44

20.7K 728 35
                                    

"Abang nak tinggalkan sayang ke?" Tanya Ayfa dengan nada suara sedih melihat Qaf mengemas pakaiannya di dalam bagpack. Dia merenung lama wajah Qaf, dia berharap lelaki ini tidak meninggalkannya.

"Sayang, abang bukan nak tinggalkan selamanya, abang nak pergi kerja je. Jangan la sedih, abang ada tanggungjawab pada negara. Abang pun berat nak tinggalkan isteri abang ni." Kata  Qaf sambil duduk di di hadapan Ayfa dan memegang kedua-dua tangannya.

"Sayang tak kisah abang nak pergi kerja, tetapi kenapa sampai sebulan dan jauh pula tu. Sayang takut nak duduk dekat rumah ni seorang diri." Balas Ayfa sayu lalu dia memelu erat tubuh Qaf, dia sebenarnya takut ingin berjauhan dengan suaminya ini, dia risau jika ada apa-apa berlaku pada Qaf. Dia tidak bersedia untuk kehilangan suaminya dan dia tidak mahu kehilangan lelaki ini.

"Abang mesti la tak akan tinggalkan sayang sendirian dekat rumah ini Abang ada hire someone untuk teman sayang dan menjaga sayang sepanjang abang tak ada. Sayang doa kan abang selamat pergi dan selamat balik." Qaf mengucup kepala Ayfa dengan penuh kasih sayang, dia masih tidak bersedia meninggalkan isterinya dalam masa yang lama tetapi apa kan daya demi tugas pada negara dia terpaksa melakukan itu.

"Abang hire someone? Siapa? Tolong la jangan pergi, sayang nak abang je." Merengek Ayfa, dia merenung wajah suami dengan riak wajah yang sedih.

"Seseorang yang abang percaya boleh jaga sayang dengan baik. Sayang, kalau boleh abang pun tak nak tinggalkan sayang tetapi abang terpaksa demi satu tanggungjawab. Abang janji abang akan balik pada sayang." Ujar Qaf bersungguh-sungguh sambil memegang kedua-dua pipi Ayfa, kemudian dia mengucup ubun-ubun isterinya lama.

"Janji?" Tanya Ayfa lagi ingin kepastian

"Ya abang janji, habis je misi dekat Bosnia tu abang akan terus balik peluk isteri abang ni. Kalau sayang rindu abang, sebut nama abang dalam doa sayang. Sepanjang abang tak ada ni jaga diri, jangan lupa makan ubat, jangan sedih-sedih." Pesan Qaf sambil mengusap lembut pipi Ayfa, berat hatinya mahu meninggalkan isterinya kerana keadaannya masih tidak stabil lagi. Dia hanya berharap penjaga Ayfa mampu menjaganya dengan baik.

"Abang pun jaga diri, jangan injured tau, sayang tak nak apa-apa jadi dekat abang." Kata Ayfa resah, dia tidak mahu perkara buruk berlaku pada Qaf.

"In Shaa Allah, abang akan jaga diri abang untuk sayang. Sayang pun kena jaga diri, sebab abang tak ada nak tolong jagakan. Kalau sayang sedih, istighfar banyak-banyak supaya syaitan tidak dapat menguasai sedih sayang tu. Tak salah bersedih tetapi jangan biarkan sedih menguasai kita, biar kita yang menguasai sedih, lah tah zan innallaha ma'ana." Pesan Qaf sambil mengukir senyuman menatap anak mata Ayfa, dia mengucup tangan Ayfa dengan penuh kasih sayang.

"Abang terima kasih sebab tak jemu menjaga sayang dan sentiasa bersabar dengan sayang. Sayang minta maaf sebab gagal menjadi isteri yang baik untuk abang." Air mata menitis membasahi pipi Ayfa, dia ingin menjadi seperti isteri yang lain menjaga makan minum dan keperluan suami tetapi dia gagal melakukan itu.

"Shh.. Sayang jangan cakap macam tu. Isteri abang ni tak pernah gagal, abang bersyukur memiliki sayang. Abang nak sayang ingat satu perkara ni, cinta abang hanya untuk sayang seorang je sampai bila-bila." Qaf memeluk erat tubuh Ayfa, dia tidak mahu isterinya bersedih kerana dia risau akan mengganggu emosinya.

Ting! Bergema bunyi loceng di luar rumah tanda rumah ini menerima tetamu. Qaf bingkas bangun dan menuju ke pintu utama untuk melihat tetamu yang datang.

"Sayang, penjaga sayang dah sampai." Panggil Qaf sambil melangkah menuju ke bilik.

"Penjaga?" Tanya Ayfa hairan.

"Yes someone yang akan menjaga sayang bila abang tak ada, dia akan teman sayang dan sediakan semua keperluan sayang." Kata Qaf sambil memimpin Ayfa menuju ke ruang tamu untuk mempertemukan Ayfa dengan penjaganya.

AKU MEMILIH DIA (C)Where stories live. Discover now