29

17.4K 634 75
                                    

"Tengok isteri kau ni along dia tarik aku masuk bilik lepas tu nak goda aku." Kata Nuh dengan nada suara gelisah. Melihat umie yang sedang menangis di muka pintu dan wajah Qaf yang bengis ,dia yakin mereka percaya apa yang dia katakan itu.

Ayfa menggeleng kepala, menitis air matanya mengharapkan Qaf mempercayainya.

Laju Qaf melangkah mendekati Nuh, dia mencengkam kolar tshirt yang dipakainya lalu dia menumbuk wajah adiknya berkali-kali sehingga lelaki itu jatuh terbaring di atas lantai.

"Kau memang adik paling tak guna. Isteri abang sendiri pun kau nak try ke!" Jerkah Qaf dia ingin menumbuk wajah Nuh lagi tetapi lengannya di tarik oleh umie.

"Along sanggup pukul adik dan bela orang luar?! Umie menyesal la mengaku dia menantu umie!" Suara Hjh Zaiton yang lantang itu sangat menusuk ke hati Ayfa. Tidak terduga sekelip mata hubungannya dengan ibu mentua hancur macam itu saja.

"Umie, Fa tak buat benda macam tu umie. Nuh yang tarik Fa." Jelas Ayfa mengharap mendapat kepercayaan ibu mentuanya

Pang! Satu penampar hinggap di pipi Ayfa, Hjh Zaiton merenung tajam ke arah menantunya ini, turun naik nafasnya menahan marah.

"Aku benci kau la perempuan, tak cukup ke Qaf seorang? Sampai Nuh pun kau nak goda! Isteri jenis apa kau ni?!" Marah Hjh Zaiton, puas hatinya dapat menampar Ayfa.

Qaf tergamam melihat umie menampar Ayfa, dia menarik isterinya berdiri di belakangnya. Dia turut tidak menyangka umie mudah mempercayai Nuh sedangkan lelaki itu yang sedang memeluk isterinya ketika dia masuk ke dalam bilik ini.

"Umie.. jangan hina isteri along macam tu, Angah tu yang nak buat bukan-bukan dekat Fa, dia tu adik tak guna la umie!" Kata Qaf lantang sambil memandang ke arah Nuh yang sedang duduk di atas lantai.

Pang! Kali ini pipi Qaf pula yang di tampar, perit dan pedih rasanya.

"Along lebih percaya orang luar berbanding adik sendiri? Umie tak pernah ajar lebih kan orang luar!"

"Benda boleh bincang kan, jangan la berkasar." Kata Hj Zulkifli tidak puas hati dengan kekasaran yang berlaku. Dia tidak membela mana-mana pihak , hanya kebenaran yang dia mahukan ketika ini.

"Tak ada apa yang nak dibincangkan apabila anak sulung abang ni lebih percayakan orang luar berbanding dengan adik kandungnya sendiri." Sindir Hjh Zaiton sinis sambil merenung ke arah Ayfa dengan penuh rasa benci.

"Ayfa bukan orang luar, dia isteri along. Kalau perangai adik kandung macam syaitan, tak payah ada adik pun tak apa la." Balas Qaf perasaan marah pada Nuh semakin membuak-buak.Dia mengelus jari jemari Ayfa, dia tahu isterinya tidak bersalah di dalam hal ini.

Pang! Sekali lagi Qaf di tampar.

"Kerana dia,along hina adik sendiri? Mulai saat ini umie tak nak tengok muka perempuan tu dekat rumah ini, bawa dia keluar! Keluar!" Tengking Hjh Zaiton sambil menarik kasar tangan Ayfa yang berdiri di belakang Qaf.

"Stop umie." Qaf menjauhkan Ayfa daripada umie yang sedang mengamuk ini.

"Apa sampai halau- halau ni? Banyakkan beristighfar. Fa tak payah nak pergi mana-mana duduk je dekat sini. Ini rumah walid bukan rumah umie, esok kita bincang lagi." Kata Hj Zulkifli kurang senang dengan sikap baran Hjh Zaiton.

"Kalau dia tak keluar daripada rumah ni, biar saya yang keluar, saya tak boleh nak duduk satu rumah dengan perempuan tak guna ni." Balas Hjh Zaiton penuh rasa marah kerana suami sendiri tidak berpihak dengannya, laju langkah kakinya keluar daripada bilik Qaf. Dia tidak sanggup lagi duduk di dalam bilik ini kerana semakin lama dia di dalam bilik ini perasaan marahnya semakin memuncak.

AKU MEMILIH DIA (C)Where stories live. Discover now