Muzik rancak yang bergema di dalam kelab malam ini telah membuatkan semua manusia lalai dan leka masing-masing menari mengikut rentak muzik yang dipasang, tak kurang juga yang duduk sambil melayan air kencing syaitan dan juga paling dasyat melayan nafsu serakah.
Ayfa duduk di meja bar sambil melayan media social, sesekali dia meneguk air coke tin, dia tak akan minta air coke di dalam gelas kerana khuatir jika diaorang ada mencampur arak di dalamnya. Dia datang ke sini kerana mahu menghilangkan kekusutan di tempat kerja bukan untuk berhibur.
"Hai princess, kenapa termenung je ni? Jom menari dengan I." Ajak Luth sambil memegang rambut Ayfa dan menciumnya.
Ayfa mendengus kasar dengan sikap Luth yang sesuka hati memegang rambutnya.
"You sentuh rambut I lagi, I sumbat mulut you dengan tin coke ni." Ujar Ayfa kasar, dia paling pantang jika ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan atas dirinya.
"I pegang sikit je tak luak pun, or you nak I pegang tempat lain? Cakap je dear you nak I pegang dekat mana?" Bisik Luth, jarak bibirnya dengan telinga Ayfa sangat dekat, hanya beberapa inci saja jaraknya.
Ayfa mencapai tin air coke yang masih ada isinya dan di tuang ke atas kepala Luth.
Luth terkedu apabila kepalanya di basahi air coke.
"Kalau tak pandai nak jaga sikap gatal you tu tolong jaga mulut tu, I nak ketenangan bukan nak gaduh dengan you!" Ujar Ayfa sakit hati dengan mulut lancang si Luth yang sengaja mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya.
"Fa! Kenapa ni?" Terkejut Tyara melihat Ayfa menuang air coke di atas kepala Luth.
"Tanya la sepupu you yang gatal ni." Sindir Ayfa sambil jeling tajam memandang Luth
"Sepupu you juga kan? Relaks la Fa, usik sikit je kan?" Bulat mata Ayfa mendengar kata-kata Tyara, mungkin sikit bagi gadis itu tetapi bukan dirinya. Hanya lelaki yang bergelar suami saja yang boleh menyentuhnya selain daripada itu memang akan menerima penampar atau tendangan maut daripadanya.
"Sikit bagi you, bukan bagi I." Balas Ayfa sinis.
"Fa,kalau you nak jadi baik bukan sini tempatnya dan kalau datang sini semata-mata nak minum coke dan nak termenung baik you pergi lepak dekat mamak je.Di sini ialah tempat you menikmati nikmat dunia, menari,minum dan mencari lelaki untuk membelai you semua tu ada dekat sini.Alang-alang you dah datang sini baik you menikmati semua tu, you terlalu cantik mesti ramai yang nak bersama dengan you."Kata Tyara yang tidak puas hati dengan sikap Ayfa setiap kali datang ke kelab malam ini. Gadis itu ke sini semata-mata hanya mahu termenung sambil menikmati air coke. Pakaian pula macam nak pergi ke shopping mall, dia hanya memakai kemeja dan jeans saja setiap kali ke sini. Tak menarik langsung.
"I sentiasa ada kalau you nak cari lelaki untuk belai you, Fa." Kata Luth sambil mendekatkan wajahnya dengan wajah Ayfa, jarak antara mereka sangat dekat sehingga Ayfa dapat merasakan nafas Luth.
Ayfa mengukir senyuman mendengar kata-kata Luth, tiba-tiba dia mengangkat tinggi lututnya dan menendang kemaluan Luth menggunakan kepala lutut dengan sekuat hati. Kemudian Ayfa menyusun langkah meninggalkan Luth yang sedang mengerang kesakitan itu.
"Arghhh!!!! Sakit gila! Aku nak guna dia la malam ni!"Jerit Luth sambil menahan kesakitan yang teramat ini, terduduk lelaki itu di atas lantai sambil memegang kemaluannya yang terasa sakit dan senak itu. Dia merenung tajam ke arah Ayfa yang sedang melangkah pergi itu, dia akan memastikan Ayfa akan jatuh ke dalam pelukannya juga.
Terkejut Tyara melihat perbuatan Ayfa yang baginya sangat kejam itu.
"Fa! Fa! Tunggu la." Tyara mengejar Ayfa yang sedang melangkah laju menuju ke keretanya.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...