Qaf Yusuff berlari menuju ke helikopter di ikuti Zam, Bob, Imam dan Yan mereka di arahkan menyertai Pasukan Khas Laut dalam membenteras pengganas yang menawan Pulau Baya yang terletak di sempadan Malaysia-Filipina.
"Time to drop.." Juruterbang helikopter satu menberi isyarat kepada Qaf, Zam, Imam, Bob dan Yan menandakan destinasi yang ingin mereka tuju telah tiba. Lalu lima orang Pasukan Khas Tentera ini menggunakan tali untuk turun daripada helikopter ini dan menuju ke dek utama Kapal Bunga Mas5 ini.
"Assalamualaikum.. Tuan Shark!" Qaf memberi tabik hormat kepada Alpha leader Pasukan Khas Laut ini, Leftenan komander Muhammad Hud. Kemudian mereka saling berpelukan, mereka bersahabat baik ketika sama-sama belajar di Matrikulasi. Selepas tamat asasi satu tahun haluan mereka berubah tetapi masih di tunjang yang sama iaitu Angkatan Tentera Malaysia.
"Kau tahu tak kenapa kau datang ke sini?" Tanya Hud sambil mereka melangkah menuju ke bilik kawalan di anjung kapal Bunga Mas5 ini.
"Tahu. Sebab kau panggil." Balas Qaf sambil ketawa besar.
"Kau main-main kan? Aku panggil kau orang sebab aku ada hadiah untuk kau." Hud membentang peta Pulau Baya di atas meja di hadapan Qaf yang mewakili kumpulannya untuk mendengar penerangan tentang misi yang bakal mereka laksanakan sebentar lagi.
"Pengganas tu dah tawan 200 penduduk pulau di dalam sebuah sekolah, intel yang kami dapat. Mereka memasang 20 biji bom jenis C4, di dalam sekolah itu. So, kau dah tahu kan kau nak kena buat apa?." Tercengang Qaf mendengar kata-kata Hud, 20 biji bom jenis C4 dia kena matikan. Kerja gila ni.
"Tak ada lagi banyak ke diaorang nak pasang bom tu? Berapa masa yang aku perlukan untuk jumpa dan matikan bom tu? Jangan cakap kurang 2 jam?"
"60 minit, kau pakar kan dalam hal ni? Apa la sangat 60 minit tu."
Qaf ketawa mendengar kata-kata Hud, dia memang la pakar di dalam mengesan dan mematikan bom tetapi 60 minit itu terlalu singkat untuknya. Kalau sementara mengesan bom dia kena berlawan dengan pengganas, pasti masanya banyak terbuang dekat situ
"Aku akan cuba yang terbaik." Kata Qaf sambil melaga penumbuk dengan Hud.
"Macam tu la kawan aku, jom get ready." Ajak Hud, mereka sama-sama melangkah daripada bilik kawalan, mereka melakukan beberapa persiapan sebelum menjalankan misi di Pulau Baya.
"North island, clear." Kata Hud di hujung talian , itu menunjukkan kumpulan Alpha telah berjaya menumpas vento iaitu gelaran untuk pengganas yang telah menyerang Pulau Baya. Apabila kumpulan Alpha telah berjaya menyelesaikan misi pertama, kumpulan bravo yang diketuai Qaf yang sedang standby di atas kapal Bunga Mas5 sudah boleh bergerak meninggalkan kapal itu dan menuju ke Pulau Baya.
"Okay gear up." Arah Qaf kepada pasukannya, mereka menuruni anak tangga dan masuk ke dalam bot Rhib milik Pasukan Khas Laut. Bot ini akan membawa mereka ke Pulau Baya, di tangan masing-masing memegang senjata jenis HL416 mereka perlu siap siaga jika tiba-tiba di serang musuh di tengah-tengah laut ini. Jam menunjukkan Pukul 0230 pagi, cahaya bulan purnama mengiringi perjalanan mereka ke pulau itu.
Bot Rhib yang dinaiki kumpulan bravo dan charlie tiba di persisiran pantai Pulau Baya. Mereka turun daripada bot dan melangkah mendekati kumpulan Alpha yang sedang berkumpul menunggu arahan seterusnya daripada ketua mereka, Leftenan komander Muhammad Hud.
"Kita ada pengganas daripada Indonesia, mereka telah tawan 200 orang penduduk pulau di sebuah sekolah. Alpha satu Bilal dan Yan, Bravo satu Qaf dan Zam ikut saya kita ke point satu, Alpha dua Lan, Dos dan Burn bravo dua Imam dan Bob pergi ke point dua, charlie dan bravo tiga Yan standby di sini takut-takut ada vento melarikan diri. Kita kena settle misi ini di dalam masa 60 minit. Ada soalan? Okay gerak sekarang!." Arah Hud tegas, masing-masing gerak mengikut arahan yang di beri.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...