semakin laju air matanya mengalir apabila melihat susuk tubuh Qaf, ingin saja dia memeluk tubuh lelaki itu tetapi dia tidak mampu melakukan itu.

"Sayang.. Abang rindu." Pelahan-lahan dia melangkah mendekati Ayfa.

"Abang? Sayang? Jangan dekat I, Qaf." Ayfa berundur pelahan-lahan, dia tenang mendengar Qaf membahasakan dirinya abang dan juga memanggilnya sayang. Adakah lelaki ini tidak tahu apa yang telah terjadi pada dirinya atau lelaki ini berpura-pura baik?

"Mulai hari ni sayang panggil abang, supaya hubungan kita lebih baik. Sayang tak nak peluk abang ke?" Qaf terus melangkah mendekati Ayfa, namun isterinya semakin menjauhkan diri.

"No, Qaf. I jijik, I kotor, I bukan lagi sepenuhnya milik you, dia dah jilat seluruh badan I, dia dah rogol I. I terlalu hina, I tak layak untuk you. I ni anak pengganas, i miskin dah tak ada harta. Tolong ceraikan I, tolong la, Qaf." Merayu Ayfa sambil menangis teresak-esak sambil memeluk tubuh.

Qaf menggeleng kepala mendengar kata-kata Ayfa, mana mungkin dia menceraikan isterinya kerana dia terlalu mencintainya.

"Abang terlalu cintakan sayang. Abang tak kisah apa pun yang terjadi pada sayang, abang hanya nak bersama sayang selamanya." Kata Qaf bersungguh-sungguh sambil melangkah mendekati Ayfa.

"No! Jangan dekat I, Qaf! I jijik! I kotor!! Ceraikan I! Ceraikan I!!" Jerit Ayfa sekuat hati, sebelum melarikan diri dalam keadaan berkaki ayam.

Qaf terkejut melihat Ayfa berlari ke arah taman bunga, dia terus mengejar isterinya yang semakin jauh. Qaf terus mengejar Ayfa, apabila dia semakin mendekati Ayfa dia terus memeluk erat tubuhnya. Mereka jatuh terduduk di atas jalan tar ini, Qaf terus memeluk Ayfa.

AKU MEMILIH DIA (C)Where stories live. Discover now