Tan Sri Abdul Fattah melangkah masuk ke dalam kawasan Masjid AL Razak, Jam menunjukkan Pukul 5.50 pagi sebentar lagi azan akan berkumandang menandakan sudah masuk waktu solat fardhu Subuh.
Seperti biasa dia akan memilih saf paling hadapan di sebelah bilal.Usai sahaja imam mengaminkan doa, Tan Sri Abdul Fattah akan bersalaman dengan jemaah yang ada di kiri dan kanannya.
"Pakcik tak pernah nampak kamu dekat area sini, orang baru ke?" Tan Sri Abdul Fattah bersalaman dengan anak muda yang duduk di sebelah kirinya. Dia bangga melihat anak muda ini solat berjemaah di masjid pada waktu subuh kerana solat subuh adalah solat yang paling berat untuk dilakukan kerana perlu bangun sebelum matahari terbit.
"Saya bukan penduduk di sini, saya singgah untuk menunaikan solat subuh, selepas ni saya nak gerak ke rumah kawan saya di gombak."
"Oh.. patut la tak pernah nampak kamu dekat sini. Siapa nama?" Mereka sama-sama melangkah keluar daripada ruang solat muslimin ini.
"Qaf Yusuff, pakcik boleh panggil saya Qaf je. Pakcik penduduk sini ke?" Tan Sri Abdul Fattah terkejut mendengar nama penuh lelaki ini, tiba-tiba dia teringat Ayfa yang mahukan seorang lelaki bernama Yusuf sebagai suaminya dan dia berasa yang dia sudah jumpa seseorang yang sesuai untuk Ayfa. Walaupun baru bertemu dengannya hati tua dia sudah berkenan dengan anak muda ini.
"Rumah pakcik area sini, setiap pagi pakcik memang akan solat subuh dekat sini." Tan Sri Abdul Fattah memegang dadanya yang tiba-tiba berasa sangat sakit, dia berhenti di tangga masjid dan duduk di atas anak tangga batu ini.
"Pakcik, kenapa ni?" Tanya Qaf gelisah apabila melihat pakcik ini duduk di atas tangga sambil memegang dadanya.
"Dada pakcik sakit.." Jawab Tan Sri Abdul Fattah pelahan sambil tunduk menahan kesakitan yang teramat itu.
"Pakcik ada ubat?"
"Ada dekat dalam kereta di tepi pintu."
"Biar saya ambilkan untuk pakcik." Qaf resah melihat pakcik ini bersandar pada tiang masjid, wajahnya pucat.
Tan Sri Abdul Fattah menghulur kunci keretanya kepada Qaf, tergetar-getar tangannya menahan kesakitan.
Qaf berlari mencari kereta pakcik itu, dia tergamam melihat sebuah kereta jenama Roll Royce di hadapannya. Jika benar ini kereta pakcik tadi, maknanya pakcik tu bukan calang-calang orang. Qaf membuka pintu kereta mencari ubat di tepi pintu kereta dan sebotol air mineral di tempat duduk penumpang hadapan. Senaskah majalah di bawah botol air ini menarik perhatian Qaf, tajuk utamanya ' Tan Sri Abdul Fattah Malay Billionaire'. Qaf merenug lama wajah lelaki di muka hadapan majalah ini, sah lelaki di muka hadapan majalah ini adalah pakcik tadi. Dia tak sangka ada lagi orang kaya yang bersikap rendah diri, pintu kereta di tutup rapat dan dia berlari ke menuju arah pakcik yang sedang menahan kesakitan yang dia sendiri tidak pasti penyakit apa yang sedang dihidapi pakcik itu.
"Pakcik ini air dan ubat." Qaf mengeluarkan dua biji ubat seperti di dalam arahan yang tertera di hadapan botol ubat ini, dan dia membuka penutup botol air mineral lalu dihulur pada Tan Sri Abdul Fattah.
"Alhamdulillah, terasa lega sikit." Kata Tan Sri Abdul Fattah selepas beberapa minit makan ubat yang diberi Qaf kepadanya.
"Terima kasih kerana tolong pakcik, maaf menyusahkan. Qaf kalau nak gerak sekarang pergi la." Tan Sri Abdul Fattah berasa serba salah kerana telah menyebabkan perjalanan anak muda ini tertangguh kerana menolongnya. Sejak akhir-akhir ni sakit jantungnya semakin menjadi-jadi harap tidak semakin serius.
"Pakkcik jangan la rasa bersalah, saya akan tunggu pakcik dekat sini sampai pakcik rasa betul-betul sihat." Kata Qaf sambil melabuh punggung di atas anak tangga di sebelah Tan Sri Abdul Fattah.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...