42

20.1K 704 45
                                    

Tang! Bunyi benda jatuh di dapur mengejutkan Qaf daripada lenanya, dia menoleh memandang ke tempat tidur sebelah. Tempat tidur Ayfa kosong, sah isterinya sedang melakukan sesuatu di dapur. Sejak dua minggu balik daripada Italy, Ayfa kerap berjaga pukul 2 pagi dan ada saja perkara yang dia lakukan. Balik sahaja daripada Italy Qaf terus saja bawa Ayfa ke Melaka supaya kehidupannya lebih tenang di sini.

"Sayang? Sayang?" Panggil Qaf mencari susuk tubuh isterinya. Qaf tunduk melihat bawah meja makan, dia tahu Ayfa pasti ada di situ sambil memegang pisau dalam keadaan tubuhnya menggigil.

"Sayang.. nak buat apa dengan pisau tu?" Tanya Qaf dengan nada suara yang tenang, dia bertenggung dan pelahan-lahan mendekati Ayfa.

"Dia datang tadi nak ambil I, I tak nak ikut dia, I tak nak." Ayfa menggeleng laju, sambil duduk memeluk kepala lutut manakala tangannya menggenggam kuat hulu sebilah pisau. Dia memandang sekeliling dengan pandangan yang menakutkan.

"Sayang, tak ada siapa dekat rumah ni, ada kita je. Bagi abang pisau tu sayang." Qaf cuba memujuk lagi, pelahan-lahan merapatkan diri dengan Ayfa. Jika mahu merampas pisau di tangan Ayfa perlu dengan cara yang betul.

"Tak nak!! Nanti you subahat dengan dia kan!! Pergi! Pergi!!" Tengking Ayfa sambil mengacu pisau ke arah Qaf, sesekali dia menarik kuat rambutnya dan memandang sekeliling.

Qaf menjarakkan diri daripada Ayfa, risau juga jika Ayfa bertindak untuk menikamnya.

"Sayang pandang abang, ikut abang istighfar. Astaghfirullah Al Azim... Astaghfirullah Al Azim... Astaghfirullah Al Azim.." Qaf beritighfar beberapa kali sambil memandang tepat ke anak mata Ayfa.

"Tak nak! Tak nak!! Pergi!! Pergi!!" Jerit Ayfa sambil menghayunkan pisau ke arah Qaf.

"Sayang.. tenang, pandang abang. Ikut cakap abang, Astaghfirullah Al Azim.. Astaghfirullah Al Azim..Astaghfirullah Al Azim.." Kata Qaf dengan nada suara yang masih tenang, dia dan Ayfa saling berpandangan. Apabila Ayfa semakin tenang, Qaf merampas pisau di tangannya dan di tolak masuk ke bawah kabinet dapur. Lalu, Qaf menarik Ayfa ke dalam pelukannya. Berkali-kali dia mengucup kepala Ayfa.

"Lepas!! AKu tak nak kau!!" Jerit Ayfa meronta-ronta ingin dilepaskan. Dia menampar kuat berkali-kali wajah Qaf serta mencakar tangannya sehingga berdarah. Qaf tetap memeluk erat tubuh Ayfa.

"Astaghfirullohal 'azhim alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyum wa atubu ilaih. Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla wa anta taj'alul hazna iza syi'ta sahla. (Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah, Engkau boleh jadikan ia mudah apabila Engkau mengkehendakinya.)" Bisik Qaf membaca doa ini setiap kali Ayfa mengamuk.

"Lepas la! Aku tak nak kau!! Lepas!! Lepas!! Aku nak bunuh dia!! Aku tak nak dia kacau aku lagi!!" Jrerit Ayfa meronta-ronta ingin dilepaskan, berkali-kali dia menampar wajah Qaf sehingga kemerahan pipi lelaki itu.

"Astaghfirullah Al Azim... Astaghfirullah Al Azim... Astaghfirullah Al Azim.." Qaf beristighfar sambil memeluk Ayfa dan sesekali dia mencium pipi isterinya. Walaupun dia ditampar dan dicakar sehingga berdarah dia tidak akan melepaskan pelukan ini.

Ayfa semakin tenang, dan tubuh badannya lembik lalu rebah di atas lengan Qaf. Dia sudah tiada tenaga untuk melawan lagi.

Qaf mengukir senyuman melihat isterinya sedang lena dia dalam pelukannya. Pelahan-lahan Qaf mendukung Ayfa dan membawa isterinya ke dalam bilik. Dia meletak Ayfa di atas katil, dahi Ayfa dikucup lama dengan penuh kasih sayang.

"Sayang, apa pun terjadi. Abang akan setia di sisi sayang." Bisik Qaf sambil baring disebelah Ayfa, dan memeluk erat tubuh isterinya. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

AKU MEMILIH DIA (C)Where stories live. Discover now