"Cik Ayfa dah nak balik ke?" Tegur seorang jururawat lelaki apabila melihat Ayfa melangkah keluar daripada ward VIP ini.
"Yes, dah ada orang jemput I. Thanks sebab banyak tolong time I ada dekat sini" Balas Ayfa, jururawat lelaki ini banyak membantunya ketika dia di sini, dia pun tidak pasti kenapa jururawat ini terlebih rajin membantunya.
"Mesti la saya akan tolong orang secantik Cik Ayfa. Cik Ayfa ni dah ada berpunya ke?" Tergamam Ayfa mendengar pertanyaan jururawat ini, macam ada unsur nak memikat saja?
Qaf melangkah sambil menoleh ke belakang untuk melihat Ayfa, tetapi gadis itu tiada di belakangnya tetapi sedang berbual dengan seorang jururawat lelaki di hadapan pintu ward. Qaf mengecilkan matanya memandang ke arah Ayfa dan lelaki itu, laju langkahnya menuju ke arah bakal isterinya itu.
"She's mine." Ujar Qaf dengan nada suara serius sambil menarik tali sling bag yang sedang di pakai Ayfa. Sakit hatinya apabila mendengar jururawat lelaki itu bertanya tentang status Ayfa, pantang berjumpa dengan perempuan cantik mula la hendak menggatal. Lelaki itu kena tahu Ayfa hanya milik dia seorang.
Ayfa terpinga-pinga apabila Qaf tiba-tiba menarik tali sling bag dia, menyebabkan dia terdorong mengekori langkah kaki Qaf.
"Jangan la tarik bag I ! Rosak la nanti. Mahal tahu tak." Merungut Ayfa apabila Qaf masih tidak melepaskan tali bagnya ini.
"Urusan dengan hospital dah habis kan, so tak payah la nak beramah mesra dengan staff hospital ni." Sindir Qaf sinis sambil menekan butang lif untuk menuju ke basement.
Ayfa mengetap bibir mendengar kata-kata Qaf, suka hati la dia nak beramah mesra dengan sesiapapun.
"Suka hati I la nak bersembang dengan siapapun. Tak kacau you, kan." Balas Ayfa geram.
"Kacau. Kacau mata dan telinga aku, lepas ni kau tak payah nak jadi peramah sangat. Aku tak suka." Ayat akhir itu Qaf pelahankan sedikit,supaya hanya telinga dia saja yang mendengarnya.
Ayfa menjeling mendengar kata-kata Qaf, dia tidak suka lelaki ini mengawal dirinya. Suka hati la dia hendak bersembang dengan sesiapapun, sibuk saja nak ambil tahu.
Pintu lif terbuka luas, Ayfa melangkah masuk ke dalamnya diekori Qaf daripada belakang. Tiba-tiba muncul sekumpulan manusia yang turut masuk ke dalam lif menyebabkan kapasitinya padat dan penuh. Qaf risau jika Ayfa di himpit oleh beberapa orang manusia, lalu dia meletak bag di bawah, kemudian dia pusingkan tubuh menghadap gadis itu dan kedua tangan dia dilunjurkan memegang dinding lif di belakang Ayfa. Mata mereka bertemu saat ini.
Ayfa terkedu melihat Qaf berdiri menghadapnya sambil melunjurkan kedua-dua tangannya, dia terperangkap saat ini. Jarak antara mereka sangat dekat tetapi masih ada sedikit ruang agar mereka tidak terlalu rapat. Ayfa memandang tepat ke dalam anak mata Qaf, jantungnya berdegup kencang saat ini. Dia berasa selamat apabila Qaf bersamanya, terasa dilindungi.
Ting! bunyi lif menandakan destinasi yang ingin mereka tuju telah tiba. Qaf memegang hujung lengan baju kemeja yang di pakai Ayfa dan dia menarik gadis itu mengekorinya keluar daripada lif ini.
Ayfa memerhati tangan Qaf yang sedang memegang hujung lengan bajunya, lelaki itu tidak melepaskan genggaman itu sehingga la mereka tiba di keretanya.
"Jemput masuk Cik Ayfa." Ujar Qaf sambil membuka pintu kereta untuk Ayfa. Setelah Ayfa melangkah masuk ke dalam kereta, Qaf menutup pintu untuknya.
Ayfa tersenyum sendiri melihat perbuatan Qaf yang sweet tetapi apabila lelaki itu masuk ke dalam kereta, Ayfa belagak selamba seperti seseorang tiada perasaan.
Qaf menyarung kaca mata hitam pada wajahnya, lalu dia memulakan pemanduan meninggalkan basement hospital. Dia lebih suka memandu menggunakan sebelah tangan saja, manakala lengan kirinya di letak pada armrest. Dia berasa selesa memandu seperti ini.
YOU ARE READING
AKU MEMILIH DIA (C)
RomanceQaf Yusuff & Ayfa Zuelaikha Qaf Yusuff seorang pemuda yang berasal daripada kampung kecil telah terpikat dengan seorang gadis yang bernama Aisha Nafisa, namun lamaran dia di tolak oleh bapa gadis itu kerana pekerjaannya sebagai seorang 'pemburu' k...